SEMALAM hari Jumaat saya sudah bekerja setengah hari.
Dalam perjalanan pulang ke gagang, di RnR Ayer Keroh, mula-mula saya ingin makan ayam KFC sahaja. Tapi bila saya beratur panjang di hadapan kaunter itu, tiba-tiba saya tiada mood nak makan disitu. Mungkin ada abang berdua tiba-tiba memotong barisan dihadapan saya pula.
Dipendekkan cerita, saya terus ke kedai makan laksa itu dan memesan laksa biasa saja dengan air teh tarik. Kesemuanya RM7.50, kata makcik yg lemah lembut tapi agak gabrah itu.
Sedang menjamah laksa saya mula (teringat peribahasa cakap siang pandang-pandang) perasan ada seorang kakak ini sedang menunggu suaminya. Walaupun pesanan makanan sudah tiba dimejanya. Bila suaminya tiba, dia bertanya 'gi mana?' Suaminya berkata, 'toilet la' ke apa saya tidak berapa cam. Melihat dari air muka kakak ini yang masam mencuka berkata lagi, 'tak nampak pon.' Dari perbualan mereka, saya dapat merasakan ada krisis rumahtangga disitu.
Hai 3lalat. nak panggil apa saya taktau. pertamanya nak tanya takda button follower nak follow blog ni.
ReplyDeletekedua Selamat Hari Raya.
Walaupun komen tak kena dengan entry. Lagipun taktahu nak komen apa. Itulah asam garam kehidupan kot
salam bro arz moha. Hee, panggil enchek pun boleh, wak pun boleh.
ReplyDeletesaya pun baru beginilah tidak tahu macamana mau meletak butang follower begitu.
Selamat hariraya juga. Hee.
Haaaa wak pasang telinga yek
ReplyDeleteHee. syyyh diam diam sudahlah ya.
Delete