Showing posts with label HABUAN CONTEST. Show all posts
Showing posts with label HABUAN CONTEST. Show all posts

Monday, 1 December 2014

VOUCHER REDEMPTION

Shopping at The Store Segar Perdana Cheras.

KELMARIN saya sudah menebus beberapa baucer membeli belah yang telah saya menangi beberapa minggu yang lepas. Mula-mula saya ke pasaraya Tesco Ampang bersebelahan lebuhraya MRR2 di waktu pagi pukul 8.00. Selepas itu saya ke Giant Batu Caves pula yang terletak disebelah lebuhraya MRR2 juga. Selepas itu saya terus ke Econsave Pandan Perdana ditepi lebuhraya MRR2 yang sama tetapi sungguh saya tidak menyangka buah cempedak sudah menjadi nangka kerana pasaraya Econsave disitu telah ditutup. Jadi saya mencari dan berjumpa Econsave Segar Perdana Cheras. Dipendekkan cerita bila saya hendak membayar penyelia disitu juga bermasalah hendak menunaikan baucer tersebut dan beliau terpaksa menelefon menggunakan telefon bimbit beliau ke beberapa cawangan Econsave yang lain. Setelah hampir 45 minit baucer saya dapat ditunaikan akhirnya.

Dari Econsave Cheras saya terus ke The Store Pandan dan saya tiada masalah untuk menunaikan baucer The Store itu.

This candid capture at Econsave Segar Perdana, Cheras.

How do I redeem my Prepaid Voucher? It's simple, don't worry! 
At The Store Pandan Indah.

Friday, 21 November 2014

WAK MACHA

Panasonic Torchlight and Portable Phone charger for the consolation prize.

ALHAMDULILLAH, hadiah saguhati dari peraduan Panasonic Evolta bersama kedai kesenangan diri (baca: convenience store) myNews.com telah selamat saya terima semalam. Terimakasih saya ucapkan kepada rakan seperjuangan cik Ayu Macha dan suami yang telah bersusah payah mengambilnya minggu lepas dan kemudian mengirimkan kepada saya. Tanpa kawan-kawan yang baik-baik sebegitu siapalah saya yang biasa-biasa saja ini.

Panasonic Evolta & myNews.com contest winners with Ayu Macha and her husband during the prize giving ceremony at Midvalley Boulevard (Ground Floor).

Sunday, 16 November 2014

BERAYA BERSAMA REVIVE

A long awaited letter from Permanis I received this evening.

ALHAMDULILLAH. Setelah sekian lama tidak memenangi apa-apa peraduan (baca: SLNW) petang tadi saya tiba-tiba mendapat rezeki pertama bulan November yang datang bergolek di depan pintu rumah merpati saya. Saya menerima surat dari Permanis menyatakan saya telah memenangi hadiah kedua iaitu barang-barang dapur bernilai RM800. Kemudian saya diberitahu anak lelaki saya juga telah mendapat baucer RM2K barangan Courts Mammoth dan isteri saya juga mendapat barangan dapur bernilai RM800 juga dari peraduan yang sama.

Terimakasih saya ucapkan kepada Permanis dan Econsave. Majulah sukan untuk Negara.

The original contest form that I cannot find the hardcopy one.

Saturday, 1 November 2014

ONE YEAR OF CONTESTS PARTICIPATION



BULAN ini genap setahun saya terjebak dan melibatkan diri dalam aktiviti peraduan-peraduan yang saya sertai. Walaupun saya tidak pernah memenangi kereta, mesin basuh, televisyen atau pakej umrah atau melancong terbang ke Sydney, Beijing, Singapura, seperti rakan-rakan perjuangan (baca: compers) hebat yang lain, tapi sasaran (baca: target) saya pada tahun lepas untuk memenangi lebih dari 4 biji mini ipad telah tercapai. Saya bercukur bersyukur sahaja (alhamdulillah) dan saya berharap akan dapat terus aktif dalam bidang hobi yang membina ini dan akan mendapat hadiah lagi besar, contohnya kalau tidak mendapat sebuah kereta, mendapat duit tunai RM888,888 pun baik juga. Amin.

