Showing posts with label MOTORCYCLE. Show all posts
Showing posts with label MOTORCYCLE. Show all posts

Friday, 10 October 2014

HOW TO RENEW YOUR MOTORCYCLE ROADTAX IN THE POST OFFICE



KELMARIN saya baru tersedar cukai jalan motorsikal saya sudah tamat tempoh sejak bulan Julai lagi. Maksudnya sudah 3 bulan lamanya. Lagipun saya sudah lama tidak memandu motorsikal saya itu.

Jadi, semalam tengahari saya sudah pergi ke pejabat pos di Ampang Park sahaja. Bila saya bertanya di kaunter, kerani itu memberitahu saya perlu membawa geran motorsikal dan membayar insuran sebelum saya boleh memperbaharui cukai jalan itu. Kerani menyarankan juga pembaharuan insuran dan cukai jalan motorsikal boleh dibuat di myeg.com.

Bila saya datang semula disebelah petang selepas waktu pejabat pula, kerani itu berkata bahawa memperbaharui insuran hanya boleh dibuat sebelum pukul 5 petang.

Nota lalat. Waktu urusan di kaunter Pejabat Pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang.

Friday, 22 August 2014

WAK MENANG MOTOR



ALHAMDULILLAH KE HADRAT Illahi, urusan penjualan motor kapcai dari peraduan Mydin Power Root telah selesai semalam. Nombor pendaftaran motor WA*K pun saya suka juga. Semoga berbahagia dengan pemilik yang baharu.

Tajuk sudah seperti iklan Astro pula. Tapi ini bukan cubaan, ini betul-betul. Sebenarnya makcik yang menang motor, bukan pakcik menang motor. Ini hanyalah ayat skema.

Nota lalat 1. Malam tadi juga, pembeli petisejuk yang saya telah menangi juga telah datang selepas waktu isyak (bukan waktu magrib seperti yang dijanjikan) untuk mengambilnya. Saya tidak sempat mengambil gambar aktiviti pemunggahan petisejuk Hitachi R-T350EM itu kerana terlalu sibuk juga menolong mereka dan mengangkut berkotak-kotak air kotak Dutchlady kedalam van yang mereka bawa.

Thursday, 26 September 2013

NEW BATTERY



SUDAH lebih sebulan motor skuter saya tidak boleh dimulakan enjinnya dengan pemicit pada pemulas minyak. Saya terpaksa menggunakan pemula kaki pula.

Lagipun saya rasa baru saja menukar 'charger' tapi masih bermasalah.

Dipendekkan cerita, saya sudah menghantar motor skuter saya itu ke bengkel motor di jalan Semarak. Nyonya kedai suruh tukar saja baterinya dan selepas ditukar motor skuter saya boleh dimulakan enjinnya seperti sedia kala.

Wednesday, 24 July 2013

SCOOTER ROADTAX RENEWAL



SUDAH seminggu lebih skuter saya tidak boleh dimulakan enjinnya di parkir. Saya syak memang bateri skuter sudah mampus. Nasib baik skuter boleh dimulakan dengan menggunakan kaki. Itupun terkial-kial juga.

Pagi tadi saya sudah hantar skuter saya ke bengkel di pulau Jalan Semarak. Tempat saya beli bateri tersebut. Dan saya tukar minyak enjin juga menggunakan minyak Shell Advance yg saya sudah beli.

Bila sampai di pejabat saya baru perasan bahawa cukai jalan skuter saya sudah tamat minggu lepas. Tapi saya tidak mahu memperbaharuinya di bengkel skuter itu sebab caj yg terlampau dikenakan. Jadi, saya perbaharui saja di pejabat pos Ampang Park. Baru kena RM252.35 termasuk pos laju barangan lainnya.

Nota lain. I am selling my new DSLR camera! Price: RM2,100 (RRP: RM2,449)

NEW Canon EOS 650D Digital SLR Camera With 18-55mm Lens Kit
- FREE Sandisk Ultra SD 8GB

** Brand New with 1-Year Warranty **

Product Highlights:
• 18.0MP APS-C CMOS Sensor
• DIGIC 5 Image Processor
• 3.0" Vari-Angle Touch Screen LCD
• ISO 100-12800, Expandable to 25600
• Full HD Movie Mode with Continuous AF
• 5.0 fps Continuous Shooting
• 9-Point All Cross-Type AF System
• Multi Shot Noise Reduction

Extra: Battery Grip BG-E8 (RM500)

Reason for selling: Owner tgh kumpul bajet nak tangkap yg RM12K punyee..;-D

Updated. The camera has been sold. Thank you for your interest.