Showing posts with label KESIHATAN SAYA. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN SAYA. Show all posts

Friday, 3 October 2014

KOPENG



SAYA meminta maaf sekali lagi kerana menunjukkan luka di kaki saya yang terlibat dengan kemalangan yang mana kaki saya terkena ekzos motorsikal di Pulau Tioman bulan lepas. Sudah lebih sebulan tapi kopeng (baca juga kerak) luka masih belum tanggal lagi.

Dan nampaknya parut luka di kaki saya itu akan berkekalan hingga akhir hayat saya. Seperti kata orang dulu-dulu, luka di kaki (nampak berdarah) dapat diubat, luka dihati siapa yang tahu? Sedih bukan.

Nota lalat. Hari ke enam.

Thursday, 11 September 2014

PENYAKIT KAKI MULUT DAN ...



SAYA meminta maaf kerana menunjukkan lagi kaki saya yang luka. Ini sekadar entri kemajuan luka saya sahaja.

Luka dari kejadian kemalangan motorsikal (baca accident) di Pulau Tioman minggu lepas masih belum sembuh sepenuhnya. Hari ini sudah masuk hari ke 12. Saya juga terkena sakit ulser digusi mulut dan tepi lidah.

Nota lalat 1. Alhamdulillah. Walaupun sudah 2 hari 2 malam ditayangkan di laman web sosial FB Power Root itu, saya baru perasan nama anak lelaki saya itu telah memenangi hadiah harian pula. Terimakasih Power Root Malaysia dan majulah sukan untuk Negara.

Thursday, 4 September 2014

HACKS: GENERASI KE GENERASI



MINGGU LEPAS saya diberitahu oleh Hacks Malaysia dalam laman sosial FBnya yang menyatakan tidak dapat mengirim hadiah-hadiah peraduan Hacks It To Brazil. Olehkerana saya masih tidak menerima hadiah dari mereka, saya pun terus memberitahu untuk menghantar hadiah tersebut ke alamat pejabat saya.

Tengahari tadi saya pun menerima bungkusan hadiah tersebut iaitu sehelai baju t-shirt dan kad Giftcard Petronas yang bernilai RM50 saja.

Nota lalat 1. Semalam saya berpuasa selepas makan malam (baca dinner) hinggalah ke pukul 11pagi supaya doktor boleh memeriksa tahap diabetes dalam darah dan mendapati bacaan 5.2 adalah normal. Saya rasa amat gembira dan lega sekali. Cuma sekarang saya harus tunggu keputusan ujian darah untuk pemeriksaan tahap kolesterol dalam badan saya pula.

Updated. Keputusan Lipid. Tahap LDL Kolesterol (jahat) adalah 4.98 (<2.58). Kena makan ubat Simvastatin yang sudah lama saya tinggalkan.

BURN: THE HEALING



HARI ini sudah hari ke enam saya kena kemalangan jatuh motorsikal tempohari semasa berada di Pulau Tioman. Ubat krim sapu yang doktor achi India itu bagi pun saya sudah kehabisan. Saya sapu luka saya dengan ubat losyen kuning saja. Tetapi kesakitan yang saya rasa makin menjadi-jadi bisanya.

Wednesday, 3 September 2014

TOUCH N GO CARDS, MY EX-BOSS, MY WOUNDS



Alhamdulillah. Pagi tadi ahmoi dari Dutch Lady itu sudah menelefon saya memberitahu bahawa saya memenangi lagi 2 kad Touch n Go bernilai RM50 setiap satu. Minggu lepas saya sudah menang 1 kad Touch n Go.

Updated. Setakat ini, saya dan proxy-proxy saya telah memenangi 5 hadiah kad Touch n Go itu. Bersyukur saja kan. Harapan saya semoga saya mendapat salah satu hadiah utama nanti. Amin.

Nota lalat 1. Saya mendapat berita (dan gambar) bahawa kawan (bekas bos) saya telah berkahwin lagi dengan isteri muda. Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan kes 2 janda-janda beliau sebab saya pun sudah lama tidak mendengar berita. Dan gambar isteri baru itu bukanlah rakan wanita (nama bapa sama dengan penulis) yang sama-sama berkepit dengan beliau selama ini. Semoga berkekalan saja saya ucapkan.

Nota lalat 2. Kaki saya yang luka terkena ekzos motor semasa pergi ke pulau minggu lepas makin teruk rasanya. Saya telah pergi ke klinik dan meminta ubat sapu krim, bengkak (Beazyme Papain 150,000 USP unit), pain killer (Pontalon) dan antibiotik (Cloxacap 250 Capsule). Esok, doktor makcik India itu menyuruh saya datang semula untuk pemeriksaan diabetes dan kolesterol yang sudah lama tertangguh.