Showing posts with label MUHASABAH DIRI SENDIRI. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH DIRI SENDIRI. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

2014 - APAKAH TAHUN! WHAT A YEAR

JANUARY 2014. One month before conquering Kinabalu peak at Tabur East peaks. Dengan latihan berterusan mendaki beberapa bukit dan gunung sekitar Kuala Lumpur, saya yakin akan dapat mendaki Gunung Kinabalu seperti yang saya azamkan.

INI entri tertunggak masa hadapan. Sila berguling-guling kebawah (baca: scroll down) untuk membaca entri terbaru saya.

ALHAMDULILLAH. Tahun 2014 sudah tiba dipenghujungnya. Projek mendaki Gunung Kinabalu sudah berjaya saya capai dan tawan. Tahun ini tiadalah saya mengembara keluar negara, kecuali ke Bali. Cuma projek peraduan yang saya sertai selama setahun ada yang berjaya menang dan berjaya kalah dengan jayanya juga. Kata orang, untung sabut timbul, untung buaya tembaga kena penampar.

In sha Allah, sekiranya panjang umur kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan. Saya ingin mengucapkan ribuah terimakasih pada kawan-kawan yang jauh dan yang dekat, semoga maju jaya selalu. Moga-moga juga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Tuesday, 9 December 2014

BIRTHDAY TREAT



KELMARIN sempena harijadi saya yang sudah berumur ini, maka saya pun menjamu selera di Permas Jaya. Saya makan piza sahaja. Terimakasih kepada isteri saya dan kaum keluarga yang bersama-sama meraikannya.











Friday, 5 December 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME

'Raikan No. 1 Mamee' contest.

Selamat harijadi untuk diri sendiri semoga me sentiasa bergembira, riang ria, rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Juga semoga me diberi kekuatan untuk melakukan kerja-kerja berfaedah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Amin ya robbal alamin.

Terimakasih me ucapkan pada keluarga yang mengucapkan selamat harijadi kepada me hari ini. Walaupun begitu me tidaklah mendapat apa-apa ucapan di laman sesawang Facebook yang popular itu setakat ini.

Cuma me sedikit kecewa kerana peraduan Mamee Monster pun me cuma mendapat telefon bimbit XiaoMi Mi 1S sahaja. Tapi me tetapi bersyukur juga.

Friday, 24 October 2014

ALFATIHAH, WAK SABAH



ALHAMDULILLAH. Jenazah ayahnda saya telah selamat dikebumikan semalam petang sebelum solat Asar di kampung. Saya mengucapkan ribuan terimakasih diatas ucapan takziah rakan-rakan saya semua. Alfatihah Haji Masrom Jamhari.

Thursday, 16 October 2014

SELIPAR JEPUN



SEMALAM saya memang sibuk ke hulu ke hilir menyediakan persembahan dalaman (baca: internal review presentation). 2 minggu lagi persembahan untuk klien pula.

Sebenarnya ada cerita disebalik gambar kaki saya dan kaki kerusi roda diatas itu. Tapi biarlah ianya menjadi rahsia. (mood: feeling young again)

Monday, 29 September 2014

Monday, 22 September 2014

10 RANDOM FACTS ABOUT ME WHEN TRAVELLING



10 Perkara Random 3 Lalat bila Travelling

Ini entri membalas tag dari cik nana yang suka mengembara itu. Buat masa ini saya membuat tiga dahulu. Nanti kalau saya punya masa percuma (baca free time) saya akan sambung lagi ya.

1. Saya suka letak tangan saya di batu-batu purba, termasuk kain kelambu kiswa kaabah itu juga.

2. Saya suka bergambar dengan gaya yang agak sewel. Bila lagi bukan?

3. Saya suka mengambil gambar matahari terbit (baca sunrise). Saya juga suka mengambil gambar matahari terbenam (baca sunset). Sehingga saya sanggup membayar pakej sunrise seperti di Borobudur Jogjakarta dan Angkor Wat.

4. Berkenaan busana atau topi saya tidaklah berkira sangat asalkan boleh menutupi kepala sahaja.

5. Saya suka mengambil gambar makanan dalam penerbangan.

6. Saya memang suka mengambil gambar matahari terbenam semasa dalam penerbangan, tidak kiralah samada di sayap atau di tempat duduk paling belakang. Ada orang kata tempat duduk paling belakang adalah tempat duduk paling selamat sekiranya kapalterbang terhempas. *Senyum.

7. Saya suka mengambil gambar penduduk tempatan di sesuatu lokasi wisata.

8. Saya akan bawa kamera DSLR saya yang besar gedabak bersama-sama dengan flash. Kadang-kadang saya bawa juga tripod untuk mengambil gambar pemandangan tetapi selalunya tidak digunakan. Kamera kompak (baca compact camera) jenis Lumix saya hanyak gunakan semasa dalam penerbangan pergi dan balik sebab senang dibawa dan ketika itu kamera DSLR saya berada didalam bagasi yang besar pula.

9. Saya akan beli buku pengembaraan (baca travel book) sebelum mulakan pengembaraan itu. Buku hasil penerbitan DK adalah buku yang saya suka baca sebab gambar-gambar yang lebih jelas dan menarik berbanding buku Lonely Planet.

