Showing posts with label SELFIE. Show all posts
Showing posts with label SELFIE. Show all posts

Sunday, 7 December 2014

TASIK BIRU SERI ALAM



SELAMAT MALAM orang-orang Masai. Ini adalah hasil tangkapan gambar semalam petang di Tasik Biru yang semakin popular itu. Walaupun sekarang sudah ada tanda larangan (tanpa berpagar) nampaknya semakin ramai pengunjung yang datang ke situ, termasuk pengantin juga.

Untuk gambar diatas saya tidak menggunakan tripod, cukup sekadar pegangan tangan dua kerat saja.









Tuesday, 18 November 2014

SELFIE, LUMUT

I can selfie too, can I?

KELMARIN saya meluangkan masa ke pantai Lumut melayan gps Wayway Papago yang saya baru perbetulkan layar skrinnya. Masa pergi saya diarah mengikuti jalan Plus keluar di susur Gopeng - Kellie's Castle - Batu Gajah - Lumut yang mengambil masa 4 jam.

Masa kembali juga saya diarah mengikuti jalan yang sama, tetapi dari pengalaman yang lepas-lepas, saya sengaja mengikuti jalan lama iaitu Lumut - Teluk Intan - Kg Sungai Haji Dorani - Kuala Selangor - Latar pula. Perjalanan yang memang singkat iaitu cuma 3 jam saja.

Friday, 10 October 2014

HOW TO RENEW YOUR MOTORCYCLE ROADTAX IN THE POST OFFICE



KELMARIN saya baru tersedar cukai jalan motorsikal saya sudah tamat tempoh sejak bulan Julai lagi. Maksudnya sudah 3 bulan lamanya. Lagipun saya sudah lama tidak memandu motorsikal saya itu.

Jadi, semalam tengahari saya sudah pergi ke pejabat pos di Ampang Park sahaja. Bila saya bertanya di kaunter, kerani itu memberitahu saya perlu membawa geran motorsikal dan membayar insuran sebelum saya boleh memperbaharui cukai jalan itu. Kerani menyarankan juga pembaharuan insuran dan cukai jalan motorsikal boleh dibuat di myeg.com.

Bila saya datang semula disebelah petang selepas waktu pejabat pula, kerani itu berkata bahawa memperbaharui insuran hanya boleh dibuat sebelum pukul 5 petang.

Nota lalat. Waktu urusan di kaunter Pejabat Pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang.