Sunday, 30 November 2014

WESTERN UNION SCAM

Scammer on my handphone.

MINGGU lepas saya sudah meletakkan iklan dalam mudah.my yang popular itu. Saya ingin menjual basikal mountain bike yang saya telah menangi dalam peraduan beberapa bulan yang lepas. Saya telah katakan bahawa basikal itu 'won a contest, never used.'

Hari ini saya hampir ditipu oleh 2 scammer. Satu menggunakan cara pembayaran melalui paypal & western union. Satu lagi menggunakan whatsapp. Saya sengaja menceritakan ini untuk pedoman dan pengajaran sesiapa yang bakal terkena.

Saturday, 29 November 2014

Friday, 28 November 2014

LOSING WITH GRACE

Prizes I won on recent Permanis contest.

ALHAMDULILLAH bersyukur sahajalah walaupun saya tidak memenangi hadiah utama berupa 4 buah kereta itu dalam peraduan Rev-kan Bola anjuran Permanis. Hanya sekadar mendapat baju t-shirt penyanyi Beyonce, cd Beyonce dan botol air lipat sahaja.

The original contest form.

Thursday, 27 November 2014

MAHA 2014

Visitors doing selfie for Instagram.

SAYA sudah lama berhajat untuk melawat tapak pameran MAHA 2014 dan kelmarin dapat pergi ditengahari yang panas terik. Tetapi saya tidaklah membeli payung pelangi yang banyak dijual dalam perjalanan dari tempat meletak kereta ke dewan pameran oleh budak-budak jalanan.



Wednesday, 26 November 2014

MOVIES I CONSUMED ON MY FRIEND'S EXTERNAL HARDISK

Box office movies I watched recently from my friend's external hardisk.

SEJAK beberapa minggu yang lepas saya sudah menonton cerita-cerita di dalam cakera keras luaran (baca: external hardisk) kepunyaan kawan saya itu. Tiada ulasan dari saya sebab kesemuanya cerita-cerita lama sahaja.

Nota lalat. Dari atas kiri, Alien 1, Alien 2, Battle Royale, Con Air, Die Hard 4, Hangover 1, Hangover 2, Hangover 3, John Carter, Jumper, Jurrasic Park 3, Life of Pie, Mr & Mrs Smith, Pain and Gain, Parker, Paul, Pawn, Predators, Premotheus, The Flight, The Mechanic, The Transporter 1, The Transporter 2, Ali Baba Bujang Lapok.

Tuesday, 25 November 2014

STUDENT EXCHANGE PROGRAM

Kelab Antrabangsa Hiroshima.

SEMALAM saya sudah menghantar anak lelaki saya itu ke hotel untuk dia mengikut program pertukaran pelajar ke Jepun. Semoga anaknda selamat pergi dan balik ke Masai.

Monday, 24 November 2014

WILLY SATAY

aQi at Willy Satay.

SEMALAM anak lelaki saya yang akan terbang ke negara matahari terbit sudah menyatakan hendak makan sate kajang. 'Willy satay', katanya. Ini adalah pertama kali saya mendengar nama sate kajang selain Sate Haji Samuri yang popular itu.

Bila tiba di Ramal Food Junction, hujan pun turun dengan lebatnya. Orang beratur pun ramai juga walaupun hujan lebat dan meja kerusi diluar warung dibasahi hujan. Dipendekkan cerita, saya telah beratur memesan sate ayam dan daging sahaja untuk dibawa pulang.

satay
ˈsateɪ/
noun
  1. a Malaysian dish consisting of small pieces of meat grilled on a skewer and served with a spiced sauce that typically contains peanuts.

While waiting for the satay order for almost one hour.

Having the Kajang satay dinner at home sweet home.

Sunday, 23 November 2014

PARADISE CITY

6.39 am

PERGI dan balik ke tempat kerja seperti biasa ketika langit masih biru dan lampu jalanan masih menyala.

Nota lalat. Seperti irama lagu Gun N Roses, where the grass is green and the girls are pretty. Take me home. Tetapi saya lebih suka lagu Sweet Child O Mine.

7.16 pm

Saturday, 22 November 2014

GOOD MORNING KEY ELL

REVIEWS THE WHOLE WEEK



WALAUPUN saya sibuk sepanjang minggu dengan kerja tugasan yang tidak seberapa, saya sempat lagi mengambil gambar air pancuran.

Friday, 21 November 2014

WAK MACHA

Panasonic Torchlight and Portable Phone charger for the consolation prize.

ALHAMDULILLAH, hadiah saguhati dari peraduan Panasonic Evolta bersama kedai kesenangan diri (baca: convenience store) myNews.com telah selamat saya terima semalam. Terimakasih saya ucapkan kepada rakan seperjuangan cik Ayu Macha dan suami yang telah bersusah payah mengambilnya minggu lepas dan kemudian mengirimkan kepada saya. Tanpa kawan-kawan yang baik-baik sebegitu siapalah saya yang biasa-biasa saja ini.

Panasonic Evolta & myNews.com contest winners with Ayu Macha and her husband during the prize giving ceremony at Midvalley Boulevard (Ground Floor).

Thursday, 20 November 2014

BERAYA BERSAMA REVIVE: PRIZES COLLECTION

'Be Sociable... Serve Pepsi', Menara Tun Razak.

ALHAMDULILLAH, semalam saya sudah mengambil hadiah saguhati berupa baucer Econsave. Mereka (penganjur) sudah melantik ejen untuk menghantar hadiah-hadiah utama saya yang lainnya ke rumah.

Me at Permanis yesterday.

Wednesday, 19 November 2014

PISANG BELALANG



KELMARIN tiba-tiba mata saya tertancap pada skrin televisyen nasional nombor satu itu bila menayangkan info berkenaan pisang tetapi mengapa ditayangkan belalang sebagai gambar hiasan? Mungkin ada orang lain menganggap ini sebagai perkara yang remeh temeh, acuh tak acuh, lantaklah dikau labu, minda masih didunia ketiga. Tetapi pada saya tahap kualiti pemikiran masih ditakuk lama sedangkan orang lain sudah maju 20 tahun kehadapan. Maaf.

Tuesday, 18 November 2014

SELFIE, LUMUT

I can selfie too, can I?

KELMARIN saya meluangkan masa ke pantai Lumut melayan gps Wayway Papago yang saya baru perbetulkan layar skrinnya. Masa pergi saya diarah mengikuti jalan Plus keluar di susur Gopeng - Kellie's Castle - Batu Gajah - Lumut yang mengambil masa 4 jam.

Masa kembali juga saya diarah mengikuti jalan yang sama, tetapi dari pengalaman yang lepas-lepas, saya sengaja mengikuti jalan lama iaitu Lumut - Teluk Intan - Kg Sungai Haji Dorani - Kuala Selangor - Latar pula. Perjalanan yang memang singkat iaitu cuma 3 jam saja.

Monday, 17 November 2014

LINGHAM'S CHILLI SAUCE

Lingham's Chilli Sauce bright yellow Volkswagen Beetles convoy on Plus highway.

KELMARIN saya sudah berjalan-jalan menaiki cikputih saya itu ke utara melalui lebuhraya. Kebetulan terserempak dengan konvoi kereta Volkswagen berwarna kuning. Sungguhlah menarik pemandangan dengan deretan kereta-kereta itu kerana mereka sedang mempromosi produk sos Lingham's Chilli Sauce.

Saya tidaklah dapat mengikuti bersama-sama mereka, kerana kereta saya berwarna putih dan saya bukanlah wak segan. *Senyum.

Sunday, 16 November 2014

BERAYA BERSAMA REVIVE

A long awaited letter from Permanis I received this evening.

ALHAMDULILLAH. Setelah sekian lama tidak memenangi apa-apa peraduan (baca: SLNW) petang tadi saya tiba-tiba mendapat rezeki pertama bulan November yang datang bergolek di depan pintu rumah merpati saya. Saya menerima surat dari Permanis menyatakan saya telah memenangi hadiah kedua iaitu barang-barang dapur bernilai RM800. Kemudian saya diberitahu anak lelaki saya juga telah mendapat baucer RM2K barangan Courts Mammoth dan isteri saya juga mendapat barangan dapur bernilai RM800 juga dari peraduan yang sama.

Terimakasih saya ucapkan kepada Permanis dan Econsave. Majulah sukan untuk Negara.

The original contest form that I cannot find the hardcopy one.

Saturday, 15 November 2014

GOOD MORNING KUALA LUMPUR

On Jalan Ampang this morning.

SESEKALI saya melimpasi menara berkembar Petronas ini diwaktu pagi yang tidak sibuk.

I need to park beside the busy road to snap this image.

I wish I would bring my dslr to snap this blue hour photo to give you better and crispier picture.

Friday, 14 November 2014

NEW LOOK, TAASUB

A new look of Nescafe Original.

ADA orang berkata-kata tidak elok meminum air kopi Nescafe yang boleh merosakkan kesihatan, hati dan perasaan. Saya bukanlah taksub (baca: taasub) meminum air tin Nescafe sebab stok yang lama masih banyak lagi dirumah saya itu.

Nota lalat. Perkataan "taksub" sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Namun tiada kata ini dalam BM (Kamus Dewan). Apakah kata BM untuk "taksub" ini? Mana asalnya kata ini sebenarnya? Pihak Kamus Dewan menjawab agar merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1561. Asal perkataan ini adalah daripada bahasa Arab dan dieja taasub. Makna perkataan ini ialah kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, atau fanatik. Taasub (Arab) bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yg keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Contoh ayat: mereka sangat taasub dan amat berbang­ga dengan keturunan dan kaum mereka; mentaasubi - berlaku taasub kepada atau ter­hadap: kamu terlalu mentaasubi kemajuan sehingga terlupa pd insan yg bersaudara denganmu; ketaasuban - keadaan taasub.

Thursday, 13 November 2014

ACER ASPIRE 4741G OVERHEATING AND REPAIRED BY KHAIRUL

aTi's old Aspire 4741G and the salesman's business card (after I edited).

BEBERAPA bulan yang lepas saya telah membelikan anak perempuan saya sebuah komputer riba menggantikan yang lama. Ini adalah kerana komputer riba lamanya itu telah membuat hal-hal yang pelik dan tidak diingini, iaitu ia suka mematikan diri secara tiba-tiba apabila kipasnya berasa panas terlampau yang amat sangat.

Dipendekkan cerita, saya telahpun menghantar komputer riba yang lama itu ke Plaza Low Yat. Budak penjual cina yang petah berbahasa kebangsaan (baca: cakap stail orang kampung) pun bersedia membaiki dengan membersihkan tempat kipas dan saya menyuruhnya mengganti kipas yang baharu. Tidak hairanlah namanya Khairul.

Tetapi setelah saya membawanya kembali kerumah dan mencuba komputer riba lama yang baru dibaiki itu, saya merasa tidak puas hati kerana kipas barunya mengeluarkan bunyi yang bising dan kuat seperti bunyi enjin lori dan menjadi panas juga. Saya harus menghantar kembali ke kedainya nanti.


Wednesday, 12 November 2014

LEAKAGE ISSUE AND SOME RANDOM PHOTOS FROM LAST WEEKEND


In the cold morning, I like to set my foot on the green grass.

PENYEWA rumah murah saya telah mengadu minggu lepas tentang adanya air menitis di tembok dinding yang semakin teruk sejak kebelakangan ini. Kelmarin saya telah meluangkan masa pergi menjenguk rumah saya itu. Penyewa kemudiannya bersetuju untuk memanggil pihak pengurusan dan juga pejabat penyelenggaraan (baca: maintenance department) pada hari Isnin nanti di situ untuk urusan pembaikan.

Kemudian saya sempat lagi singgah di Pusat Membeli-belah IOI Mall untuk menyaksikan beberapa persembahan kanak-kanak di hari graduasi & Tabikarama.




Tuesday, 11 November 2014

SENAI AIRPORT

Senai International Airport, this morning.

KELMARIN saya sudah pergi ke lapangan terbang antarabangsa Senai untuk memeriksa mendaftar masuk (baca: check-in) dan mencetak tiket pulang kampong rumah panjang hujung bulan ini. Kebetulan hari tersebut berlangsungnya majlis istiadat persandingan diraja Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam. Dan saya juga dapat menyaksikan kapaltebang milik kerajaan yang memerintah yang baru mendarat dan menurunkan Duli Yang Dipertuan Agong. Saya mengambil gambar menggunakan kamera kompak buruk saya ini dan menangkap gambar dari jarak jauh saja.

Monday, 10 November 2014

GREEN LEAVES

Morning green leaves, Bukit Belacan.

MINGGU LEPAS sedang saya mencari maklumat di laman sesawang, tiba-tiba saya tidak menyangka ada blogger I'm Yours yang jelita sudah bergambar dihadapan rumah merpati saya ini. Saya pun tidak pasti samada blogger ini artis, jadi saya malulah hendak bertanya macam-macam. Untuk blogger itu (kalau terbaca blog merapu saya ini) saya memohon maaf kerana meletakkan gambar anda disini.

Bukit Belacan, and you cannot see this view in the Google Streetview. Inset: Neena Anuar.

Sunday, 9 November 2014

HOW TO PURCHASE EXPRESS BUS ONLINE

Golden fish, Yong Peng Buses Resting Area.

SELAMA menaiki bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), saya akan membeli tiket bas di kaunter terminal saja. Tapi kekadang bila saya tiba kena beratur panjang pula. Jadi minggu ini saya mencuba untuk membeli tiket secara atas talian (baca: online).

Untuk tempahan atas talian, saya mengguna perkhidmatan eticketing.tbsbts.com. Cara menempah tiket bas sama seperti menempah tiket kapalterbang tambang murah juga. Mula-mula, pilih hari dan masa sebelum memilih syarikat bas ekspres yang berkenaan. Kemudian memilih tempat duduk yang kita kehendaki. Akhir sekali ialah proses pembayaran boleh menggunakan kad hutang (baca: credit card) atau kad debit bank-bank di Malaysia sahaja.

Dipendekkan cerita saya telah menempah tiket dan membayar diatas talian pada hari Selasa. Jadual perlepasan bas pula adalah hari Jumaat dari TBS ke Larkin JB. Pagi tadi (Jumaat) saya baru perasaan dalam terma dan syarat tiket bas itu dikehendaki mengambil tiket 45 minit sebelum bas berlepas dan mesti berada di pintu pagar 30 minit. Bila saya tiba seperti biasa ada lagi 25 minit dan saya terus ke kaunter pembayaran tiket online untuk mengambil tiket. Pada mulanya saya cuak juga kalau-kalau kerani di kaunter itu tidak menerima baucer tiket yang saya telah beli kerana saya terlambat tiba. Tapi saya bertawakal kerana kalau tidak diterima saya akan membeli tiket yang baru saja.

Dipendekkan cerita, bila tiba di kaunter, budak lelaki itu tanpa berkata banyak mencetak tiket baru saya dan memberi pesanan agar tiba di terminal 45 minit awal dari waktu berlepas. Saya mengiyakan saja. Alhamdulillah.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari pengalaman saya membeli tiket bas ekspres atas talian ialah saya mungkin tidak akan melakukannya lagi dimasa akan datang. Cukuplah amaran yang diberi tentang masa yang dikehendaki 45 minit sebelum bas berlepas, kecuali kalau saya boleh tiba di situ sejam lebih awal.

Saturday, 8 November 2014

FRIM

FRIM stands for 'Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia'.

SUDAH lama sebenarnya saya tidak membuat aktiviti mendaki dan masuk ke hutan selepas kejadian turun dari puncak Kinabalu. Sebenarnya juga kelmarin saya sepatutnya mengikut dan menyertai kumpulan budak-budak belia ke Taman Negara di Jerantut Pahang. Tetapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya membuat aktiviti mendaki bukit yang berdekatan saja.

Friday, 7 November 2014

GROUP OF COMPANIES GAMES



BULAN lepas saya sudah dijemput untuk menjadi jurufoto pesta sukan syarikat berhad, tetapi olehkerana saya ada program yang lain yang saya sudah rancang sebelumnya, maka saya tolak dengan berat hati. Walaubagaimanapun, pada hari pesta sukan tersebut, program yang lain itu telah saya batalkan, maka saya pun mengambil kesempatan menghadiri diri dan mengambil beberapa keping gambar aktiviti sukan yang sedang berlangsung.

