Showing posts with label KEDAI MESRA. Show all posts
Showing posts with label KEDAI MESRA. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

5 TOUCH AND GO CARDS



ALHAMDULILLAH, rezeki itu datang dari Allah. Lima keping kad touchngo sudah sampai dan diterima saya dengan selamat sebelum 9hb Oktober. Kelmarin saya sudah terima hadiah ketiga (cek bernilai sehibu hinggit) dan hadiah kedua (iPad mini retina 32GB).

Nota lalat. Sebagai rekod dan kenang-kenangan, ini adalah antara peraduan yang saya menang kesemua kategori hadiah2 kecuali hadiah pertama.

Thursday, 2 October 2014

THIS IS IPAD MINI NO. 7



TRAGEDI oktober, oops rezeki pertama saya untuk bulan Oktober ini. Asyik saya saja yang pegang dan tunjuk-tunjuk hadiah menjadikan blog saya ini semakin bosan dan hambar ya? Kali ini anak lelaki bongsu saya pula pegang hadiah mini ipad retina wifi 32GB dari Dutch Lady Jom Balik Kampung. Alhamdulillah saya bersyukur sahaja.

Terimekasih Dutch Lady Malaysia dan Kedai Mesra Petronas. Majulah Sukan untuk negara.

Nota lalat 1. Ini adalah iPad mini saya yang ke tujuh selama saya menceburi diri dalam bidang peraduan (baca contest) dalam masa setahun. Sebagai rekod,
  1. Lipton Iced Tea & Shell Select (Sep 13) 
  2. Nescafe Ipoh White Coffee (Oct 13) 
  3. Nescafe Ipoh White Coffee (Oct 13) 
  4. Coca-Cola (Nov 13) 
  5. 7 Eleven & Mini Oreo (Mar 14) 
  6. Permanis & Petronas (Sep 14) 
  7. Dutch Lady & Petronas (Oct 14)
Nota lalat 2. Ini adalah antara peraduan yang mana saya memenangi kesemua kategori kecuali Hadiah Pertama (Suzuki Nex Scooter). Alhamdulillah sekali lagi.

Wednesday, 1 October 2014

JUTAWAN 4 POWER ROOT, DUTCH LADY KEDAI MESRA



ALHAMDULILLAH juga, walaupun sudah berbulan-bulan menunggu sehingga saya bekejaran ke pejabat Power Root di Jalan Tago itu untuk menuntut hadiah harian atas nama anak perempuan saya.

Dan di sebelah petang pula saya menerima bungkusan beserta hadiah cheque dari peraduan Jom Balik Kampung! Dutch Lady dan kedai Mesra Petronas. Saya teringat semasa peraduan ini dijalankan ramainya orang bertanya 'payung mana payung?' dan ada yang memarahi penjual di kedai Mesra Petronas pasal payung yang terhad dalam stok mereka.

Nota lalat. Payung Petronas Penipu - Luahan bekas pekerja stesen Petronas tentang isu payung.

Thursday, 18 September 2014

JOM BALIK KAMPUNG, SORAK GOL PEPSI



SEMALAM petang saya sudah terima pesanan ringkas (baca sms) mengatakan saya telah menang hadiah no 3 dalam peraduan Jom Balik Kampung Dutch Lady di kedai Mesra Petronas. Minggu lepas juga mereka memberitahu saya telah menang 5 hadiah saguhati berupa kad Touch n Go bernilai RM50 setiap satu. Hadiah utama iaitu skuter telah dimenangi oleh orang lain.

Petang semalam tiba dirumah saya terima surat dari Permanis menyatakan saya telah menang hadiah pertama iaitu mini iPad + jersi worldcup Portugal + botol air berlipat dalam peraduan 'Sorak Gol Pepsi'. Sudah lama rasanya saya tidak terima surat menang peraduan dari Permanis. Hadiah utama (baca Grand Prize) iaitu alat permainan konsol PS4 telah dimenangi oleh oranglain juga.

Walaupun begitu, saya ucapkan terimakasih kepada Dutch Lady, Permanis dan kedai Mesra Petronas. Majulah Sukan untuk Negara.

Nota lalat terkini 1. Baru tadi saya sempat lagi mengambil hadiah itu.

Nota lalat terkini 2. Dan hadiah mini ipad saya itu telah selamat dijual dengan sepantas kilat kepada rakan saya yang dalam perjalanan dari Bangi ke PWTC.

Wednesday, 3 September 2014

TOUCH N GO CARDS, MY EX-BOSS, MY WOUNDS



Alhamdulillah. Pagi tadi ahmoi dari Dutch Lady itu sudah menelefon saya memberitahu bahawa saya memenangi lagi 2 kad Touch n Go bernilai RM50 setiap satu. Minggu lepas saya sudah menang 1 kad Touch n Go.

Updated. Setakat ini, saya dan proxy-proxy saya telah memenangi 5 hadiah kad Touch n Go itu. Bersyukur saja kan. Harapan saya semoga saya mendapat salah satu hadiah utama nanti. Amin.

Nota lalat 1. Saya mendapat berita (dan gambar) bahawa kawan (bekas bos) saya telah berkahwin lagi dengan isteri muda. Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan kes 2 janda-janda beliau sebab saya pun sudah lama tidak mendengar berita. Dan gambar isteri baru itu bukanlah rakan wanita (nama bapa sama dengan penulis) yang sama-sama berkepit dengan beliau selama ini. Semoga berkekalan saja saya ucapkan.

Nota lalat 2. Kaki saya yang luka terkena ekzos motor semasa pergi ke pulau minggu lepas makin teruk rasanya. Saya telah pergi ke klinik dan meminta ubat sapu krim, bengkak (Beazyme Papain 150,000 USP unit), pain killer (Pontalon) dan antibiotik (Cloxacap 250 Capsule). Esok, doktor makcik India itu menyuruh saya datang semula untuk pemeriksaan diabetes dan kolesterol yang sudah lama tertangguh.

Saturday, 23 August 2014

4 NEW BICYCLES, TOUCH N GO CARD



SELEPAS BEBERAPA purnama menunggu, akhirnya hadiah 4 buah basikal famili dari peraduan anjuran Nestle/Giant telah sampai ke rumah saya disana disana.

Kelmarin saya sudah pun terima hadiah saguhati iaitu 2 ketul alat pengawasan tekanan darah (baca Blood Pressure monitor) berjenama Terumo.

Dan tengahari semalam saya juga telah menerima panggilan dari nombor telefon yang tidak dikenali (baca No Caller ID). Suara gadis cina memberitahu saya telah memenangi hadiah saguhati dari Peraduan Sms Dutch Lady dan kedai Mesra Petronas. Hadiah berupa kad Touch n Go bernilai RM50 saja.

Sunday, 17 August 2014

KEDAI MESRA, DUTCH LADY



DARI HARI Sabtu saya sudah memandu mencari stesen minyak Petronas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Misi yang agak mencabar dan saya mengharapkan mirikel (baca miracle) akan berlaku juga.

Tapi saya perhatikan juga ramai sungguh rakyat jelata yang berduyun-duyun dan berebut-rebut bertanyakan payung emas sakti di kedai mesra yg kebanyakannya tiada stok. Walaupun begitu, ada juga kedai mesra di sekitar MRR2 yang mempunyai stok payung pada pagi hari Ahad semalam.