Showing posts with label KEDAI SUKAN. Show all posts
Showing posts with label KEDAI SUKAN. Show all posts

Monday, 11 August 2014

UNCLE PHILIP



SEMALAM hari Sabtu di kedai sukan itu. Ada seorang pakcik cina memandang raut muka dan kepala saya. Katanya, lain kali kalau membeli alatan sukan jangan memakai topi. Kerana aura kebaikan tidak dapat menembusi air muka awak, kata pakcik cina itu lagi.

Dan pakcik cina itu menambah sambil menilik tapak tangan saya, lu ada rahsiakan? Rahsia cinta, katanya. Hmm. Dan juga sekarang rumahtangga lu ada masalah sikit, katanya lagi. Saya mengangguk-angguk saja. Semua orang pun mempunyai masalah masing-masing dalam rumahtangga mereka juga.