Friday, 31 October 2014

EVOLTA



ALHAMDULILLAH. Semalam saya mendapat emel dari pihak penganjur peraduan 'Join & Win Panasonic Evolta' di myNews.com yang menyatakan saya telah memenangi peraduan itu. Tapi saya hanya mendapat hadiah saguhati berupa lampu picit dan pengecaj bergerak sahaja.

Thursday, 30 October 2014

CAT, HIBISCUS, ELIT 150

Stray but beautiful and curiosity like a cat, and I don't manage to get her any closer than this.

KUCING diatas bukanlah kepunyaan saya, cuma berkeliaran diluar rumah sahaja.

Pokok bunga raya yang saya tanam dalam pasu dibawah ini hidup subur kerana saya menyiramnya hampir setiap hari, kecuali hari minggu.

Dan sekarang ini saya menunggang kembali motor skuter buruk saya yang itu. Dan tiada kena mengena dengan harga minyak yang baru naik 20 sen.

Hibiscus rosa-sinensis.

After years of hibernating, this time I re-ride it again. Hopefully it's going to be an awesome experience.

Wednesday, 29 October 2014

VIGNETTE, SAMERIN

Anaqi, 16 years now.

HARI INI harijadi anak lelaki nombor tiga saya itu yang telah berumur 16 tahun. Gambar dibawah ini sekadar kenangan semasa beliau berumur 10 tahun bersama jutawan rancangan tv, Haji Ahmad Samerin Dzulkefli. Sungguh cepat masa berlalu dan ayahnda mendoakan semoga anaknda terus membesar menjadi anak yang pandai, sihat dan soleh. Amin

My little boy with Haji Ahmad Samerin Dzulkefli at his electrical shop, Bandar Baru Jengka, dated 1/11/2008.

Tuesday, 28 October 2014

GOOD NIGHT KL

a view from Bukit Belacan

CITY EXPRESS

You are here, Terminal Masai.

PERJALANAN menaiki bas dari pekan koboi Masai ke Kuala Lumpur sepatutnya berlepas pada pukul 4.15 petang dan tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) 5 jam kemudian. Walaupun bas telah lama tiba tetapi bas bertolak pada pukul 4.40 petang dan tiba 6 jam setengah selepas itu kerana pemandu bas melencong ke Stesen Bas Larkin dan berhenti di Skudai untuk mengambil penumpang lagi dan lagi.

Information.

The City Express bus.

The oil palm green landscape, somewhere in Kulaijaya I think.

Monday, 27 October 2014

HABUAN CONTEST LAGI

Using the gift cards for the first time at Petronas Taman Rinting.

SEMALAM saya sudah menggunakan kad hadiah (baca: gift card) dari Petronas yang saya telah menangi dalam peraduan Hacks. Kali ini saya membeli ais krim pula.

aQi is holding the Drumsticks for me to take his photo for a new contest which will be expired soon.

Sunday, 26 October 2014

HABUAN CONTEST

Holding for the last time my winning contest's vouchers at AEON Tebrau City.

SEMALAM saya sudah menghabiskan baucer membeli belah di Aeon Tebrau City. Baucer Aeon yang telah saya menangi dari peraduan sabun Top. Saya belikan beberapa helai seluar berpoket untuk anak lelaki saya yang akan ke Jepun tidak lama lagi. Selepas itu saya pun singgah di Manhattan Fishmarket sahaja.

My youngest at Manhattan Fishmarket waiting for the food.

Food in a fire!

Seafood I dont remember the name. The platter is called 'Manhattan Star Platter'.

Saturday, 25 October 2014

THE STORM IS COMING

The Storm is coming, on Kesas Highway near Sungai Besi

SEMALAM saya sudah menaiki bas ekspres lagi pulang ke selatan tanahair. Tiada apa-apa yang menarik untuk saya ceritakan disini. Tapi disepanjang perjalanan saya melayari laman blog bro Han Tayargolek.com yang pernah menunggang motorsikal menjelajah negara Thailand, Myanmar dan Laos. Satu aktiviti lasak dan pengembaraan yang menarik juga.

Ini adalah entri gambar-gambar rawak (baca: random) sahaja.

Friday, 24 October 2014

ALFATIHAH, WAK SABAH



ALHAMDULILLAH. Jenazah ayahnda saya telah selamat dikebumikan semalam petang sebelum solat Asar di kampung. Saya mengucapkan ribuan terimakasih diatas ucapan takziah rakan-rakan saya semua. Alfatihah.