Gambar diatas saya paparkan hanyalah sebahagian besar hadiah-hadiah yang telah saya menangi, tidak termasuk wang tunai, baucer membeli belah (Mydin, Giant, Aeon), baucer barang-barang elektrik, 4 biji kamera Instax dan kad mesra (& gift cards) Petronas. Ini hanyalah untuk tujuan rekod dan kenang-kenangan saya dimasa hadapan.

Terimakasih saya ucapkan kepada rakan-rakan perjuangan (baca: compers) yang tidak jemu memberi tunjuk ajar serta panduan (baca: tips) berguna. Tanpa rakan-rakan yang baik-baik itu siapalah saya ini.

Terimakasih juga kepada penganjur (Power Root, Dutch Lady, Nestle, Energizer, Mydin, Giant, Aeon, Permanis, Unilever, The Store, Listerine dll) yang bermurah hati. Majulah Sukan untuk negara.

Sunday, 26 October 2014

HABUAN CONTEST

Holding for the last time my winning contest's vouchers at AEON Tebrau City.

SEMALAM saya sudah menghabiskan baucer membeli belah di Aeon Tebrau City. Baucer Aeon yang telah saya menangi dari peraduan sabun Top. Saya belikan beberapa helai seluar berpoket untuk anak lelaki saya yang akan ke Jepun tidak lama lagi. Selepas itu saya pun singgah di Manhattan Fishmarket sahaja.

My youngest at Manhattan Fishmarket waiting for the food.

Food in a fire!

Seafood I dont remember the name. The platter is called 'Manhattan Star Platter'.

Sunday, 19 October 2014

GAMMAX MARCUS 260



ALHAMDULILLAH, semalam petang saya sudah mengambil hadiah peraduan Nestle Milo di The Store Plaza Alam Sentral, Shah Alam di majlis penyampaian hadiah. Saya telah memenangi sebuah basikal gunung (baca: mountain bike), 2 biji bolasepak piala dunia dan baucer bernilai RM100 sahaja. Tetapi saya sungguh kecewa kerana basikal itu tidak serupa dari segi jenama dan nilainya seperti didalam poster peraduan.


Saturday, 18 October 2014

THIS IS WHY I AM FAT



TENGAHARI tadi saya mendapat pesanan teks ringkas (baca: sms) yang mengatakan saya telah memenangi peraduan aiskrim Magnum Gold Pursuit. Hadiah 1 gram duit syiling emas yang saya pun belum lagi ketahui berapa nilainya.

Alhamdulillah, saya bersyukur saja.

Nota lalat. Gambar aiskrim Nestle diatas tiada kena mengena dengan hadiah peraduan aiskrim Magnum itu. Dan ini bukanlah aiskrim jenama Wall's Cornetto. Harap maklum.

Thursday, 9 October 2014

5 TOUCH AND GO CARDS



ALHAMDULILLAH, rezeki itu datang dari Allah. Lima keping kad touchngo sudah sampai dan diterima saya dengan selamat sebelum 9hb Oktober. Kelmarin saya sudah terima hadiah ketiga (cek bernilai sehibu hinggit) dan hadiah kedua (iPad mini retina 32GB).

Nota lalat. Sebagai rekod dan kenang-kenangan, ini adalah antara peraduan yang saya menang kesemua kategori hadiah2 kecuali hadiah pertama.

Sunday, 5 October 2014

FOR SALE: IPAD MINI 32GB RETINA DISPLAY (SOLD OUT)



Selamat Hariraya Aidiladha. Maaf Zahir Batin.

FOR SALE: New IPAD MINI 32GB with retina display, color: Space Gray. Wifi only.
The term “GB” stands for gigabytes.
Still in a box wrapped with plastic.
RRP: RM1,599 (Updated: SOLD OUT through mudah.my)
Berminat? Sila tinggalkan komen dibawah. Terimakasih.


Nota lalat. Dengan penjualan iPad mini terbaru ini mengubah persepsi saya tentang laman sesawang penjualan atas talian, iaitu Mudah.my. Ianya proses yang lebih mudah berbanding dulu yang mana saya dapat menjual barangan saya itu dalamasa 24 jam. Terimakasih pengendali Mudah.my.



