Wednesday, 31 December 2014

2014 - APAKAH TAHUN! WHAT A YEAR

JANUARY 2014. One month before conquering Kinabalu peak at Tabur East peaks. Dengan latihan berterusan mendaki beberapa bukit dan gunung sekitar Kuala Lumpur, saya yakin akan dapat mendaki Gunung Kinabalu seperti yang saya azamkan.

INI entri tertunggak masa hadapan. Sila berguling-guling kebawah (baca: scroll down) untuk membaca entri terbaru saya.

ALHAMDULILLAH. Tahun 2014 sudah tiba dipenghujungnya. Projek mendaki Gunung Kinabalu sudah berjaya saya capai dan tawan. Tahun ini tiadalah saya mengembara keluar negara, kecuali ke Bali. Cuma projek peraduan yang saya sertai selama setahun ada yang berjaya menang dan berjaya kalah dengan jayanya juga. Kata orang, untung sabut timbul, untung buaya tembaga kena penampar.

In sha Allah, sekiranya panjang umur kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan. Saya ingin mengucapkan ribuah terimakasih pada kawan-kawan yang jauh dan yang dekat, semoga maju jaya selalu. Moga-moga juga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin ya robbal alamin.


FEBRUARY 2014. On top of the world. Selepas 4 bulan berlatih mendaki bukit dan gunung dan memasuki hutan belantara, akhirnya puncak Gunung Kinabalu berjaya di tawan untuk pertama kalinya. Alhamdulillah.


MARCH 2014. My ex-USA schoolmate is getting married again for the second time. Kebetulan ketika ini saya berada di negeri Kelantan dan berharap mendapat aura yang baik-baik sahaja. Amin ya robbal alamin.


APRIL 2014. You cannot win if you do not enter. Peraduan demi peraduan satu persatu saya sertai. Ada yang menang dan ada yang kalah dengan jayanya.


MAY 2014. Electrical appliances worth RM5,000 in my apartment. Bersama-sama ini juga saya telah memenangi 4 buah basikal.


JUNE 2014. JB Photography Contest. Sempena majlis pelancaran Kembara Johor 2014 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Rasanya ini adalah satu-satunya pertandingan fotografi yang saya sertai tahun ini dan tidak memenangi apa-apa hadiah.


JULY 2014. The Store contest campaign brought me to the north. Dengan ketaksuban tahap sederhana saya telah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh pasaraya The Store. Dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Perak, Kedah, Perlis sampailah ke Kelantan saya telah membeli belah dan mengisi borang-borang peraduan The Store.


AUGUST 2014. Pakcik Menang Motor! Percayalah, saya telah memenangi sebuah motorsikal kapcai dengan menyertai peraduan Power Root yang popular itu.


SEPTEMBER 2014. I am in Bali. Satu-satunya objek wisata yang saya lawati di luar negara untuk tahun ini. Itupun kerana ada syarikat yang menaja dan memberi pakej murah (RM350 sahaja) untuk ke Bali.


OCTOBER 2014. The 7th iPad mini and the last iPad mini I won. Ini adalah hadiah mini iPad yang ke tujuh dari projek peraduan yang saya sertai setakat tahun ini. Alhamdulillah.


NOVEMBER 2014. Kabhi Khushi Kabhie Gham. Kadang senang kadang sedih, ataupun kadang suka kadang duka. Walaupun setiap hari saya mengemaskini blog ini dan blog saya yang lain-lain sebagai diari sepi saya, tidak semua kisah suka duka saya catatkan disini. Kata orang juga, luka lama berdarah kembali, luka yang baharu hendak diletak dimana uoools? 

49 comments:

  1. Replies
    1. Kenangan memori untuk dikenang tahun mendatang. Hee.

      Delete
  2. ooooo...ada banyak blog ke? Mrs. A satu jer...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. thanks bro thomas. a new year will make a new resolution.

      Delete
  4. murah rezeki bro..banyak menang hadiah nampaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sikit je cik kak. hobi suka suki saje.

      Delete
  5. igt pok cik yang nikah td tuuuuu tanjat boboiii.... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokcik pon nk nikah gah, tapi dengan saper., huuuu

      Delete
  6. lula baru simpan diam2 heheheh... syok tgk menang brg elektrik tu

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. begitula mak ., bersyukur saja ., alhamdulillah

      Delete
  8. tahniah ! byk kejayaan sebenarnya yg blh diumpamakan sbg rezeki ...

    ReplyDelete
  9. tahniah!
    semoga murah rezeki di tahun 2015 ye..

    ReplyDelete
  10. Terbaek bro....tahniah. moga 2015 lg hebat.

    ReplyDelete
  11. tgh skroll, terhenti kjap kat gambar akad ikah tu..hehehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah..
    Moga murah rezeki tahun 2015..
    rindu nak naik gunung tu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih mama ,penah daki gunung kinabalu kah?

      Delete
  13. uiii...banyaknya menang hadiah..tahniah...
    betul2 rezeki tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekaseh. biasa2 saje nok. usaha tanga menang contest ;)

      Delete
  14. Assalam tiga lalat,
    waaaaaaaaaaa...murah rezeki betui
    tahniah3
    nak tuntut ilmu dengan tiga lalat buleh dak????he3
    nak menang jugak he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam mama, maneder ilmu la sangatts. pengerasnye modal bejute jute lemonn saje :p

      Delete
  15. Replies
    1. Ade yang sweet manis, yang massam pon ada jugakk. Huu.

      Delete
  16. eh kejap. nape namanya 3 lalat ek? takpe2. jap ana scroll entry dulu2. kot2 ada kesahnye. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. dh klik page 'About' kt atas tuu? mukin cik ana mendapat ape yg dicari.

      Delete
    2. salam kembali. owhh ya maaf maaf maaf. entah camne boleh tak perasan pulak ada tab "About" tu. ok dah faham pasal 3 lalat. hehe mekaseh lagi sekali hehe

      Delete
  17. wah, ternganga kejap bila tengok gambar2 item yang dimenangi... tahniah ye... berkat usaha juga tu. x semua orang mampu buat macam tu. :)

    ReplyDelete
  18. saya tunggu jeeee adiah ipad mini sempena bday sy yg dah terlepas ni huahahhaah

    ReplyDelete
  19. Hopefully tahun 2015 ni lebih baik dari tahun lepas ye.. semoga makin dimurahkan rezeki.. :)
    Takde la lewat sgt rasanya nak ucap selamat tahun baru. hehe

    ReplyDelete
  20. wow..
    tahniah
    smga 2015 bakal membawa rezeki lagi.aamiin

    ReplyDelete
  21. Bak kata adik saya.. sweet sour memory. Hihi.

    ReplyDelete
  22. cantik2 gambarnya.. ada cerita disebalik gambar lg. ehhee

    ReplyDelete
  23. Selamat Tahun Baru (belated wish ni)... tahun 2015 akan lebih baik untuk kita semua nanti... aminnn

    ReplyDelete
  24. Tahun 2014 yg indah..tahniah berjaya daki gunung kinabalu..n hadiah2 yg dimenangi.semuanya best2 bro!

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.