KELMARIN saya baru tersedar cukai jalan motorsikal saya sudah tamat tempoh sejak bulan Julai lagi. Maksudnya sudah 3 bulan lamanya. Lagipun saya sudah lama tidak memandu motorsikal saya itu.
Jadi, semalam tengahari saya sudah pergi ke pejabat pos di Ampang Park sahaja. Bila saya bertanya di kaunter, kerani itu memberitahu saya perlu membawa geran motorsikal dan membayar insuran sebelum saya boleh memperbaharui cukai jalan itu. Kerani menyarankan juga pembaharuan insuran dan cukai jalan motorsikal boleh dibuat di myeg.com.
Bila saya datang semula disebelah petang selepas waktu pejabat pula, kerani itu berkata bahawa memperbaharui insuran hanya boleh dibuat sebelum pukul 5 petang.
Nota lalat. Waktu urusan di kaunter Pejabat Pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang.

