Showing posts with label SANTAI KE PULAU. Show all posts
Showing posts with label SANTAI KE PULAU. Show all posts

Friday, 12 September 2014

PULAU BALI: THE PACKING



Bismillahirahmanirahim. Semalam saya sedang sibuk mengemas pakaian (baca packing) untuk dibawa ke pulau esok. Hee sambil saya hendak berpantun lah sedikit.

Tuai padi antara masak;
Esok jangan layu-layuan;
Intai saya sementara nampak;
Esok jangan rindu-rinduan. ammvoiii

Nota lalat 1. Gambar di tebing Pura Batu Bolong, diatas bersebelahan Pura Tanah Lot, circa 2011.

Nota lalat 2. Semasa kawan-kawan terbaca entri saya ini, berkemungkinan saya sudah terbang ke pulau itu. Doakan semoga perjalanan saya selamat pergi dan kembali. Amin ya robbalalamin.

Sunday, 7 September 2014

BALI 2014: THE PRELUDE


BULAN lepas kelab sukan rekreasi di tempat saya bertugas ini telah bercadang untuk mengadakan hari keluarga (baca Family Day) di Pulau Bali. Tapi penyertaan dibuka kepada pekerja tetap sahaja. Selepas beberapa minggu diwar-warkan, akhirnya penyertaan dibuka kepada pekerja selain pekerja tetap. Dan tanpa berfikiran panjang, saya (bukan pekerja tetap) pun turut mendaftarkan diri walaupun saya pernah berpergian wisata ke Pulau Bali pada tahun 2011 bersama-sama rakan kelab fotografi.

Dengan harga RM350 (berbanding harga biasa RM1200 ?) per pax untuk 3 hari 2 malam memanglah agak mahal. Sepatutnya pihak syarikat yang berprestij seperti ini dapat mengurangkan lagi kadar bayaran tersebut. Sekurang-kurangnya memberi tajaan 100% kepada para pekerja yang dedikasi amatlah dialu-alukan sangat. Walaupun begitu, kelab rekreasi akhirnya bersetuju untuk menambah satu hari lagi menjadi 4 hari 3 malam di Pulau Bali.

Ya. Bali aku datang. Lagi.



Sunday, 31 August 2014

PULAU TIOMAN: AU REVOIR



HARI INI (Sabtu) alhamdulillah saya sudah selamat sampai dirumah. Check out dari lobi hotel pukul 1.00 petang, dan tiba di lapangan terbang pukul 1.20 petang. Penerbangan dari Pulau Tioman ke Subang Skypark airport pula mengambil masa lebih kurang sejam.

Berikut adalah bajet untuk sesiapa yang hendak melancong ke Pulau Tioman sekadar rujukan.

3 Hari 2 Malam Live, Fly & Stay Pakej, termasuk 2 malam penginapan (2 dewasa), 2 sarapan pagi (2 dewasa), 1 makan malam (buffet, 2 dewasa), pilihan trip snorkel Pulau Renggis atau trek hutan bandit (2 dewasa), dan return shuttle transfer (Tioman Airport - Resort - Tioman Airport) untuk 2 dewasa. Harga: FOC percuma, terimakasih kepada Mentos Malaysia.

Caj Pulau Warisan - RM5
Sewa motor - RM50
Souvenir, cenderamata, baju tshirt, fridge magnet, keychain - RM342
Gantirugi motor rosak akibat eksiden - RM80
Makan minum luar - RM50
Kamera underwater - RM65
Parking kereta di Skypark Subang untuk 2 hari dan 6 jam - RM116.60

Jadi, jumlah kos perbelanjaan saya ke Pulau Tioman kali ini ialah RM708.60 tidak termasuk pembalut gula-gula sebagai penyertaan peraduan Mentos. Aduhai.

PULAU TIOMAN:THE LAST DAY



HARI terakhir di Pulau Tioman yang nyaman, berkabus saja dari hari pertama saya di sini. Pagi-pagi lagi selepas bersarapan di restoran Nelayan Berjaya Resort, saya menaiki motorsikal yang melibatkan diri dalam nahas kemalangan semalamnya terus ke hujung jalan hingga ke taman laut dan sampai di ruang pejalan kaki ke kampung Air Batang (ABC).

Jarak sejauh 500 meter dari Taman Laut ke seberang kampung melalui bukit ditebing laut hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki. Motor terpaksa saya tinggalkan di ruang masuk itu.

Tiada aktiviti menarik saya lakukan disepanjang pantai di Kampung Air Batang melainkan berjalan-jalan santai saja.


Saturday, 30 August 2014

PULAU TIOMAN: SNORKELING AT PULAU RENGGIS



HARI KEDUA di Pulau Tioman dimulai dengan sarapan pagi di restoran Nelayan resort. Selepas itu, saya terus mengikut aktiviti snorkeling di Pulau Renggis yang tidak jauh dari lobi resort. Bajet pelancongan yang saya perolehi hasil dari peraduan Mentos termasuk aktiviti snorkel atau trek hutan. Saya pilih snorkel.

Sebelum pergi bersnorkel saya mula-mula mencari kamera bawah air (baca underwater camera) yang boleh disewa. Saya ada terbaca harga sewa kamera istimewa itu ialah rm80. Tapi akhirnya gadis di kaunter aktiviti itu menyarankan saya beli satu kamera di kedai cenderata bersebelahan lobi resort. Harga kamera itu ialah rm65 yang mempunyai 27 keping filem dan hanya boleh digunakan sekali saja.


Friday, 29 August 2014

PULAU TIOMAN: DAY 1 PART 3



SUASANA SENJA di Pulau Tioman ketika ini tidaklah begitu memberangsangkan untuk saya mengambil gambar matahari tenggelam (baca sunset). Awan yang berkepul-kepul dan langit yang kusam memanglah tidak menjanjikan gambar pemandangan yang cantik. Walaupun begitu saya gagahi diri saya bersantai nak menunggu juga sehingga hari gelap di tepi pantai Berjaya Resort ini.

Diharapkan esok suasana matahari tenggelam yang lebih menarik. Selepas pulang ke bilik resort, saya berehat sebentar sebelum ke restoran Nelayan untuk menjamu hidangan buffet makan malam (baca dinner). Saya membawa kamera dslr saya ini tetapi ketika sampai di restoran saya baru sedar bahawa kad memori kamera saya tidak masukkan kembali kedalamnya. Saya terpaksa berpatah balik ke bilik dan mengambil kad memori tersebut. Satu perjalanan yang meletihkan.


PULAU TIOMAN: DAY 1 PART 2



DI WAKTU PETANG yang tiada apa apa aktiviti yang menarik, saya berjalan-jalan kaki dari lobi resort terus keluar pintu masuk resort mencari makanan petang dan menikmati keindahan kampung Sungai Lalang juga.


Thursday, 28 August 2014

PULAU TIOMAN: THE PACKING



Bismillahirahmanirahim. Semalam saya sedang sibuk mengemas pakaian (baca packing) untuk dibawa ke pulau esok. Hee sambil saya hendak berpantun lah sedikit.

Tuai padi antara masak;
Esok jangan layu-layuan;
Intai saya sementara nampak;
Esok jangan rindu-rinduan. ammvoiii