Friday, 10 October 2014

HOW TO RENEW YOUR MOTORCYCLE ROADTAX IN THE POST OFFICE



KELMARIN saya baru tersedar cukai jalan motorsikal saya sudah tamat tempoh sejak bulan Julai lagi. Maksudnya sudah 3 bulan lamanya. Lagipun saya sudah lama tidak memandu motorsikal saya itu.

Jadi, semalam tengahari saya sudah pergi ke pejabat pos di Ampang Park sahaja. Bila saya bertanya di kaunter, kerani itu memberitahu saya perlu membawa geran motorsikal dan membayar insuran sebelum saya boleh memperbaharui cukai jalan itu. Kerani menyarankan juga pembaharuan insuran dan cukai jalan motorsikal boleh dibuat di myeg.com.

Bila saya datang semula disebelah petang selepas waktu pejabat pula, kerani itu berkata bahawa memperbaharui insuran hanya boleh dibuat sebelum pukul 5 petang.

Nota lalat. Waktu urusan di kaunter Pejabat Pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang.

9 comments:

  1. Hehheeee...sabar yolah..
    Terima kasih visit Mrs. A my blog my stori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee memang kena banyak bersabar kalau berurusan di kaunter mana-mana pun.

      Delete
  2. as/kum! 1 jam lagi tu untuk depa borak-borak dan betul2kan make-up!... hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Agaknyalah mak. Tapi urusan jpj tu sampai kul 5 sahaja.

      Delete
  3. mungkin segilintir kot macam tu. Tapi mmg urusan before jam 5 sebab link dgn JPJ so ikut waktu bekerja. Baki satu jam tu utk urusan pejabat pos je macam beli setem, pos brg bayar bil etc. Kuar duit asb pun x boleh kalau lpas jam 5. * saya bukan kakitgn pos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee timekaseh la mak. Begitulah nampaknya. Saya ingatkan boleh buat selagi kaunter pejabat pos dibuka sebab kalo buat di 'myeg.com' pun boleh buat 24 jam gitu.

      Delete
  4. Macam2 hal...terima kasih sudi ke teratak bunda..

    ReplyDelete
  5. ada lak cam tu..huhuhu.. dah tulis sampai kul 6 ptg, so kenapa perkhidmatan hanya sampai jam 5 ptg, patotkah, heheeh.. so? ape reaksi en abg pas tu? tak sound kerani tu balik ke, heeee...

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.