Showing posts with label HENTIAN BAS. Show all posts
Showing posts with label HENTIAN BAS. Show all posts

Monday, 15 December 2014

MIRACLE AT MIDNIGHT



PENGALAMAN menaiki bas ekspres dari Masai ke TBS untuk kesekian kalinya. Malam kelmarin juga seperti yang dijangka bas berlepas lambat setengah jam dari sepatutnya walaupun bas sudah lama tiba di terminal.

Dicepat kehadapan, 5 jam kemudian di tol Sungai Besi, saya dikejutkan dari tidur apabila pemandu bas abang macha yang macho itu sudah pekik-pekik kepada budak penjaga tol. 'Weh, ini hiway ada polis trafik kan?' katanya. 'Tu trafik tara buat keja kah? Dorang makan gaji buta kah?' teriaknya lagi. 'Tadi ada ramai budak merempit tengah hiway.. bla bla'. Budak penjaga tol cakap boleh telefon peronda plus.

Tapi tak lama kemudian kejadian mirikel berlaku pula. Boleh pula abang macha yang macho itu tegur dan mengusha-usha lemah lembut suaranya (dalam bahasa Tamil juga) dengan cik adik manis cikgu sekolah yang duduk kerusi paling hadapan dihadapan saya. Sambil mengucapkan 'good morning teacher,' katanya.









Projek 'One Photo A Day: A Five Year Memory Blog' - Hari ini dalam sejarah lalat, 5 tahun yang lepas.


2009 - the penis statue, Jakar, Sarikei; 2010 - Sunway Pyramid: my another HDR small project; 2011 - muara Kampong Sungai Haji Dorani; 2012 - Colorful Liuli Crystal fountain infront of Pavilion shopping mall last night; 2013 - 'The Blue Lake of Seri Alam' featured in DCM Magazine, December 2013.

Tuesday, 14 October 2014

ﺟﻮﻫﺮ



Minggu lepas saya sudah menaiki bas ekspres dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk ke selatan tanahair. Sudah lama benar saya tidak naik bas ekspres selepas terminal bas dipindahkan dari Puduraya.

Walaupun tempat henti, rehat dan rawat banyak terdapat disepanjang lebuhraya Utara Selatan, tetapi bas ekspres itu tetap hendak berhenti rehat di Hentian Bas Yong Peng yang kotor lagi menjijikkan supaya pemandu bas boleh menikmati makanan percuma, sebotol air mineral gratis dan beberapa batang rokok percuma juga.