KELMARIN saya baru tersedar cukai jalan motorsikal saya sudah tamat tempoh sejak bulan Julai lagi. Maksudnya sudah 3 bulan lamanya. Lagipun saya sudah lama tidak memandu motorsikal saya itu.
Jadi, semalam tengahari saya sudah pergi ke pejabat pos di Ampang Park sahaja. Bila saya bertanya di kaunter, kerani itu memberitahu saya perlu membawa geran motorsikal dan membayar insuran sebelum saya boleh memperbaharui cukai jalan itu. Kerani menyarankan juga pembaharuan insuran dan cukai jalan motorsikal boleh dibuat di myeg.com.
Bila saya datang semula disebelah petang selepas waktu pejabat pula, kerani itu berkata bahawa memperbaharui insuran hanya boleh dibuat sebelum pukul 5 petang.
Nota lalat. Waktu urusan di kaunter Pejabat Pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang.
Hehheeee...sabar yolah..
ReplyDeleteTerima kasih visit Mrs. A my blog my stori
Hee memang kena banyak bersabar kalau berurusan di kaunter mana-mana pun.
Deleteas/kum! 1 jam lagi tu untuk depa borak-borak dan betul2kan make-up!... hehehehe...
ReplyDeleteWasalam. Agaknyalah mak. Tapi urusan jpj tu sampai kul 5 sahaja.
Deletemungkin segilintir kot macam tu. Tapi mmg urusan before jam 5 sebab link dgn JPJ so ikut waktu bekerja. Baki satu jam tu utk urusan pejabat pos je macam beli setem, pos brg bayar bil etc. Kuar duit asb pun x boleh kalau lpas jam 5. * saya bukan kakitgn pos
ReplyDeleteHee timekaseh la mak. Begitulah nampaknya. Saya ingatkan boleh buat selagi kaunter pejabat pos dibuka sebab kalo buat di 'myeg.com' pun boleh buat 24 jam gitu.
DeleteMacam2 hal...terima kasih sudi ke teratak bunda..
ReplyDeletebertabah laaaa hikhikhik
ReplyDeleteada lak cam tu..huhuhu.. dah tulis sampai kul 6 ptg, so kenapa perkhidmatan hanya sampai jam 5 ptg, patotkah, heheeh.. so? ape reaksi en abg pas tu? tak sound kerani tu balik ke, heeee...
ReplyDelete