Showing posts with label HARIRAYA MOOD. Show all posts
Showing posts with label HARIRAYA MOOD. Show all posts

Sunday, 10 August 2014

BERAYA



SEMALAM rakan-rakan sekelas anak dara saya sudah datang beraya kerumah. Rakan-rakan sekolah anak lelaki pun ada datang beraya juga.

Tuesday, 29 July 2014

ZIARAH PUSARA



Hariraya pertama, 1hb Syawal 1435H, sebelah petang saya telah menziarahi pusara bonda saya di kampong. Selepas mensedekahkan surah Yasin, saya telah menziarah juga ayahnda saya yang sedang uzur di rumah kakaknda di Pekan Nenas.

Updated: Alfatihah buat ayahnda Haji Masrom Jamhari 23/10/2014.
Alfatihah buat bonda Hajjah Salamah Haji Tahir 26/6/2010.   

Saturday, 10 August 2013

HARIRAYA DAY 2



JUMAAT hari ini saya sudah memandu kereta ke arah Kluang dan Batu Pahat. Hari pun sudah tengahri, jadi saya sempat singgah bersembahyang jumaat di Masjid Sedenak.

Dan selepas itu saya singgah juga di rumah rakan lama di Kayu Ara Pasong.



Friday, 9 August 2013

HARIRAYA DAY 1



PAGI hariraya yg pertama saya bersolat sunat aidilfitri di masjid al-Huda saja. Hujan pun turun dengan lebat, tapi tiadalah jemaah yg bersolat diluar masjid, kalau tidak mesti ada yg basah lencun.

Petang saya singgah di Teluk Danga Bay pula. Selepas itu saya terus ke rumah adik lelaki saya di kampung sambil menziarah ayah saya juga.



Friday, 26 July 2013

FESTIVAL RAMADHAN



SAYA baru tahu kalau parkir kereta di SACC (Shah Alam Convention Center) kena bayar RM5 walaupun tidak sampai 15 minit. Manakala parkir di Kompleks PKNS sepelaung saja dari SACC itu baru RM2.50 untuk sejam. Dan sambil itu sempat lagi bersolat di surau di tingkat satu dihujung disana disana.