
PETANG KELMARIN dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saya terlupa mengisi minyak kereta cik kak Jnulekasnova saya itu bila terlepas dari hentian Rehat & Rawat Ayer Keroh. Saya baru perasan bila lihat lampu tanda minyak petrol sudah lama menyala. Tanda amaran minyak itu saya tidak perasan kerana terlindung oleh pemegang stereng kereta. Manakala tanda amaran jarak pula (baca: range) menunjukkan ketika itu saya hanya ada lagi 11km dan untuk ke hentian yang ada stesen minyak seterusnya mungkin lebih 50km. Jadi saya terus keluar persimpangan susur keluar Pedas Linggi ke bandar Rembau yang terletak 9 km dari plaza tol, melimpasi pekan Pedas. Jadi, selepas tanda amaran kosong jarak saya boleh memandu dengan baki minyak yang ada dalam tangki melebihi 20km.
Ini adalah kali pertama saya hampir kehabisan minyak menggunakan cik Kak Jnulekasnova, walaupun sebelum ini saya pernah kehabisan minyak menggunakan kereta saya yang lain.
nasib baik sempat. kawan saya, habis minyak kat highway yang sama, tengah pagi2 buta. nasib baik ada polis tengah lalu masa tu.
ReplyDeletetular, saspen saja kan? habis polis tu bawa minyak spare ke?
DeleteBahaya tu 3L.....sikit lagi ada orang kena tolak keta atas highway hihi
ReplyDeleteOkla pengalaman, lepas ni dah tahu la jarak perjalanan bila lampu minyak menyala :D
ReplyDelete