Thursday, 6 November 2014

MISSING

Puan Lakshmana is missing. KLPAC

KELMARIN saya lagi sempat berkejaran ke Sentul Park melalui Jalan Ipoh (bukan Jalan Sentul) hanya untuk meninjau aktiviti seni yang tidak seberapa meriah disitu. Tetapi melihat judul-judul persembahan teater yang tertera disitu nampaknya agak menarik.

Wednesday, 5 November 2014

10 MUHARRAM

Sunset this evening before dusk. The hazy whether is very bad.

PETANG tadi saya teringin hendak mengambil gambar matahari terbenam (baca: sunset), tetapi keadaan langit mendung dan berjerebu saja. Walaupun saya nampak bulan petang tadi sudah tinggi diatas langit dan saya tidak menunggu lama untuk menangkapnya pula.

10 Muharram 1436 moon looks clear though.

Tuesday, 4 November 2014

ABSURD(C)ITY

Me again, is looking at 'Reflection Megah' by Anis Bin Che Mat (2014) at the third level of the Art Gallery (Balai Seni Negara, KL).

KALI terakhir saya datang melawat ke Balai Seni Negara rasanya sudah 5 tahun yang lampau (2009).

Saya tiba agak awal setengah jam sehinggakan budak perempuan penjaga itu menyuruh saya duduk dahulu dikerusi diluar galeri sebelum pintu utama dibuka.

Terdapat 3 tingkat didalam galeri. Galeri pertama sedang berlangsung pameran 'Absurdcity' yang tidak boleh menggunakan kamera. Tetapi kamera boleh pula digunakan dilain-lain galeri selepas saya bertanya kepada makguard-makguard yang menjaga pameran lukisan disitu.



Monday, 3 November 2014

DEAF ART EX-PO-SE 2014

Ku Ukir Namamu Terakhir, Oil on Canvas, RM10,500, artist: Zulaiha Binti Zulkapli from Malaysia.

KELMARIN saya berkesempatan ke pusat membeli belah Mid Valley semata-mata hendak menyaksikan pameran seni lukisan oleh pelukis-pelukis kurang upaya yang pekak dan bisu. Lukisan-lukisan yang cantik dan bertaraf dunia dengan harga yang lumayan.

Sunday, 2 November 2014

Saturday, 1 November 2014

ONE YEAR OF CONTESTS PARTICIPATION



BULAN ini genap setahun saya terjebak dan melibatkan diri dalam aktiviti peraduan-peraduan yang saya sertai. Walaupun saya tidak pernah memenangi kereta, mesin basuh, televisyen atau pakej umrah atau melancong terbang ke Sydney, Beijing, Singapura, seperti rakan-rakan perjuangan (baca: compers) hebat yang lain, tapi sasaran (baca: target) saya pada tahun lepas untuk memenangi lebih dari 4 biji mini ipad telah tercapai. Saya bercukur bersyukur sahaja (alhamdulillah) dan saya berharap akan dapat terus aktif dalam bidang hobi yang membina ini dan akan mendapat hadiah lagi besar, contohnya kalau tidak mendapat sebuah kereta, mendapat duit tunai RM888,888 pun baik juga. Amin.

Gambar diatas saya paparkan hanyalah sebahagian besar hadiah-hadiah yang telah saya menangi, tidak termasuk wang tunai, baucer membeli belah (Mydin, Giant, Aeon), baucer barang-barang elektrik, 4 biji kamera Instax dan kad mesra (& gift cards) Petronas. Ini hanyalah untuk tujuan rekod dan kenang-kenangan saya dimasa hadapan.

Terimakasih saya ucapkan kepada rakan-rakan perjuangan (baca: compers) yang tidak jemu memberi tunjuk ajar serta panduan (baca: tips) berguna. Tanpa rakan-rakan yang baik-baik itu siapalah saya ini.

Terimakasih juga kepada penganjur (Power Root, Dutch Lady, Nestle, Energizer, Mydin, Giant, Aeon, Permanis, Unilever, The Store, Listerine dll) yang bermurah hati. Majulah Sukan untuk negara.