Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Monday, 22 September 2014

10 RANDOM FACTS ABOUT ME WHEN TRAVELLING



10 Perkara Random 3 Lalat bila Travelling

Ini entri membalas tag dari cik nana yang suka mengembara itu. Buat masa ini saya membuat tiga dahulu. Nanti kalau saya punya masa percuma (baca free time) saya akan sambung lagi ya.

1. Saya suka letak tangan saya di batu-batu purba, termasuk kain kelambu kiswa kaabah itu juga.

2. Saya suka bergambar dengan gaya yang agak sewel. Bila lagi bukan?

3. Saya suka mengambil gambar matahari terbit (baca sunrise). Saya juga suka mengambil gambar matahari terbenam (baca sunset). Sehingga saya sanggup membayar pakej sunrise seperti di Borobudur Jogjakarta dan Angkor Wat.

4. Berkenaan busana atau topi saya tidaklah berkira sangat asalkan boleh menutupi kepala sahaja.

5. Saya suka mengambil gambar makanan dalam penerbangan.

6. Saya memang suka mengambil gambar matahari terbenam semasa dalam penerbangan, tidak kiralah samada di sayap atau di tempat duduk paling belakang. Ada orang kata tempat duduk paling belakang adalah tempat duduk paling selamat sekiranya kapalterbang terhempas. *Senyum.

7. Saya suka mengambil gambar penduduk tempatan di sesuatu lokasi wisata.

8. Saya akan bawa kamera DSLR saya yang besar gedabak bersama-sama dengan flash. Kadang-kadang saya bawa juga tripod untuk mengambil gambar pemandangan tetapi selalunya tidak digunakan. Kamera kompak (baca compact camera) jenis Lumix saya hanyak gunakan semasa dalam penerbangan pergi dan balik sebab senang dibawa dan ketika itu kamera DSLR saya berada didalam bagasi yang besar pula.

9. Saya akan beli buku pengembaraan (baca travel book) sebelum mulakan pengembaraan itu. Buku hasil penerbitan DK adalah buku yang saya suka baca sebab gambar-gambar yang lebih jelas dan menarik berbanding buku Lonely Planet.

10. Saya akan beli simcard berbanding mengaktifkan roaming (RM38 sehari) untuk telefon saya sekiranya saya merasakan perlu menghubung kaum kerabat di tanahair.

Saya rasa tidak perlulah saya mengetag rakan-rakan blogger yang lain ya.

Itu sahaja rasanya dan saya berharap cik Nana yang jelita itu berpuashati dengan jawapan tag beliau ini. Semoga kita semua boleh menjadi rakan siber yang baik-baik. Amin.



Saturday, 1 June 2013

LOST MY CREDIT CARD



Semalam semasa saya ingin mengeluarkan wang dari mesin ATM di TBS, bila saya buka dompet wang saya dapati kehilangan kad kredit Mastercard. Saya agak panik.

Bila saya hubungi pihak bank dan melaporkan kehilangan kad kredit itu pihak bank pun serta merta membatalkan kad kredit tersebut. Dan mereka akan menghantar kad kredit yg baru di ibu pejabat di Jalan Yap Kwan Seng berhadapan bangunan KLCC Menara Berkembar Petronas. Saya diberitahu ada 2 transaksi di stesen minyak Caltex yg sama yg dibuat oleh orang lain selepas kali terakhir saya menggunakannya.

Saya dinasihatkan oleh pihak bank untuk membuat laporan polis berkenaan insiden kehilangan kad kredit itu.

Bila turun dari bas ekspres yg saya naiki, saya terus meluru ke Balai Polis Larkin dan membuat laporan polis dan sempat bercakap dengan pegawai inspektor di Ampang yg akan menyiasat kes saya ini. Namun pegawai Inspektor N (bukan nama sebenar) mula hendak bercuti esok sempena cuti sekolah yg panjang. Walaupun begitu, beliau bersemangat untuk mengambil kes saya sebaik sahaja dia kembali dari bercuti 2 minggu lagi.

Memang nasib saya kurang baik sejak kebelakangan ini.

Tuesday, 28 May 2013

MASAI BUS TERMINAL



Minggu ini saya menaiki bas ekspres dari Masai.

Bertolak pukul 11.17malam di Terminal Bas Teksi dan Arked Masai.

Sebenarnya sudah lama saya tidak menaiki bas ekspres. Keadaan suhu dalam kabin bas memanglah sejuk. Teramat sejuk. Tapi saya sudahpun memakai baju jeket luaran. Cuma kalau saya bawa selimut untuk tutup bahagian kaki mungkin lebih mengurangkan rasa kesejukan tersebut.

Oleh kerana keletihan, saya tertidur semasa bas itu baru saja keluar dari terminal. Tetapi terjaga juga bila tiba di stesen bas Taman Tun Aminah sehinggalah bas mengambil dan menambah penumpang seterusnya di tepi jalan Skudai.

Saya terlena kembali bila bas mula memasuki lebuhraya PLUS. Dan saya hanya tersedar bila bas tiba di simpang keluar Bangi.

Alhamdulillah. Seperti yg saya jangkakan, bas ekspres itu tiba di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan lebih kurang pada pukul 3.17pagi.

Itulah saja pengalaman serba sedikit saya menaiki bas ekspres.