MINGGU LEPAS saya sudah bekejaran mencari kaunter KWSP (baca EPF) untk mencetak penyata akaun saya bagi tahun 2012. Mula-mula saya ke bangunan KWSP kepala suku (baca headquarter) di Jalan Raja Laut itu. Bila saya tiba, terpampang sudah papantanda mengatakan sistem jatuh (baca system down) jadi tiada urusan yang boleh dibuat dikaunter itu. Apa barang?
Selepas itu, saya ke pejabat UTC Puduraya untuk pertama kalinya sebab rakan saya ada memberitahu disitu ada kaunter KWSP sehingga pukul 10 malam. Bila saya tiba di Puduraya dan mencari pusat UTC itu, namun hampa juga. Penjaga keselamatan itu memberitahu bahawa kaunter KWSP telah ditutup kerana mesin pencetak dirosakkan oleh orang yang tidak berguna.
Keesokannya pula saya ke pejabat KWSP di Setapak kerana rakan saya itu berkata bahawa beliau pernah kesitu dan berurusan. Dengan gigihnya juga saya bekejaran lagi ke Setapak namun hampa adalah ayat yang sesuai kerana pejabat KWSP Setapak juga telah dikosongkan tanpa alasan.
Pada hari Sabtu kelmarin saya mencuba nasib saya ke Kotaraya Johor Bahru kerana ada pusat UTC disitu. Namun seperti yang saya khuatirkan, tiadalah kiosk atau kaunter KWSP disitu. Saya berasa hampa untuk sekian kalinya.
Dan pada hari Ahad saya terus bergegas ke bangunan KWSP Jalan Ayer Molek kerana pejabat kerajaan dibuka pada hari Ahad. Dipendekkan cerita saya sebagai rakyat jelata marhein telahpun berjaya mencetak penyata akaun saya disitu.