Tuesday, 30 September 2014

SOUTHERN LION TOP



ALHAMDULILLAH, tadi saya sudah ambil hadiah mingguan peraduan Southern Lion Top di Desa Petaling itu. Hadiah baucer membeli-belah RM200 di pasaraya Aeon saja.

Keputusan pemenang mingguan ada disini - Top Winner.



Saturday, 27 September 2014

MENANG SAMBIL BERAMAL: THE CHEQUE



ALHAMDULILLAH. Hadiah cheque dari peraduan Menang Sambil Beramal baru sampai. Nama isteri saya tapi duit seribu ringgit saya yang punya. *Senyum.

Nota lalat. Keputusan Menang Sambil Peraduan.

Wednesday, 17 September 2014

LWOT



EJEN PELANCONGAN saya telah menempah bilik di Lost World of Tambun bermula hari Malaysia hari ini. Saya terpaksa menunggu rakan-rakan anak lelaki saya itu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum berangkat ke Tambun.

Olehkerana esok saya bertugas setelah beberapa hari bercuti, saya hanya dapat menghantar anak lelaki dan rakan-rakan beliau ke Tambun.

Nota lalat 1. Ini adalah habuan keempat hasil menuai peraduan yang saya sertai selama ini. Sebelum ini saya telah menginap di Sunway Lagoon, di Langkawi, di Gambang dan di Pulau Tioman. Manakala melancong ke Pulau Bali kelmarin bukanlah hasil peraduan tetapi rombongan hari keluarga syarikat tempat saya bertugas. Harap maklum.



Thursday, 4 September 2014

HACKS: GENERASI KE GENERASI



MINGGU LEPAS saya diberitahu oleh Hacks Malaysia dalam laman sosial FBnya yang menyatakan tidak dapat mengirim hadiah-hadiah peraduan Hacks It To Brazil. Olehkerana saya masih tidak menerima hadiah dari mereka, saya pun terus memberitahu untuk menghantar hadiah tersebut ke alamat pejabat saya.

Tengahari tadi saya pun menerima bungkusan hadiah tersebut iaitu sehelai baju t-shirt dan kad Giftcard Petronas yang bernilai RM50 saja.

Nota lalat 1. Semalam saya berpuasa selepas makan malam (baca dinner) hinggalah ke pukul 11pagi supaya doktor boleh memeriksa tahap diabetes dalam darah dan mendapati bacaan 5.2 adalah normal. Saya rasa amat gembira dan lega sekali. Cuma sekarang saya harus tunggu keputusan ujian darah untuk pemeriksaan tahap kolesterol dalam badan saya pula.

Updated. Keputusan Lipid. Tahap LDL Kolesterol (jahat) adalah 4.98 (<2.58). Kena makan ubat Simvastatin yang sudah lama saya tinggalkan.

Sunday, 31 August 2014

PULAU TIOMAN: AU REVOIR



HARI INI (Sabtu) alhamdulillah saya sudah selamat sampai dirumah. Check out dari lobi hotel pukul 1.00 petang, dan tiba di lapangan terbang pukul 1.20 petang. Penerbangan dari Pulau Tioman ke Subang Skypark airport pula mengambil masa lebih kurang sejam.

Berikut adalah bajet untuk sesiapa yang hendak melancong ke Pulau Tioman sekadar rujukan.

3 Hari 2 Malam Live, Fly & Stay Pakej, termasuk 2 malam penginapan (2 dewasa), 2 sarapan pagi (2 dewasa), 1 makan malam (buffet, 2 dewasa), pilihan trip snorkel Pulau Renggis atau trek hutan bandit (2 dewasa), dan return shuttle transfer (Tioman Airport - Resort - Tioman Airport) untuk 2 dewasa. Harga: FOC percuma, terimakasih kepada Mentos Malaysia.

Caj Pulau Warisan - RM5
Sewa motor - RM50
Souvenir, cenderamata, baju tshirt, fridge magnet, keychain - RM342
Gantirugi motor rosak akibat eksiden - RM80
Makan minum luar - RM50
Kamera underwater - RM65
Parking kereta di Skypark Subang untuk 2 hari dan 6 jam - RM116.60

Jadi, jumlah kos perbelanjaan saya ke Pulau Tioman kali ini ialah RM708.60 tidak termasuk pembalut gula-gula sebagai penyertaan peraduan Mentos. Aduhai.

