Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Sunday, 28 December 2014

PLAIN RICE

Near Bukit Belacan.

NASI putih, ayam goreng kunyit dan kailan ikan masin. Makanan saya yang biasa-biasa saja.

Manakala makanan tengahari dibawah ini ialah hidangan nasi tapau yang selamba biasa untuk mesyuarat kelmarin dengan klien yang saya rasa pun memang enak sekali.


Lunch on the Review meeting with client.

Projek lalat: 'One Photo A Day: A Five Year Memory Blog' - Hari ini dalam sejarah lalat, 28 Disember 5 tahun yang lepas:


2009 - Masjid Abu Bakar, Johor Bahru; 2010 - Masjid As-syakirin, KLCC; 2011 - with my daughter, KLCC; 2012 - Nikon tester; 2013 - ziarah at Mekah.

Friday, 19 December 2014

LUNCH BY THE POOL

Buffet type of lunch.

SEMALAM tengahari saya sudah menyertai makan tengahari yang diselenggarakan oleh jabatan projek. Tiadalah barangan hadiah (baca: goodies) yang diterima pada majlis kali ini.

Rightgas big pipe I found on the way to the hotel.

Projek lalat: 'One Photo A Day: A Five Year Memory Blog' - Hari ini dalam sejarah lalat, 19 Disember 5 tahun yang lepas:

2009 - Sibu airport; 2010 - Colmar Tropical Resort during wet season; 2011 - Senai airport; 2012 - Sibu airport (animation); 2013 - Training for Mount Kinabalu: Jabal Uhud.

Thursday, 11 December 2014

CHECKMATE GRILL & PASTA



KADANG-KADANG hendak juga saya mencuba makanan barat sepotong daging panggang (baca: steak) yang baru ditempat lain yang saya tidak pernah pergi. Di Kampung Baru saja sudah.

Selepas itu terpaksalah saya membakar 58 kalori dengan berlarian sejauh 1.95km sebanyak 4 pusingan diatas threadmill pula.

Hari ini dalam sejarah lalat, 5 tahun yang lepas. Projek 'One Photograph A Day: A Five Year Memory Blog' bermula hari ini.

11/12/2009 - World Scrabble Championship in JB; 11/12/2010 - Kuala Lumpur International Motor Show; 11/12/2011 - Gerhana Bulan Penuh ; 11/12/2012 - Project 50mm, Day 18 (Pulai Rumah Panjai) ; 11/12/2013 - My new canon Eos 60D.

Thursday, 4 December 2014

GADO-GADO

Gado-gado Sumatera in Ampang topped with emping cracker

KELMARIN saya sudah pergi makan malam di restoran nasi ayam penyet Sumatera yang baru dibuka. Saya tidaklah memesan nasi ayam penyet, tetapi mencuba gado-gadonya yang tidaklah mencapai tahap piawaian citarasa saya. Wallahualam.

Monday, 24 November 2014

WILLY SATAY

aQi at Willy Satay.

SEMALAM anak lelaki saya yang akan terbang ke negara matahari terbit sudah menyatakan hendak makan sate kajang. 'Willy satay', katanya. Ini adalah pertama kali saya mendengar nama sate kajang selain Sate Haji Samuri yang popular itu.

Bila tiba di Ramal Food Junction, hujan pun turun dengan lebatnya. Orang beratur pun ramai juga walaupun hujan lebat dan meja kerusi diluar warung dibasahi hujan. Dipendekkan cerita, saya telah beratur memesan sate ayam dan daging sahaja untuk dibawa pulang.

satay
ˈsateɪ/
noun
  1. a Malaysian dish consisting of small pieces of meat grilled on a skewer and served with a spiced sauce that typically contains peanuts.

While waiting for the satay order for almost one hour.

Having the Kajang satay dinner at home sweet home.

Saturday, 25 October 2014

THE STORM IS COMING

The Storm is coming, on Kesas Highway near Sungai Besi

SEMALAM saya sudah menaiki bas ekspres lagi pulang ke selatan tanahair. Tiada apa-apa yang menarik untuk saya ceritakan disini. Tapi disepanjang perjalanan saya melayari laman blog bro Han Tayargolek.com yang pernah menunggang motorsikal menjelajah negara Thailand, Myanmar dan Laos. Satu aktiviti lasak dan pengembaraan yang menarik juga.

Ini adalah entri gambar-gambar rawak (baca: random) sahaja.

