Showing posts with label URUSAN PEJABAT. Show all posts
Showing posts with label URUSAN PEJABAT. Show all posts

Wednesday, 15 October 2014

NAVISWORKS SIMULATE 2015




SUDAH LAMA saya memohon kepada jabatan projek membeli perisian (baca: software) program dalam projek terbaru, bukan perisian lanun cetakan rompak. Baru petang tadi pekerja Teknologi Maklumat (baca: Information Technology) datang membawa lesen dan nombor siri perisian yang asli dan tulen. Sekarang ini perisian sudah semakin maju ke hadapan.

Saturday, 26 October 2013

81750 MASAI



JUMAAT hari yang agak sibuk juga di pejabat seperti biasa.

Saturday, 5 October 2013

PINK OCTOBER



WALAUPUN hari Jumaat juga adalah hari yg sibuk dengan kerja dan tugas-tugas di pejabat, saya sempat lagi pergi ke Alamanda.



Tuesday, 1 October 2013

POS AMPANG PARK



TADI malam saya pergi ke Pejabat Pos Kelana Jaya, tetapi kotak peti surat yg bertanda 'Selangor Sahaja' di luar pejabat pos itu sudah penuh. Jadi, saya masukkan surat-surat saya ke peti surat yg bertanda 'Tempat-tempat Lain' pula.

Dan waktu urusniaga di pejabat pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang (Isnin - Sabtu).

Saturday, 31 August 2013

AUTOCAD TABLE CONVERTER



SEMALAM Jumaat ada rakan sekerja saya bertanya bagaimana hendak menukar 'table' dalam Autocad dan dijadikan Microsoft Excel table pula. Begini caranya:

1) ACAD file rendered to pdf (not scan hard copy print)
2) Open pdf file required (PDF PRO required)
3) Go to OCR. [+ link ]
4) Crop table portion (or MTO portion)...follow instruction in the OCR

Tidak perlu download atau install perisian software yg baru.

Saturday, 24 August 2013

MY FLU NEVER ENDS



HARI Jumaat yg saya berasa lemah sangat. Demam saya masih belum kebah walaupun ubat dari klinik sudah saya habiskan pada hari Isnin kelmarin.

Pukul 9.40am saya sudah pergi berjumpa dengan doktor di klinik. Misi India yg bertugas dulu pun sudah berhenti kerja dan diganti dengan misi Melayu yg jelita juga. Dan doktor yg selama ini dari kaum kerabat minachi pun sudah ditukar dengan doktor Melayu yg muda. Doktor muda memberikan saya ubat cari kahak, ubat selsema, ubat sirap batuk dan ubat antibiotik saja.

Pukul 11.00am saya sudah melompatkan bateri kereta cikputih saya sebab meragam lagi. Dan saya sempat lagi menghantar photobook di kedai Times Venture di Taman Maluri. Amoi itu kata kena tunggu 3 minggu baru siap.

Bila balik ke pejabat saya baru perasan ada jamuan makan hariraya pula.

Thursday, 22 August 2013

BIOMETRIC FINGERPRINT LOCK



KELMARIN rakan-rakan setugas dipejabat saya sudah memberikan pendaftaran baru penggunaan cap jari pada Jabatan Kemanusiaan (HR) kami. Tapi ada segelintir yg mendaftar semula hari ini disebabkan mereka menggunakan ibu jari dan mahu menukar ke jari telunjuk untuk tujuan keselamatan. Saya pun baru mendaftar hari ini. Saya guna jari telunjuk juga.

Nota lalat. Nama-nama jari mengikut susunan. Ibu jari • Telunjuk • Hantu • Manis • Kelingking.

Wednesday, 17 July 2013

APPEARANCE AND DRESS CODE



SEMALAM saya terima memo lagi dari pihak pengurusan. Kali ini memo yg bertajuk cara pemakaian ketika berada di pejabat.

Memanglah saya pun tidak puas hati sebab saya bekerja selama 24 tahun, ini kali pertama saya disuruh memakai baju lengan panjang beserta tali leher. Tahniahlah kerana membuatkan saya marah dibulan puasa ini.