BULAN ini genap setahun saya terjebak dan melibatkan diri dalam aktiviti peraduan-peraduan yang saya sertai. Walaupun saya tidak pernah memenangi kereta, mesin basuh, televisyen atau pakej umrah atau melancong terbang ke Sydney, Beijing, Singapura, seperti rakan-rakan perjuangan (baca: compers) hebat yang lain, tapi sasaran (baca: target) saya pada tahun lepas untuk memenangi lebih dari 4 biji mini ipad telah tercapai. Saya bercukur
bersyukur sahaja (alhamdulillah) dan saya berharap akan dapat terus aktif dalam bidang hobi yang membina ini dan akan mendapat hadiah lagi besar, contohnya kalau tidak mendapat sebuah kereta, mendapat duit tunai RM888,888 pun baik juga. Amin.
Gambar diatas saya paparkan hanyalah sebahagian besar hadiah-hadiah yang telah saya menangi, tidak termasuk wang tunai, baucer membeli belah (Mydin, Giant, Aeon), baucer barang-barang elektrik, 4 biji kamera Instax dan kad mesra (& gift cards) Petronas. Ini hanyalah untuk tujuan rekod dan kenang-kenangan saya dimasa hadapan.
Terimakasih saya ucapkan kepada rakan-rakan perjuangan (baca: compers) yang tidak jemu memberi tunjuk ajar serta panduan (baca: tips) berguna. Tanpa rakan-rakan yang baik-baik itu siapalah saya ini.
Terimakasih juga kepada penganjur (Power Root, Dutch Lady, Nestle, Energizer, Mydin, Giant, Aeon, Permanis, Unilever, The Store, Listerine dll) yang bermurah hati. Majulah Sukan untuk negara.