SUASANA SENJA di Pulau Tioman ketika ini tidaklah begitu memberangsangkan untuk saya mengambil gambar matahari tenggelam (baca sunset). Awan yang berkepul-kepul dan langit yang kusam memanglah tidak menjanjikan gambar pemandangan yang cantik. Walaupun begitu saya gagahi diri saya bersantai nak menunggu juga sehingga hari gelap di tepi pantai Berjaya Resort ini.
Diharapkan esok suasana matahari tenggelam yang lebih menarik. Selepas pulang ke bilik resort, saya berehat sebentar sebelum ke restoran Nelayan untuk menjamu hidangan buffet makan malam (baca dinner). Saya membawa kamera dslr saya ini tetapi ketika sampai di restoran saya baru sedar bahawa kad memori kamera saya tidak masukkan kembali kedalamnya. Saya terpaksa berpatah balik ke bilik dan mengambil kad memori tersebut. Satu perjalanan yang meletihkan.
Suka tengok gambar pemandangan laut tu. Wak guna flash ke?
ReplyDeleteyg gmbr laut tu x gune flash, yg gmbr ade org gune flash., bolee ;)
Deletesemua gambar yg Wak nap semua cantik..perlu belahar dari Wak sebenarnya..teknik mempoto
ReplyDelete