10. Saya akan beli simcard berbanding mengaktifkan roaming (RM38 sehari) untuk telefon saya sekiranya saya merasakan perlu menghubung kaum kerabat di tanahair.

Saya rasa tidak perlulah saya mengetag rakan-rakan blogger yang lain ya.

Itu sahaja rasanya dan saya berharap cik Nana yang jelita itu berpuashati dengan jawapan tag beliau ini. Semoga kita semua boleh menjadi rakan siber yang baik-baik. Amin.



Thursday, 28 August 2014

KAKI PENIPU



Saya sering mendengar komen berikut diluahkan.

"Sorry, saya dah tak percaya lelaki, lelaki penipu!," ujar perempuan.

"Samalah, aku pun dah tak percaya perempuan, kaki 'kencing'," kata lelaki.

Apa sudah terjadi? Siapa harus percayai?

Hakikatnya tidak semua lelaki dan perempuan pernah berkata begitu. Saya yakin masih ramai antara kita berhati mulia, jujur dan penyayang.

Sebilangan perempuan tidak mempercayai lelaki kerana sebab tertentu, pengalaman lalu mengajar mereka. Begitu juga sebilangan lelaki, hilang kepercayaan kepada perempuan barangkali kerana pernah terpedaya dengan kata-kata dan perbuatan insan berbeza jantina itu.

Kesannya kepada mereka?

Antaranya, sanggup menjadi andartu atau bujang terlajak. Namun itu keputusan mereka, keputusan lazimnya amat sukar diubah dek teman mahupun rakan.

Saya terfikir, jika perempuan ditipu lelaki atau sebaliknya berlaku, mengakibatkan dia hilang 100 peratus kepercayaan, adakah itu tindakan bijak? Atau sekadar tindakan mengikut perasaan cuma?

Ingat, perempuan juga menipu perempuan, lelaki menipu lelaki dalam pelbagai hal demi kepentingan diri.

Sinopsis diatas saya rujuk dari blog Bersama Mazidul. Manakala sinopsis dibawah saya rujuk dari blog Jebbull.

Kenapa lelaki dikatakan sebagai kaki perempuan? Sila lihat. *Merengis.
Pertama, mungkin sebab kaki dia tak cukup bulu, atau pun dia selalu cukur bulu kaki, sebab itu nampak licin macam kaki perempuan. Err okay tak tak, main-main saja. Menurut saya, tak semua lelaki macam tu. Kalau nakal-nakal sikit suka kacau perempuan, lumrah lah lelaki macam tu. Remind u, tak semua lelaki macam tu. Kadang-kadang kita nampak je dia suka kacau perempuan, tapi dia sekadar suka-suka je. Tak lah sampai nak curang ke apa. Atau erti kata lain, isi masa lapang. Hehahah
Kedua, tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Kadang-kadang, salah perempuan jugak. Bila ajak keluar, tak boleh. Bila ajak kahwin, belum ready. Bila sibuk, tak fikir pasal boyfriend/tunang/suami langsung. Lelaki pun rasa tercabar lah. Sunyi pun satu.
Ketiga, lelaki ni memang gatal. Eh remind u again, tak semua lah kan. Kebanyakkan lelaki memang gatal. Selalu je saya jumpa lelaki yang nafsu tinggi sangat sampai tengah bawak awek/tunang/bini atas motor pun, sempat kenyit mata dekat perempuan. Gatal kan? Bergantung dekat individu lah. Kalau dia setia, setia jugak heh.
Keempat, pun saya nak cakap, salah perempuan jugak. Gaduh sikit, terus mintak putus, terus mintak cerai. Gaduh sikit, terus pergi sembunyikan diri. Yang dah kahwin pergi balik rumah mak bapak. Yang belum kahwin, pergi lepak rumah kawan. Kononnya nak lari dari masalah. Ingat lelaki suka? Ingat lelaki nak layan? Ingat lelaki nak pujuk? Heh. Kalau dah selalu sangat buat tindakan ikut perasaan, lelaki pun carilah perempuan lain. Lagi enjoy. Lagi best.
Kelima, kalau hubungan tu dah renggang, memang susah nak cakap. Lelaki fikir perempuan tu ada orang lain, perempuan pulak fikir lelaki ada orang lain. Lepas tu masing-masing sendiri cari lain. Dah bosan punya pasal. Haha.
Keenam, perempuan cuba jangan cabar kewibawaan lelaki. Jangan suka-suka nak keluar kata-kata kesat, jangan mudah nak maki hamun, jangan cuba nak pertikaikan tentang tanggungjawab lelaki. Lelaki benci perempuan yang tak respect dia. Kalau lelaki tu respect u, please respect him too.
Okaylah, itu je kot yang saya dapat kongsikan KENAPA LELAKI DICOP SEBAGAI KAKI PEREMPUAN~ oops lari tajuk KAKI PENIPU ;-p

psst//

Pesanan untuk perempuan: Bawaklah bersabar. Jangan cepat naik angin sangat. Cool kan keadaan. Lepas tu discuss secara comel. Cipta memori indah. Kan lagi best?

Pesanan untuk lelaki: Janganlah menggatal sangat! Dapat balasan nanti tak ke haru? AHAHA

Nota lalat. Wallahualam, tepuk dada tanya iman.