Thursday, 23 October 2014

DEEPAVALI OUTING AT PULAU BESAR MELAKA


1. Green leaves, Anjung Batu

SEMALAM ialah hari cuti sempena hari Deepavali. Sebenarnya saya tidak tahu hendak kemana-mana, jadi pada minit-minit terakhir (baca: last minutes) saya bercadang ke Pulau Besar yang tidaklah masyhur sangat sebagai destinasi pelancongan berbanding Pulau Pangkor, Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Saya menaiki bot ekspres dari Anjung Batu, bukan dari Medan Ikan Bakar Umbai. Di Pulau Besar, saya cuma berminat dengan beberapa makam lama dan sempat menziarah, seperti Makam Syarifah Rodziah, Kubur Sultan al-Arifin, Makam Tok Putih dan Makam Tok Janggut. Total photos is 27.

Tetapi saya tidaklah lama di Pulau Besar itu kerana saya terpaksa pulang ke kampung disebabkan ada urusan takziah yang lebih penting.


Wednesday, 22 October 2014

MAGNUM, 1 GRAM GOLD



ALHAMDULILLAH. Siang tadi saya sempat lagi mengambil hadiah syiling emas 999 (baca: gold coin) seberat 1 gram sahaja. Hadiah dari peraduan aiskrim Magnum yang masih berlangsung sekarang ini.

Tuesday, 21 October 2014

SURAU KLIA SUDAH BERPINDAH JAUH KE ANJUNG TINJAU



SEMALAM saya sudah tiba di lapangan terbang antarabangsa KLIA dan sudah lama saya tidak kesana sejak ada LCCT dan sekarang KLIA2. Tiadalah banyak perubahan ketara kecuali surau yang telah dipindahkan ke belakang jauh di Anjung Tinjau tempat jin bertendang.

Monday, 20 October 2014

NEARLY STRANDED ON THE HIGHWAY WITH NO GAS



PETANG KELMARIN dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saya terlupa mengisi minyak kereta cik kak Jnulekasnova saya itu bila terlepas dari hentian Rehat & Rawat Ayer Keroh. Saya baru perasan bila lihat lampu tanda minyak petrol sudah lama menyala. Tanda amaran minyak itu saya tidak perasan kerana terlindung oleh pemegang stereng kereta. Manakala tanda amaran jarak pula (baca: range) menunjukkan ketika itu saya hanya ada lagi 11km dan untuk ke hentian yang ada stesen minyak seterusnya mungkin lebih 50km. Jadi saya terus keluar persimpangan susur keluar Pedas Linggi ke bandar Rembau yang terletak 9 km dari plaza tol, melimpasi pekan Pedas. Jadi, selepas tanda amaran kosong jarak saya boleh memandu dengan baki minyak yang ada dalam tangki melebihi 20km.

Ini adalah kali pertama saya hampir kehabisan minyak menggunakan cik Kak Jnulekasnova, walaupun sebelum ini saya pernah kehabisan minyak menggunakan kereta saya yang lain.

JESSIE THE YODELING COWGIRL



SEKARANG ini sedang berlangsung promosi di pasaraya Tesco dengan pembelian barangan RM30 mendapat buku setem dan patung mainan Toy Story. Tidak seperti promosi terdahulu, kali ini mainan patung-patung yang lagi kecil sahaja.

Sunday, 19 October 2014

GAMMAX MARCUS 260



ALHAMDULILLAH, semalam petang saya sudah mengambil hadiah peraduan Nestle Milo di The Store Plaza Alam Sentral, Shah Alam di majlis penyampaian hadiah. Saya telah memenangi sebuah basikal gunung (baca: mountain bike), 2 biji bolasepak piala dunia dan baucer bernilai RM100 sahaja. Tetapi saya sungguh kecewa kerana basikal itu tidak serupa dari segi jenama dan nilainya seperti didalam poster peraduan.


Saturday, 18 October 2014

THIS IS WHY I AM FAT



TENGAHARI tadi saya mendapat pesanan teks ringkas (baca: sms) yang mengatakan saya telah memenangi peraduan aiskrim Magnum Gold Pursuit. Hadiah 1 gram duit syiling emas yang saya pun belum lagi ketahui berapa nilainya.

