Showing posts with label KLCC TOWER. Show all posts
Showing posts with label KLCC TOWER. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

GOOD NITE KL

2014 - Petronas Tower.

SELAMAT malam Kuala Lumpur.

Projek 'One Photo A Day: A Five Year Memory Blog' - Hari ini (16 Disember) dalam sejarah lalat, 5 tahun yang lepas:

2009 - Sibu airport taxi; 2010 - Wedding Invitation at Felda Air Tawar 5; 2011 - Shizens on Jalan Ampang; 2012 - Telekom Tower (Menara Rebung); 2013 - The Pet World Malaysia 2013. The 2nd Malaysia International Pets & Aquatics Exhibition. Danga City Mall.

Wednesday, 10 December 2014

THE STORM IS COMING



SAYA berharap agar hujan tidaklah turun petang ini.

Sunday, 23 November 2014

PARADISE CITY

6.39 am

PERGI dan balik ke tempat kerja seperti biasa ketika langit masih biru dan lampu jalanan masih menyala.

Nota lalat. Seperti irama lagu Gun N Roses, where the grass is green and the girls are pretty. Take me home. Tetapi saya lebih suka lagu Sweet Child O Mine.

7.16 pm

Saturday, 15 November 2014

GOOD MORNING KUALA LUMPUR

On Jalan Ampang this morning.

SESEKALI saya melimpasi menara berkembar Petronas ini diwaktu pagi yang tidak sibuk.

I need to park beside the busy road to snap this image.

I wish I would bring my dslr to snap this blue hour photo to give you better and crispier picture.

Sunday, 2 November 2014

Wednesday, 27 August 2014

KLCC AT NIGHT



SEMALAM selepas maghrib saya berpergian ke KLCC menangkap gambar-gambar sahaja. Saya tidak sempat menangkap langit biru (baca blue hour) pula.









Monday, 25 August 2014

SELAMAT MALAM KUALA LUMPUR



SAYA mengucapkan selamat malam untuk kawan-kawan saya yang jauh dimata mahupun yang dekat.

Dan saya perhatikan juga, sejak kebelakangan ini bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak itu sudah dipasang dengan lampu neon penanda nama. Tapi saya rasa seperti tidak sesuai dan menyakitkan mata sahaja. Wallahualam.

Wednesday, 13 August 2014

THE ZON KL



SETELAH BERBULAN-BULAN purnama saya menzalimi diri sendiri bekerja keras dengan aktiviti peraduan (baca contest), maka semalam saya sudah mengecapi hasil tuaian peraduan dengan menebus baucer pelancongan dari peraduan Kimberly Clark yang telah saya menangi bulan lepas.

Saya telah tidur di hotel The Zon Kuala Lumpur yang jaraknya tidaklah jauh hanyalah sepelaung sahaja dari pejabat tempat saya bertugas. Sebenarnya saya ingin mengecapi suasana malam berhadapan menara berkembar KLCC tetapi bilik yang saya menginap ini membelakangkannya pula. Sungguhlah saya tidak bernasib baik.





















Friday, 1 November 2013

KLCC IN THE MORNING



HARI ini rakan sekerja saya sudah membeli mini ipad yg saya telah menangi dan baru tiba tadi.

Monday, 30 September 2013

COOLPIX IMAGE



SAYA memandu pulang ke rumah saya di Ampang pagi Ahad semalam. Saya tiba di rumah saya pun baru pukul 10.00 pagi. Saya telah dijemput hadir untuk majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi Sungai Klang River Of Life.

Gambar atas adalah pemandangan matahari terbenam dari beranda rumah saya yg saya tangkap dari kamera baru saya terima. Kamera berjenama Nikon Coolpix S01 yg bersaiz kecil, lebih kecil dari saiz kad kredit.


Wednesday, 25 September 2013

PUBLIC BANK



SEMALAM pagi saya telah pergi ke bangunan Public Bank Jalan Yap Kwan Seng. Tujuan utaman saya ialah hendak menamatkan perkhidmatan kad kredit saya.

Sambil itu, saya sempat lagi bertanyakan tentang jumlah wang pembayaran terakhir kereta cikputih saya yg akan tamat pinjamannya pada bulan November nanti. Jumlahnya ialah RM@#$).00.


Thursday, 29 August 2013

KLCC TOWERS



HARI Rabu yg agak sejuk. Tekak saya pun masih gatal-gatal gara-gara demam selesema yg belum sembuh lagi.

Tuesday, 27 August 2013

SUNYOLK OVER KLCC



HARI Isnin yg agak sibuk di tempat kerja juga.

Disebelah petang selepas pulang pejabat, saya sempat berlari-lari anak di treadmill yg sudah lama tidak saya gunakan. Cukuplah saya bersenam setempat selama 30 minit, 2 kilometer dan membakar 58 kalori.

Thursday, 4 July 2013

INFRONT OF KLCC PARK



PETANG hari Rabu semalam yg tiada berhujan, saya telah berjalan-jalan ke taman depan bangunan Menara Berkembar KLCC. Kelihatan ramai pelancong luar dan dalam negeri yg sedang mengambil gambar kenang-kenangan.

Nota lalat. Olehkerana ketidakcapaian pen pemandu (Pen Drive) dan cakera keras luaran (external hardisk) menggunakan pencucuk USB pada komputer pejabat saya maka gambar-gambar akan saya letakkan kemudian.

Saturday, 1 June 2013

CLEAR SKY TODAY



Hari ini hari Jumaat yg biasa-biasa sahaja. Walaupun fikiran saya agak terganggu dengan keadaan kereta cikputih yg masih dalam bengkel dan ditambah dengan abang pomen yg masih tidak tahu dimasa masalah kebocoran elektrik itu.

Fikiran saya juga masih huru hara kerana talian telepon terputus ketika cuba menjawab segmen peraduan Seribu Seminit di saluran radion Suria FM. Saya amat kecewa.