PULAU TIOMAN:THE LAST DAY



HARI terakhir di Pulau Tioman yang nyaman, berkabus saja dari hari pertama saya di sini. Pagi-pagi lagi selepas bersarapan di restoran Nelayan Berjaya Resort, saya menaiki motorsikal yang melibatkan diri dalam nahas kemalangan semalamnya terus ke hujung jalan hingga ke taman laut dan sampai di ruang pejalan kaki ke kampung Air Batang (ABC).

Jarak sejauh 500 meter dari Taman Laut ke seberang kampung melalui bukit ditebing laut hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki. Motor terpaksa saya tinggalkan di ruang masuk itu.

Tiada aktiviti menarik saya lakukan disepanjang pantai di Kampung Air Batang melainkan berjalan-jalan santai saja.


Saturday, 30 August 2014

PULAU TIOMAN: SNORKELING AT PULAU RENGGIS



HARI KEDUA di Pulau Tioman dimulai dengan sarapan pagi di restoran Nelayan resort. Selepas itu, saya terus mengikut aktiviti snorkeling di Pulau Renggis yang tidak jauh dari lobi resort. Bajet pelancongan yang saya perolehi hasil dari peraduan Mentos termasuk aktiviti snorkel atau trek hutan. Saya pilih snorkel.

Sebelum pergi bersnorkel saya mula-mula mencari kamera bawah air (baca underwater camera) yang boleh disewa. Saya ada terbaca harga sewa kamera istimewa itu ialah rm80. Tapi akhirnya gadis di kaunter aktiviti itu menyarankan saya beli satu kamera di kedai cenderata bersebelahan lobi resort. Harga kamera itu ialah rm65 yang mempunyai 27 keping filem dan hanya boleh digunakan sekali saja.


Friday, 29 August 2014

PULAU TIOMAN: DAY 1 PART 3



SUASANA SENJA di Pulau Tioman ketika ini tidaklah begitu memberangsangkan untuk saya mengambil gambar matahari tenggelam (baca sunset). Awan yang berkepul-kepul dan langit yang kusam memanglah tidak menjanjikan gambar pemandangan yang cantik. Walaupun begitu saya gagahi diri saya bersantai nak menunggu juga sehingga hari gelap di tepi pantai Berjaya Resort ini.

Diharapkan esok suasana matahari tenggelam yang lebih menarik. Selepas pulang ke bilik resort, saya berehat sebentar sebelum ke restoran Nelayan untuk menjamu hidangan buffet makan malam (baca dinner). Saya membawa kamera dslr saya ini tetapi ketika sampai di restoran saya baru sedar bahawa kad memori kamera saya tidak masukkan kembali kedalamnya. Saya terpaksa berpatah balik ke bilik dan mengambil kad memori tersebut. Satu perjalanan yang meletihkan.


PULAU TIOMAN: DAY 1 PART 2



DI WAKTU PETANG yang tiada apa apa aktiviti yang menarik, saya berjalan-jalan kaki dari lobi resort terus keluar pintu masuk resort mencari makanan petang dan menikmati keindahan kampung Sungai Lalang juga.


PULAU TIOMAN: DAY 1 PART 1



TENGAHARI SEMALAM saya sudah terbang menaiki kapalterbang ke Pulau Tioman. Parkir kereta saya di tempat parker awam diseberang jalan yang ada jejatas ialah RM49 sehari (24 jam) dan RM3 sejam selepas itu. Aduhai.

Penerbangan dari lapangan terbang Subang Skypark Airport ke Pulau Tioman mengambil masa selama 40 minit dan berjalan seperti biasa. Saya tiba di pulau pada pukul 2.20 petang.


Thursday, 28 August 2014

PULAU TIOMAN: THE PACKING



Bismillahirahmanirahim. Semalam saya sedang sibuk mengemas pakaian (baca packing) untuk dibawa ke pulau esok. Hee sambil saya hendak berpantun lah sedikit.

Tuai padi antara masak;
Esok jangan layu-layuan;
Intai saya sementara nampak;
Esok jangan rindu-rinduan. ammvoiii