Showing posts with label MASAI JOHOR. Show all posts
Showing posts with label MASAI JOHOR. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

CITY EXPRESS

You are here, Terminal Masai.

PERJALANAN menaiki bas dari pekan koboi Masai ke Kuala Lumpur sepatutnya berlepas pada pukul 4.15 petang dan tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) 5 jam kemudian. Walaupun bas telah lama tiba tetapi bas bertolak pada pukul 4.40 petang dan tiba 6 jam setengah selepas itu kerana pemandu bas melencong ke Stesen Bas Larkin dan berhenti di Skudai untuk mengambil penumpang lagi dan lagi.

Information.

The City Express bus.

The oil palm green landscape, somewhere in Kulaijaya I think.

Friday, 17 October 2014

AFRIN


Kedai mamak Afrin yang baru dibuka di kawasan perkedaian yang baru berdekatan rumah saya ini pun semakin dikenali ramai. Perkhidmatan pelanggan pun cepat.

Saya sudah lama ingin menangkap video gambar lampu neon di kedai mamak ini, dan kelmarin barulah saya berkesempatan dengan hanya mengguna kamera kompak lama saya dan saya letakkan diatas bumbung teksi disitu.

Saturday, 11 October 2014

JALAN SRI PLENTONG 1



ALHAMDULILLAH. Saya baru ambil hadiah peraduan Power Root kopi Ah Huat itu. Hadiah berupa sijil simpanan premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bernilai RM890 yang sepatutnya ialah RM888 tetapi sijil SSP adalah dalam nilai gandaan sepuluh ringgit. Anak lelaki saya yang menang hadiah mingguan ini, dan sijil SSP ini telah lama berada di cawangan Power Root yang berdekatan rumah saya tetapi anak saya itu terlalu sibuk dengan urusan kerja seharian. Jadi saya bawa adik beliau untuk mengutip sijil SSP itu yang mengambil masa tidaklah sampai 13 minit.

Terimkasih Power Root Malaysia dan kopi Ah Huat White Coffee. Majulah Sukan untuk Negara.

Thursday, 20 June 2013

API BUKAN FIRE



Hari ini saya dikejutkan sedikit dengan perkataan API.

API 1 - yg dimaksudkan ialah kadar pencemaran udara jerebu, 'Air Pollution Index' di Masai sudah mencecah 190.

API 2 - flange rating standard oleh 'American Petroleum Institute' untuk flange istimewa dalam pdms. PDMS designer saya sudah suruh buatkan flange istimewa tapi piping spec pun belum siap lagi.

API 3 - di Tanjung Jara, Dungun pula ketika saya bertanya arah mencari pantai batu ketika matahari terbit, saya telah bertanya pada dua orang pakcik yg sedang bersarapan di warung. Saya juga agak terpinga-pinga pada mulanya bila salah seorang pakcik itu menyebut simpang api, yg sebenarnya dia maksudkan ialah simpang yg ada lampu isyarat.

Nota lalat. Terma teknikal yg boleh diabaikan.

Tuesday, 28 May 2013

MASAI BUS TERMINAL



Minggu ini saya menaiki bas ekspres dari Masai.

Bertolak pukul 11.17malam di Terminal Bas Teksi dan Arked Masai.

Sebenarnya sudah lama saya tidak menaiki bas ekspres. Keadaan suhu dalam kabin bas memanglah sejuk. Teramat sejuk. Tapi saya sudahpun memakai baju jeket luaran. Cuma kalau saya bawa selimut untuk tutup bahagian kaki mungkin lebih mengurangkan rasa kesejukan tersebut.

Oleh kerana keletihan, saya tertidur semasa bas itu baru saja keluar dari terminal. Tetapi terjaga juga bila tiba di stesen bas Taman Tun Aminah sehinggalah bas mengambil dan menambah penumpang seterusnya di tepi jalan Skudai.

Saya terlena kembali bila bas mula memasuki lebuhraya PLUS. Dan saya hanya tersedar bila bas tiba di simpang keluar Bangi.

Alhamdulillah. Seperti yg saya jangkakan, bas ekspres itu tiba di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan lebih kurang pada pukul 3.17pagi.

Itulah saja pengalaman serba sedikit saya menaiki bas ekspres.