HARI KEDUA saya di Pulau Tioman sememangnya saya bercadang untuk menyewa motorsikal ke Kampung Juara di timur pulau. Selepas bersnorkel di Pulau Renggis pagi semalam, saya telah berehat di bilik saja dan pada pukul 2.30 petang saya telah menyewa sebuah motorsikal kapcai Honda EX5. Harga sewa untuk 24 jam ialah rm50 yang saya telah tawar dari harga sebenar iaitu rm60. Nota lalat, harga sewa motor yang ditawarkan oleh resort kelmarin adalah lagi mahal iaitu rm70.
KALAU mengikut buku pengembaraan Lonely Planet yang termahsyur itu, ada jalan tidak elok dari masjid diutara lapangan terbang untuk ke Kampung Juara yang terletak di timur pulau. Tetapi sebenarnya ada jalan baru dibina yang berturap penuh menaiki gunung ditengah pulau dan terus ke Kampung Juara.