Showing posts with label TESCO. Show all posts
Showing posts with label TESCO. Show all posts

Monday, 20 October 2014

JESSIE THE YODELING COWGIRL



SEKARANG ini sedang berlangsung promosi di pasaraya Tesco dengan pembelian barangan RM30 mendapat buku setem dan patung mainan Toy Story. Tidak seperti promosi terdahulu, kali ini mainan patung-patung yang lagi kecil sahaja.

Wednesday, 30 July 2014

BERAS CAP RAMBUTAN



Minggu lepas saya mendapat baucer beras cap rambutan ini setelah membeli barangan dapur di Tesco. Tetapi malangnya ketika itu tiada stok pula. Jadi minggu ini saya menebus baucer tersebut.

Saturday, 9 November 2013

KNEE PAD



SAYA pun keliru hendak memilih pengalas lutut yg betul untuk kegiatan mendaki bukit dan gunung nanti.

Sunday, 11 August 2013

NAK BELI MAGGIE PON BERKIRA



MALAM tadi saya sudah pergi ke Tesco berbelanja mingguan seperti biasa. Ini bukanlah entri riak atau saya sengaja ingin mempersendakan sesiapa. Bila kita berada diatas kadang-kadang kita perlu melihat kebawah juga. Apa yg saya lihat di dalam Tesco tadi memang mengharukan dan membuat saya insaf seketika.

Semasa tiba dihujung lorong membeli belah berdekatan kaunter pembayaran saya perhatikan ada satu keluarga yg masih muda dengan 2 orang anak perempuan yg masih kecil. Ditepi bahagian lorong itu ada menjual paket mee maggie dalam promosi. Saya lihat si isteri memandang suaminya seperti menyuruh membeli paket mee maggie tersebut. Saya lihat si suami macam tidak melayan atau mengambil mudah saja kehendak isterinya. Saya dapat rasakan ada krisis keluarga disitu.

Beberapa ketika si suami menolak troli ke hadapan ke kaunter tengah yg mengandungi barang2 belian bersama salah-seorang anak perempuan mereka dan meninggalkan isteri yg masih berada di rak mee maggie tadi. Anak perempuan mereka pun mengikuti ayah mereka bersama troli. Saya lihat si isteri bergerak ketepi dan membuka beg duit beliau yg saya agak melihat kandungan duit beliau dan tiba-tiba beliau berjalan masuk ke lorong dan hilang dari pandangan suaminya. Saya melihat kemudian gelagat suaminya yg sedang menyorong troli dan anak-anak perempuannya tiba-tiba mencari isteri dan dari riak muka saya faham beliau agak marah. "Dimana ibu? Dimana ibu?" tanya suami itu.

Bila si isteri keluar dari lorong bersama-sama 2 paket mee maggie seperti yg saya sangka, barulah sisuami berasa lega. Tetapi tiba-tiba beliau bergegas keluar meninggalkan troli kerana anak perempuan kecilnya mengadu hendak terkencing pula. Saya lihat riak muka isteri memang masam saja sambil mendekati troli mereka.