Showing posts with label DINNER. Show all posts
Showing posts with label DINNER. Show all posts

Sunday, 24 August 2014

ME'NATE STEAK HOUSE



MALAM KELMARIN saya sudah makan malam di restoran Me'nate Steakhouse Ampang Jaya. Saya pesan Ribeye Grain Fed yang berharga RM17.90 pergram.

Saya juga pesan air suam seperti biasa.

Nota lalat. Ejaan me'nate, bukan menate steak house. menate ampang jaya komen. Google? Hrmm.

Thursday, 8 August 2013

NANDOS



SEMALAM pagi selepas mengambil anak dara saya di LCCT Sepang yg baru tiba dari Kota Bharu, saya terus memandu pulang ke kampung. Dari LCCT saya lihat jam pun sudah pukul 12.30pagi. Dalam perjalanan di lebuhraya Plus menghala keselatan saya lihat kenderaan pun banyak juga tapi tidaklah sesesak sangat.

Tiba di Masai pun sudah pukul 4.10pagi dan saya sempat bersahur di Hentian Rehat RnR Pagoh.

Friday, 14 June 2013

PARKING EMPAT HINGGIT





SEMALAM petang saya sudah pergi ke Ampang Point.

Malas hendak parkir dibawah, saya cuba parkir di tempat parkir luar Ampang Point. Uncle India tu bilang 'empat hinggit'. Saya agak terperanjat sebab saya kira kalau saya parkir di bawah Ampang Point tu baru dua hinggit setengah sejam. Saya kata tidak jadi, tapi mamat india kawan dia bilang dengan nada perlahan, 'tiga hinggit per entri' je bang. Malas nak gaduh, saya pun bayar dan parkir kat dalam.

Sebenarnya saya hendak masuk peraduan fotografi Harvey Norman yg terletak di tingkat atas.

Saya beli bingkai gambar dan puaslah juga bertekak dengan budak perempuan jurujual pasal keliru peraduan Fujifilm pun ada tapi mesin pencetak gambar rosaklah pula.

Usai bayar harga bingkai gambar, saya terus ke restoran Linda Onn - My Mom's Rice Chicken dan pesan makanan nasi goreng ayam sahaja.