Wednesday, 10 December 2014

AQABAH TOWER, BLUE SKY



SUDAH lama saya tidak pergi ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Bank Simpanan Nasional (yang dijamin Kerajaan yang memerintah) pun sudah berpindah ke Bukit Dahlia pula.

Nota lalat. Pengalaman berurusan di Bank Simpanan Nasional Bukit Dahlia kelmarin adalah sesuatu yang mengecewakan saya. Tahap kelas dunia ketiga. Walaupun baru beberapa bulan dibuka disitu namun ketiga-tiga mesin ATM sudah rosak dan tidak boleh digunakan. Bila saya hendak mengeluarkan duit tidaklah sampai berjuta-juta lemon di kaunter pun, setelah mengambil nombor giliran menunggu dalam 23 minit, boleh pula gadis kaunter BSN yang cantik molek lagi jelita beruniform merah jingga itu memberitahu saya tidak boleh mengeluarkan duit masa itu, sekiranya penting, cemas, mendesak atau sangat perlu (baca: urgent) saya disaran ke cawangan bank berdekatan pula, atau saya boleh datang kembali selepas satu jam kerana pegawai yang bertugas sedang sibuk menguruskan mesin ATM yang sedang rosak. Apa kah barang kan?

1 comment:

  1. Assalam tiga lalat,
    sha dah bertahun2 tak pakai service BSN he3
    last pakai sebab scholar masa sekolah menengah dedolu :)

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.