Showing posts with label FAMILY MATTERS. Show all posts
Showing posts with label FAMILY MATTERS. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

MUHAMMAD IRSHAD



SEMALAM Sabtu saya sudah pulang ke kampung ke rumah adik lelaki saya untuk menziarah bapa saya yang masih uzur. Adik saya pula bekerja di waktu itu. Dan saya baru tahu bahawa peperiksaan murid sekolah menengah rendah tingkatan tiga sekarang akan mengambil Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).



Tuesday, 15 October 2013

AFTER THE HAIRCUT



ISNIN saya cuti kerana esok adalah Hariraya AidilAdha.

Aktiviti pagi tadi ialah seperti berikut.
  1. Pusat Islam Iskandar untuk mengesahkan sijil nikah.
  2. Tabung Haji Larkin untuk pemindahan wang ke Maybank.
  3. Danga City Mall untuk mencari tudung.
  4. Jotic untuk suntikan meningitis tapi klinik tutup.
  5. Pesuruhjaya Sumpah Jalan Dhoby untuk pengesahan permohonan MRSM.




Monday, 14 October 2013

SALMON STEAK



SABTU pagi saya telah ke tiga pasaraya Giants di Tampoi, Taman Sutera dan Leisure Mall di Taman Pelangi.

Sunday, 1 September 2013

BERAYA RUMAH ABANG SULONG



SEMALAM hari Sabtu saya sudah memandu ke Melaka dengan cikPuan Jnulekasnova. Perjalanan yg mengambil masa 2 jam setengah.

Selepas melawat pameran di bangunan Bastion, Melaka, saya terus memandu ke Felda Simpang Waha, kerumah abang sulong saya untuk beraya kerana sudah dijemput oleh kakak ipar saya pada minggu lepas lagi.

Monday, 19 August 2013

KIPMART MASIH TUTUP



ADIK lelaki saya kata mahu datang beraya hari ini (Ahad), jadi saya sibuk juga mencari bahan-bahan dapur untuk dimasak pagi ini.

Bila tengok pasaraya Kipmart Masai masih belum dibuka, saya pun pergi ke pasar Pasir Gudang pula.

Awal juga adik lelaki saya dan adik perempuan bongsu saya tiba dirumah dalam jam 11 pagi. Saya tidak sempat hendak lelapkan mata walaupun saya belum kebah dari demam lagi.

Sebenarnya saya pun terlupa hari ulangtahun perkahwinan saya semalam 17 Ogos 2013 yg ke 24 tahun. Anak lelaki saya yg tua pun akan mula bekerja di Skudai esok.

Thursday, 15 August 2013

ANAK LANANG SING MBAREP



HARI INI yg agak sibuk juga. Perkara pertama ialah menguruskan cukai jalan kereta cikPuan Jnulekasnova itu. Cukai jalannya mati hari ini, bersamaan 14 Ogos 2013. Dan anak lelaki saya yg tua sudahpun mengambilnya di Pusat Jualan Toyota Larkin tengahari tadi.

Kos insuran ialah RM@,!)) dan cukai jalan ialah RM#%) sebagai rekod.

Keduanya, saya baru tahu anak lelaki saya itu sudah pun mendapat tawaran bekerja sebagai penolong QA di Skudai. Cuma beliau mahu berbincang dahulu dgn emaknya berkenaan hal tersebut.

Ketiganya, anak lelaki saya itu juga berhajat untuk menonton konsert Metallica di Singapura minggu depan. Emak beliau telah membelikan tiket konsert. Beliau ada memberitahu emaknya akan pergi bersama-sama kawannya dengan menaiki bas. Kemudian emaknya pula yg sibuk mahu saya menghantar beliau ke pulau. Saya kata, tengoklah nanti.

Tuesday, 6 August 2013

TWO YOUNGEST KIDS



HARI ini hari Selasa. Esok sudah bermula cuti hariraya aidilfitri.

Malam ini anak perempuan saya akan terbang dari Kota Bharu ke LCCT Sepang. Dan saya akan menjemputnya di lapangan terbang dan terus memandu pulang ke rumah kami.

Monday, 5 August 2013

MAKCIK MENINGGAL



PAGI-PAGI tadi abang sepupu saya yg tinggal di Kuala Lumpur menghantar mesej menyatakan ibunya meninggal dunia. Ibunya bernama MASRIAH JAMHARI dari Parit Abas adalah kakak kepada ayah saya yg juga sedang uzur di kampung.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Al-fatihah untuk Mak Entik.

Monday, 15 July 2013

PARENTAL GUIDANCE



PAGI-PAGI tadi adik perempuan saya dari kampung telah menelefon saya mengadu berkenaan ayah saya yg sedang uzur. Dengan kerenah ayah saya yg tidak menentu dan masalah dalaman krisis adik-beradik saya sendiri membuatkan saya sentiasa didalam tekanan.

Kebun saya yg di Parit Jambi Darat pun sudah lama saya tidak jenguk.