Sunday, 9 November 2014

HOW TO PURCHASE EXPRESS BUS ONLINE

Golden fish, Yong Peng Buses Resting Area.

SELAMA menaiki bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), saya akan membeli tiket bas di kaunter terminal saja. Tapi kekadang bila saya tiba kena beratur panjang pula. Jadi minggu ini saya mencuba untuk membeli tiket secara atas talian (baca: online).

Untuk tempahan atas talian, saya mengguna perkhidmatan eticketing.tbsbts.com. Cara menempah tiket bas sama seperti menempah tiket kapalterbang tambang murah juga. Mula-mula, pilih hari dan masa sebelum memilih syarikat bas ekspres yang berkenaan. Kemudian memilih tempat duduk yang kita kehendaki. Akhir sekali ialah proses pembayaran boleh menggunakan kad hutang (baca: credit card) atau kad debit bank-bank di Malaysia sahaja.

Dipendekkan cerita saya telah menempah tiket dan membayar diatas talian pada hari Selasa. Jadual perlepasan bas pula adalah hari Jumaat dari TBS ke Larkin JB. Pagi tadi (Jumaat) saya baru perasaan dalam terma dan syarat tiket bas itu dikehendaki mengambil tiket 45 minit sebelum bas berlepas dan mesti berada di pintu pagar 30 minit. Bila saya tiba seperti biasa ada lagi 25 minit dan saya terus ke kaunter pembayaran tiket online untuk mengambil tiket. Pada mulanya saya cuak juga kalau-kalau kerani di kaunter itu tidak menerima baucer tiket yang saya telah beli kerana saya terlambat tiba. Tapi saya bertawakal kerana kalau tidak diterima saya akan membeli tiket yang baru saja.

Dipendekkan cerita, bila tiba di kaunter, budak lelaki itu tanpa berkata banyak mencetak tiket baru saya dan memberi pesanan agar tiba di terminal 45 minit awal dari waktu berlepas. Saya mengiyakan saja. Alhamdulillah.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari pengalaman saya membeli tiket bas ekspres atas talian ialah saya mungkin tidak akan melakukannya lagi dimasa akan datang. Cukuplah amaran yang diberi tentang masa yang dikehendaki 45 minit sebelum bas berlepas, kecuali kalau saya boleh tiba di situ sejam lebih awal.

2 comments:

  1. tajuk entri How To Puchase Express Bus Online so JM cari lah bagaimana caranya...tapi x ada pun...huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oops sory cik JM yg jeliter itu, masuk je kt eticketing.com ;)

      Delete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.