Showing posts with label SHAH ALAM. Show all posts
Showing posts with label SHAH ALAM. Show all posts

Sunday, 19 October 2014

GAMMAX MARCUS 260



ALHAMDULILLAH, semalam petang saya sudah mengambil hadiah peraduan Nestle Milo di The Store Plaza Alam Sentral, Shah Alam di majlis penyampaian hadiah. Saya telah memenangi sebuah basikal gunung (baca: mountain bike), 2 biji bolasepak piala dunia dan baucer bernilai RM100 sahaja. Tetapi saya sungguh kecewa kerana basikal itu tidak serupa dari segi jenama dan nilainya seperti didalam poster peraduan.


Tuesday, 26 August 2014

LAMAN SENI SEKSYEN 7



SELEPAS dari Laman Seni Seksyen 2, saya terus ke Laman Seni Seksyen 7 pula. Laman Seni ini terletak di belakang deretan kedai juga di Jalan Plumbum R7/R, berdekatan dengan kedai pakaian Jakel Silk House dan taman tema i-City yang sangat popular itu.

Berbeza semasa saya tiba di Seksyen 2 yang hujan turun dengan lebat, di Seksyen 7 ini hujan baru saja berhenti dan orang ramai muda mudi pun ramai juga yang datang.

















Monday, 25 August 2014

LAMAN SENI SEKSYEN 2



HARI AHAD semalam saya sudah berlari-larian ke Shah Alam mengambil gambar suka suka di Laman Seni Seksyen 2. Laman seni ini terletak berhampiran KFC dan Medan Selera Seksyen 2 dan terletak di belakang deretan kedai-kedai sahaja.









Wednesday, 20 August 2014

BANGUNAN SSAAS, BALI



TIADA YANG menarik dihari semalam, kecuali hujan mencurah-curah lebat disebelah pagi.

Begitupun, saya amat teruja kerana diterima menyertai rakan-rakan setugas untuk percutian ke Bali bulan hadapan. Walaupun begitu, saya merasakan harga RM350 per pax (baca: seorang) untuk 3 hari 2 malam agak mahal untuk pekerja di syarikat saya ini. Kali terakhir saya ke pulau Bali ialah pada tahun 2012, itupun saya pergi bersama-sama rakan fotografi saya, Nikonian.

Wednesday, 28 August 2013

BANGUNAN SSAAS




KAHAK saya masih belum sembuh lagi walaupun sudah lebih seminggu saya demam dan selesema. Saya masih berasa kurang selesa dan kepala saya masih berasa pening-pening bila bangun dari tidur pagi tadi.

Bila sampai di pejabat pagi tadi saya tidak larat lah pula mahu berjalan ke Ampang Park untuk bersarapan. Saya beli kuih-muih sahaja di pantri pejabat. Saya pilih air teh kosong seperti biasa.