Showing posts with label PLENTONG. Show all posts
Showing posts with label PLENTONG. Show all posts

Monday, 13 October 2014

ORANGES, MQ, MILKS



MALAM TADI saya pun menemani isteri saya yang itu ke pasaraya Giant Plentong. Ini bukanlah rutin mingguan membeli barang-barang dapur (baca: groceries), tetapi niat mulanya beliau hendak mengurut kaki (baca: thai's massage) sahaja. Tetapi bila sudah masuk ke dalam pasaraya itu dan membeli beberapa buah-buahan dan alatulis, dia menjadi lupa pula hendak berurut kaki.



Saturday, 11 October 2014

JALAN SRI PLENTONG 1



ALHAMDULILLAH. Saya baru ambil hadiah peraduan Power Root kopi Ah Huat itu. Hadiah berupa sijil simpanan premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bernilai RM890 yang sepatutnya ialah RM888 tetapi sijil SSP adalah dalam nilai gandaan sepuluh ringgit. Anak lelaki saya yang menang hadiah mingguan ini, dan sijil SSP ini telah lama berada di cawangan Power Root yang berdekatan rumah saya tetapi anak saya itu terlalu sibuk dengan urusan kerja seharian. Jadi saya bawa adik beliau untuk mengutip sijil SSP itu yang mengambil masa tidaklah sampai 13 minit.

Terimkasih Power Root Malaysia dan kopi Ah Huat White Coffee. Majulah Sukan untuk Negara.