Showing posts with label AIR ASIA. Show all posts
Showing posts with label AIR ASIA. Show all posts
Monday, 1 September 2014
AIR ASIA: NOT EVERYONE CAN FLY
KELMARIN, anak perempuan saya sudah meminta saya menempah tiket penerbangan pulang dari Kota Bharu (bukan Kota Baharu) untuk cuti Hariraya Haji nanti. Pada mulanya kawan anak perempuan saya itu hendak pulang sekali dengan menaiki kapalterbang tetapi tidak dapat meneruskan hasrat beliau apabila mendapat tahu harga tambang kapalterbang murah itu bukan serendah yang dia sangka. Anak perempuan saya kemudian memberitahu saya bahwa kawannya pulang dengan menaiki bas saja, walaupun harga tiket tambang bas bukan lagi murah sekarang ini.
Saturday, 14 September 2013
A LESSON NEVER LEARNED
ANAK DARA saya akan bercuti sempena cuti panjang Raya Haji nanti. Jadi, tadi malam saya telah membelikannya tiket dari 2 penerbangan tambang murah yg berbeza.
Dari Kota Bharu, saya belikan tiket Air Asia dan akan mendarat di lapangan terbang LCCT Sepang. Air Asia tiada penerbangan dari Kota Bharu ke Johor Bharu. Harga tiket ialah RM&&.
Manakala, penerbangan pulang pula saya belikan tiket Fire Fly dari Johor Bharu. Harga tiket ialah RM!%*. Dan Fire Fly tiada penerbangan dari Kota Bharu ke Johor Bahru pada tarikh anak dara saya akan mula bercuti pula. Sebab itu saya belikan tiket Air Asia dan turun di LCCT.
Tapi malangnya, bila saya memberitahu isteri saya, tarikh penerbangan pulang itu jatuh pada hari Isnin, sehari sebelum hariraya haji tiba. Dan hari Isnin tersebut telah dipenuhi dengan pelbagai jadual yg isteri saya rancang sejak sekian lama. Dipendekkan cerita, saya pun menukar tarikh tersebut sehari sebelum tarikh penerbangan yg asal. Harap-harap tiada kesilapan lagi selepas ini.
Sunday, 30 June 2013
LEBIHAN BAGASI

PAGI tadi saya sudah menghantar anak dara saya ke terminal tambang murah untuk pulang kekolejnya di Pasir Mas. Olehkerana bagasi yg terlebih berat, maka saya suruh beliau mengurangkan pakaian yg hendak dibawa dan menukar bagasi besar kepada beg pikul saya pula. Saya berkeras tidak mahu membayar wang lebihan berat itu kerana baru semalam saya telahpun membayar bagasi lebihan abang beliau yg pulang dari Kota Samarahan sebanyak RM@00 walaupun saya telah memesan sebanyak 30kg.
Kapal pesawat anak dara saya itu berlepas jam 10.40am dan telah tiba dengan selamat di asrama kolej jam 1.40petang.
Nota lalat. Begitu juga kisahnya dengan isteri saya yg tiba-tiba terpaksa terbang pulang ke rumah panjang. Saya sudah pesan 15kg untuk bagasi beliau, kemudian beliau hanya mahu bawa beg sandang untuk dibawa masuk ke kabin pesawat. Selepas saya memberitahu bahawa saya telah membayar bagasi, baru beliau letakkan beg sandang dalam pemeriksaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
