Showing posts with label LUCKY DRAW. Show all posts
Showing posts with label LUCKY DRAW. Show all posts

Friday, 15 August 2014

MYDIN & POWER ROOT BONANZA CONTEST



SEMALAM saya sudah menghadiri majlis penyampaian hadiah (baca prize giving ceremony) di Mydin Hypermarket Seremban 2.

Saya cuma menang 5 hadiah saguhati (baca consolation) yang berupa hamper bernilai RM50 saja. Manakala proksi (baca proxy) saya menang hadiah pertama iaitu sebuah motosikal Modenas Kriss MR1 yang tidak boleh dibawa balik lagi.



Wednesday, 13 August 2014

THE ZON KL



SETELAH BERBULAN-BULAN purnama saya menzalimi diri sendiri bekerja keras dengan aktiviti peraduan (baca contest), maka semalam saya sudah mengecapi hasil tuaian peraduan dengan menebus baucer pelancongan dari peraduan Kimberly Clark yang telah saya menangi bulan lepas.

Saya telah tidur di hotel The Zon Kuala Lumpur yang jaraknya tidaklah jauh hanyalah sepelaung sahaja dari pejabat tempat saya bertugas. Sebenarnya saya ingin mengecapi suasana malam berhadapan menara berkembar KLCC tetapi bilik yang saya menginap ini membelakangkannya pula. Sungguhlah saya tidak bernasib baik.





















KOPI AHHUAT 谢谢 亞發白咖啡



SEMALAM SAYA sudah dikejutkan juga dengan panggilan telefon dari Power Root kerana proksi (proxy) saya telah memenangi hadiah mingguan. Peraduan kopi Ah Huat yang sedang berlangsung sekarang sama seperti peraduan produk Power Root Next Jutawan juga.

谢谢 亞發白咖啡

Tuesday, 12 August 2014

MENANG SAMBIL BERAMAL



SEMALAM rakan saya sudah memberitahu yang nama proksi (proxy) saya sudah menang hadiah peraduan Nestle Milo Menang Sambil Beramal yang telah diadakan pada bulan lepas. Saya merasa bersyukur. Alhamdulillah.

Senarai penuh Peraduan Menang Sambil Beramal bersama NESTLÉ - winner list.

Tuesday, 5 August 2014

POWER ROOT BONANZA



MINGGU LEPAS rakan proksi (proxy) saya sudah memenangi sebuah motorsikal Modenas Kriss MR1 (Motorsikal Rakyat 1Malaysia). Tengahari tadi saya telah dikejutkan dengan panggilan dari Mydin Supermarket juga. Saya telah memenangi hadiah saguhati iaitu dua baucer membeli belah Mydin bernilai RM50 setiap satu. ALHAMDULILLAH