![]() |
| Scammer on my handphone. |
MINGGU lepas saya sudah meletakkan iklan dalam mudah.my yang popular itu. Saya ingin menjual basikal mountain bike yang saya telah menangi dalam peraduan beberapa bulan yang lepas. Saya telah katakan bahawa basikal itu 'won a contest, never used.'
Hari ini saya hampir ditipu oleh 2 scammer. Satu menggunakan cara pembayaran melalui paypal & western union. Satu lagi menggunakan whatsapp. Saya sengaja menceritakan ini untuk pedoman dan pengajaran sesiapa yang bakal terkena.
Kes 1. Saya terima emel dari mamat Alejandro Rodriguez yang penipu ini. Mula-mula dia menunjukkan minat untuk membeli basikal saya itu dan saya tidak syak apa-apa.
Hello This is rodriguez, Do you still have it for sale??
The ad can be viewed at http://www.mudah.my/vi/XXXXX.htm
Has your item been sold yet? Click the link below to delete your ad.
http://www2.mudah.my/ai/load/?id=XXXXXX
Tapi dari emel pertama ini saya rasa bendera merah (baca: red flag) iaitu kenapa menyuruh saya memadam iklan pula padahal basikal saya belum terjual lagi? Tapi saya membalas emel beliau.
Hi , yes I still have the bike.Dan dia membalas.
Whats ur name & location?
Hello, Thanks for your response.Am interested in buying.How long have you owned it?? what's your actual price for it? Awaiting to hear from you soon, Best Regards.
Saya pun menjawab saja.
the bike is new, never used. i got it last month. i m selling RM600Tanpa meminta diskaun, dia membalas.
Saya terkejut juga bila dia menyebut pembayaran melalui akaun paypal. Tapi dari emelnya saya tidak nampak ada unsur-unsur penipuan lagi. Tanpa membuang masa saya pun membuka akaun paypal sebab saya lupa akaun paypal lama. Dan saya pun memberitahunya bahawa saya telah membuka akaun paypal yang baru dengan memberi nama dan alamat rumah untuk ejen pengangkutan mengambil basikal saya itu.
I will proceed with the payment immediately.Kindly end the auction immediately since you have decide to sell it to me and also get back to me with your home address so i can forward it to my shipping agent for the pick up.Emel yang diatas ini saya terima ditengahmalam sebelum saya tidur. Apabila saya terjaga kira-kira pukul 2 pagi saya agak terkejut menerima beberapa emel dari paypal dan Alejandro penipu itu menyatakan bahawa urusan selesai! Tetapi yang saya terkejut kerana nilai pembayaran RM3,300 itu! Mula-mula saya ingat mungkin dia tersalah bayar, tetapi bila saya membaca emel tersebut (di pagi yang hening pukul 3 pagi), saya merasakan sesuatu yang tidak kena. Saya disuruh bayar RM2550 kepada penipu itu atas nama ejen pengangkutan. Apa kejadah! Dan apabila saya memeriksa di internet memanglah ada kes penipuan scam menggunakan nama Western Union.
=====================================================================
Dear MANGSA,
You have received a PayPal Payment of RM3,300.00 MYR from Alejandro Rodriguez alejandrodann202@gmail.com
We've placed a temporary hold on the funds of this transaction |
As mentioned in the receipt of Payment and as per New PayPal Payment policy, we have fully debited the total amount (above) from the buyer's account which included the Transport/Delivery Charges.
In order to complete this transaction and get the funds approved in your account. We advice you go to nearest Western Union Office, and send the excess sum of RM2,550.00 MYR to the Transport Agent and send us a Scanned Copy/Photograph of your Western Union Transaction Receipt (in .JPG Format).
NOTE: This is important as a security measure to ensure safety of this transaction. And also that the shipper address is changed.
Please, find below the name and address of the Transport Agent where the Funds would be sent via Western Union Money Transfer.
| |||||||||||||||||
NOTE: Your Account will be credited accordingly upon the receipt of details requested. Should either be sent in JPG format or send type details as.
(1) Sender's Name;
(2) Receiver's Name;
(3) MTCN;
(4) Amount Sent;
(5) Western Union Receipt
Dan tanpa berlengah, saya pun membalas emel beliau.
Hi Alejandro, I think this is a scam. I will make a police report immediately. Regards.Dan sampai sekarang tiada balasan emel dari beliau.
Kes 2. Kebetulan pada malam yang sama saya menerima mesej dari penipu melalui whatsapp. Dari gambar diatas menceritakan segala-galanya. Dengan bahasa Inggeris yang tunggang langgang saya pasti ini juga penipuan scam.
Nota lalat. Untuk pembacaan dari Western Union ada disini dan disini.

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehampir terkena, thanks info.
ReplyDeleteHe emaild me today with the same response, good thing who posted this up. very usefull
ReplyDelete