Friday, 10 October 2014

MY FAVORITE MILO MIXES



ALHAMDULILLAH, baru tadi saya dan seorang wakil (baca: proxy) telah menerima panggilan dari penganjur peraduan Nestle Milo ekslusif di The Store untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah (baca: Prize Giving Ceremony) yang akan diadakan minggu hadapan. Setakat ini sekurang-kurangnya sebiji bolasepak akan saya terima.

Nota lalat terkini. Baru tadi anak lelaki saya beritahu bahawa beliau juga menang sebiji bolasepak itu. Dan emaknya pula memberitahu dia juga dijemput ke majlis penyampaian hadiah minggu hadapan untuk mengambil basikal gunung (baca: mountain bike) kerana dia telah memenangi hadiah pertama. Saya memanglah tidak menjangkakan kerana saya cuma mengharapkan untuk memenangi tv besar itu sahaja.

Terimakasih The Store dan Milo. Majulah Sukan untuk Negara.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.