Showing posts with label EVOLTA. Show all posts
Showing posts with label EVOLTA. Show all posts

Friday, 21 November 2014

WAK MACHA

Panasonic Torchlight and Portable Phone charger for the consolation prize.

ALHAMDULILLAH, hadiah saguhati dari peraduan Panasonic Evolta bersama kedai kesenangan diri (baca: convenience store) myNews.com telah selamat saya terima semalam. Terimakasih saya ucapkan kepada rakan seperjuangan cik Ayu Macha dan suami yang telah bersusah payah mengambilnya minggu lepas dan kemudian mengirimkan kepada saya. Tanpa kawan-kawan yang baik-baik sebegitu siapalah saya yang biasa-biasa saja ini.

Panasonic Evolta & myNews.com contest winners with Ayu Macha and her husband during the prize giving ceremony at Midvalley Boulevard (Ground Floor).

Friday, 31 October 2014

EVOLTA



ALHAMDULILLAH. Semalam saya mendapat emel dari pihak penganjur peraduan 'Join & Win Panasonic Evolta' di myNews.com yang menyatakan saya telah memenangi peraduan itu. Tapi saya hanya mendapat hadiah saguhati berupa lampu picit dan pengecaj bergerak sahaja.