Wednesday, 3 September 2014

TOUCH N GO CARDS, MY EX-BOSS, MY WOUNDS



Alhamdulillah. Pagi tadi ahmoi dari Dutch Lady itu sudah menelefon saya memberitahu bahawa saya memenangi lagi 2 kad Touch n Go bernilai RM50 setiap satu. Minggu lepas saya sudah menang 1 kad Touch n Go.

Updated. Setakat ini, saya dan proxy-proxy saya telah memenangi 5 hadiah kad Touch n Go itu. Bersyukur saja kan. Harapan saya semoga saya mendapat salah satu hadiah utama nanti. Amin.

Nota lalat 1. Saya mendapat berita (dan gambar) bahawa kawan (bekas bos) saya telah berkahwin lagi dengan isteri muda. Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan kes 2 janda-janda beliau sebab saya pun sudah lama tidak mendengar berita. Dan gambar isteri baru itu bukanlah rakan wanita (nama bapa sama dengan penulis) yang sama-sama berkepit dengan beliau selama ini. Semoga berkekalan saja saya ucapkan.

Nota lalat 2. Kaki saya yang luka terkena ekzos motor semasa pergi ke pulau minggu lepas makin teruk rasanya. Saya telah pergi ke klinik dan meminta ubat sapu krim, bengkak (Beazyme Papain 150,000 USP unit), pain killer (Pontalon) dan antibiotik (Cloxacap 250 Capsule). Esok, doktor makcik India itu menyuruh saya datang semula untuk pemeriksaan diabetes dan kolesterol yang sudah lama tertangguh.

3 comments:

  1. Bestnya dapat T&G free. RM50/- oklah tu kalau kena 2 kad dah RM100/-

    ReplyDelete
  2. Kalau ai dapat.. dah boleh cover untuk 1/2 bulan tu.. ;)

    ReplyDelete
  3. so bagaimana degan keadaan kaki Wak sekarang?

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.