Showing posts with label GIANT. Show all posts
Showing posts with label GIANT. Show all posts

Monday, 13 October 2014

ORANGES, MQ, MILKS



MALAM TADI saya pun menemani isteri saya yang itu ke pasaraya Giant Plentong. Ini bukanlah rutin mingguan membeli barang-barang dapur (baca: groceries), tetapi niat mulanya beliau hendak mengurut kaki (baca: thai's massage) sahaja. Tetapi bila sudah masuk ke dalam pasaraya itu dan membeli beberapa buah-buahan dan alatulis, dia menjadi lupa pula hendak berurut kaki.



Monday, 8 September 2014

SPECTRUM AMPANG



HARI AHAD semalam yang tidak berapa sihat. Tetapi saya sempat lagi berjalan-jalan ke Aeon Big Taman Maluri dan juga Giant Spectrum di Ampang.

Luka diluar masih berbisa dan belum sembuh. Luka didalam siapa yang tahu uools.

Saturday, 23 August 2014

4 NEW BICYCLES, TOUCH N GO CARD



SELEPAS BEBERAPA purnama menunggu, akhirnya hadiah 4 buah basikal famili dari peraduan anjuran Nestle/Giant telah sampai ke rumah saya disana disana.

Kelmarin saya sudah pun terima hadiah saguhati iaitu 2 ketul alat pengawasan tekanan darah (baca Blood Pressure monitor) berjenama Terumo.

Dan tengahari semalam saya juga telah menerima panggilan dari nombor telefon yang tidak dikenali (baca No Caller ID). Suara gadis cina memberitahu saya telah memenangi hadiah saguhati dari Peraduan Sms Dutch Lady dan kedai Mesra Petronas. Hadiah berupa kad Touch n Go bernilai RM50 saja.

Thursday, 21 August 2014

PIANO EXAM, TERUMO, MYDIN VOUCHERS



SEMALAM SAYA bercuti dan pulang ke gagang kerana ada urusan kaum kerabat saya. Setiap tahun saya terpaksa bercuti di tengah-tengah minggu semata-mata ingin menghantar anak saya mengambil peperiksaan piano di bandaraya Johor Bahru. Tahun ini pun sama.

Dan semalam juga hadiah saguhati dari peraduan Nestle/Giant telah saya terima, iaitu 2 kotak Blood Pressure monitor. Sebenarnya sudah hampir 3 bulan saya masih menunggu hadiah utama iaitu 4 buah basikal famili yang telah saya menangi dan penganjur telahpun berjanji ingin menghantarnya sebelum bulan puasa lagi. Saya amat kecewa.

Dan tidak lupa juga, saya sempat menggunakan baucer membeli belah di pasaraya Mydin Taman Rinting Masai. Saya telah membeli beberapa paket kopi-kopi produk Power Root (Ahhuat & Alicafe) dan 2 sejadah lipat. Walaupun saya mendapat baucer RM50 x 9, tapi saya tidak mengguna kesemua baucer tersebut dan saya sengaja meninggal 1 baucer untuk anda lihat betapa berharganya nilai 1 baucer itu. Hee ayat poyo sajakan. Sebenarnya, saya tinggalkan satu baucer kerana jumlah bayaran tidak mencukupi lagi RM4.

Dan setelah urusan selesai di sebelah petang, saya pulang semula ke luar daerah untuk bertugas.



Wednesday, 30 October 2013

GIANT TAMPOI



SETAKAT ini tiada panggilan telefon dari peraduan Nestle Bonanza atau Milo lagi.