Thursday, 21 August 2014

PIANO EXAM, TERUMO, MYDIN VOUCHERS



SEMALAM SAYA bercuti dan pulang ke gagang kerana ada urusan kaum kerabat saya. Setiap tahun saya terpaksa bercuti di tengah-tengah minggu semata-mata ingin menghantar anak saya mengambil peperiksaan piano di bandaraya Johor Bahru. Tahun ini pun sama.

Dan semalam juga hadiah saguhati dari peraduan Nestle/Giant telah saya terima, iaitu 2 kotak Blood Pressure monitor. Sebenarnya sudah hampir 3 bulan saya masih menunggu hadiah utama iaitu 4 buah basikal famili yang telah saya menangi dan penganjur telahpun berjanji ingin menghantarnya sebelum bulan puasa lagi. Saya amat kecewa.

Dan tidak lupa juga, saya sempat menggunakan baucer membeli belah di pasaraya Mydin Taman Rinting Masai. Saya telah membeli beberapa paket kopi-kopi produk Power Root (Ahhuat & Alicafe) dan 2 sejadah lipat. Walaupun saya mendapat baucer RM50 x 9, tapi saya tidak mengguna kesemua baucer tersebut dan saya sengaja meninggal 1 baucer untuk anda lihat betapa berharganya nilai 1 baucer itu. Hee ayat poyo sajakan. Sebenarnya, saya tinggalkan satu baucer kerana jumlah bayaran tidak mencukupi lagi RM4.

Dan setelah urusan selesai di sebelah petang, saya pulang semula ke luar daerah untuk bertugas.



No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.