Monday, 4 November 2013

Monday, 14 October 2013

SALMON STEAK



SABTU pagi saya telah ke tiga pasaraya Giants di Tampoi, Taman Sutera dan Leisure Mall di Taman Pelangi.

Sunday, 6 October 2013

LENGLUI



PAGI tadi saya pergi ke stesen bas Larkin untuk membeli peralatan umrah nanti. InsyaAllah.

Friday, 27 September 2013

CHEAPER MILO



SAYA baru mula mengkaji harga Milo di Bukit Belacan ialah RM31.90 untuk 2 kg. Harga pek Milo yg sama di Sungai Besar pula lagi mahal RM2.

Sunday, 15 September 2013

SAUJANA SEAFOOD



SEMALAM petang saya sudah pergi ke restoran makanan laut Saujana. Agak lama juga saya tidak ke sana.

Harga lalat. RM!^@.




Tuesday, 3 September 2013

FAST FOOD



HARI Isnin yg agak sibuk juga dengan urusan kerja.

Pagi semalam saya sudah keluar mencari bangunan menara Yayasan Tun Razak. Mula-mula saya sudah periksa dalam Google Maps. Jadi dari pejabat saya di Ampang Park, saya melalui Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Pinang dan masuk ke Jalan Bukit Bintang.

Kerana keyakinan saya, maka saya masuk ke Menara yg selalu saya lihat bila melalui Jalan Bukit Bintang. Tanpa bertanya kepada pekerja keselamatan yg bertugas, saya terus minta pas pelawat dan naik lif ke tingkat 10. Tapi sungguh saya kecewa kerana saya memasuki bangunan yg salah, iaitu Menara Worldwide. Saya terpaksa turun lif kembali dan berjalan keluar ke bangunan Menara Yayasan Tun Razak yg terletak bersebelahan sahaja.

Dan ini adalah entri ke 100 (seratus sahaja) saya dalam blog 3lalat yg ini.

Monday, 2 September 2013

ELYSIUM, ANISOFEA



PAGI tadi saya sudah menonton wayang cerita Elysium di pawagam TGV Tebrau. Cerita aksi yg biasa2 saja pada pandangan saya.

Tapi saya terkesan dengan 2 iklan Hari Kebangsaan sebelum cerita bermula. Dan lagi membuat perasaan dan suasana terkesan juga kerana terpaksa berdiri dengan penonton lain apabila lagu Negaraku berkumandang di layar perak.

Friday, 16 August 2013

COKLAT SUSU



TIADA yg menarik hari ini. Cuma saya rasa tidak berapa sihat. Dengan sakit mulut yg berbisa sepanjang hari.

Thursday, 8 August 2013

NANDOS



SEMALAM pagi selepas mengambil anak dara saya di LCCT Sepang yg baru tiba dari Kota Bharu, saya terus memandu pulang ke kampung. Dari LCCT saya lihat jam pun sudah pukul 12.30pagi. Dalam perjalanan di lebuhraya Plus menghala keselatan saya lihat kenderaan pun banyak juga tapi tidaklah sesesak sangat.

Tiba di Masai pun sudah pukul 4.10pagi dan saya sempat bersahur di Hentian Rehat RnR Pagoh.

Friday, 28 June 2013

NASI LEMAK NASI ARAB





HARI INI hari Khamis yg agak sibuk bagi saya.

Pagi tadi saya sudah bersarapan roti canai 2 keping, yakni roti canai kosong dan roti tampal. Tiba di pejabat ada pula rakan ofis yg belanja nasi lemak untuk kami. Jadi saya ambil sebungkus dahulu ingatkan untuk dimakan waktu tengahari.

Tapi tengahari pula saya terpaksa berkejar-kejaran atas urusan seri paduka baginda. Bila saya pulang kembali ke meja pejabat ada pula rakan yg belanja nasi beriani Arab ar-Rawsha Kampung Pandan sebab saya tidak berkesempatan bersama-sama meraikan rakan lama itu yg baru mendapat bonus katanya.

Saturday, 25 May 2013

FAJITA TRIO

Tengahari tadi saya sudah pergi ke Midvalley Mall, makan di Restoran Chilis.

Saya membuat pesanan Fajita Trio.

Malam pula saya pergi ke Restoran Mohd Chan Chinese Muslim yg terletak di Taman Melawati. Saya memesan Nasi Goreng Nanas dan Ketam Masak Lada Hitam.