Alhamdulillah, saya bersyukur saja.

Nota lalat. Gambar aiskrim Nestle diatas tiada kena mengena dengan hadiah peraduan aiskrim Magnum itu. Dan ini bukanlah aiskrim jenama Wall's Cornetto. Harap maklum.

Friday, 17 October 2014

AFRIN


Kedai mamak Afrin yang baru dibuka di kawasan perkedaian yang baru berdekatan rumah saya ini pun semakin dikenali ramai. Perkhidmatan pelanggan pun cepat.

Saya sudah lama ingin menangkap video gambar lampu neon di kedai mamak ini, dan kelmarin barulah saya berkesempatan dengan hanya mengguna kamera kompak lama saya dan saya letakkan diatas bumbung teksi disitu.

Thursday, 16 October 2014

SELIPAR JEPUN



SEMALAM saya memang sibuk ke hulu ke hilir menyediakan persembahan dalaman (baca: internal review presentation). 2 minggu lagi persembahan untuk klien pula.

Sebenarnya ada cerita disebalik gambar kaki saya dan kaki kerusi roda diatas itu. Tapi biarlah ianya menjadi rahsia. (mood: feeling young again)

Wednesday, 15 October 2014

NAVISWORKS SIMULATE 2015




SUDAH LAMA saya memohon kepada jabatan projek membeli perisian (baca: software) program dalam projek terbaru, bukan perisian lanun cetakan rompak. Baru petang tadi pekerja Teknologi Maklumat (baca: Information Technology) datang membawa lesen dan nombor siri perisian yang asli dan tulen. Sekarang ini perisian sudah semakin maju ke hadapan.

Tuesday, 14 October 2014

ﺟﻮﻫﺮ



Minggu lepas saya sudah menaiki bas ekspres dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk ke selatan tanahair. Sudah lama benar saya tidak naik bas ekspres selepas terminal bas dipindahkan dari Puduraya.

Walaupun tempat henti, rehat dan rawat banyak terdapat disepanjang lebuhraya Utara Selatan, tetapi bas ekspres itu tetap hendak berhenti rehat di Hentian Bas Yong Peng yang kotor lagi menjijikkan supaya pemandu bas boleh menikmati makanan percuma, sebotol air mineral gratis dan beberapa batang rokok percuma juga.

Monday, 13 October 2014

ORANGES, MQ, MILKS



MALAM TADI saya pun menemani isteri saya yang itu ke pasaraya Giant Plentong. Ini bukanlah rutin mingguan membeli barang-barang dapur (baca: groceries), tetapi niat mulanya beliau hendak mengurut kaki (baca: thai's massage) sahaja. Tetapi bila sudah masuk ke dalam pasaraya itu dan membeli beberapa buah-buahan dan alatulis, dia menjadi lupa pula hendak berurut kaki.



Sunday, 12 October 2014

MUHAMMAD IRSHAD



SEMALAM Sabtu saya sudah pulang ke kampung ke rumah adik lelaki saya untuk menziarah bapa saya yang masih uzur. Adik saya pula bekerja di waktu itu. Dan saya baru tahu bahawa peperiksaan murid sekolah menengah rendah tingkatan tiga sekarang akan mengambil Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).



Saturday, 11 October 2014

JALAN SRI PLENTONG 1



ALHAMDULILLAH. Saya baru ambil hadiah peraduan Power Root kopi Ah Huat itu. Hadiah berupa sijil simpanan premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bernilai RM890 yang sepatutnya ialah RM888 tetapi sijil SSP adalah dalam nilai gandaan sepuluh ringgit. Anak lelaki saya yang menang hadiah mingguan ini, dan sijil SSP ini telah lama berada di cawangan Power Root yang berdekatan rumah saya tetapi anak saya itu terlalu sibuk dengan urusan kerja seharian. Jadi saya bawa adik beliau untuk mengutip sijil SSP itu yang mengambil masa tidaklah sampai 13 minit.

Terimkasih Power Root Malaysia dan kopi Ah Huat White Coffee. Majulah Sukan untuk Negara.

Friday, 10 October 2014

MY FAVORITE MILO MIXES



ALHAMDULILLAH, baru tadi saya dan seorang wakil (baca: proxy) telah menerima panggilan dari penganjur peraduan Nestle Milo ekslusif di The Store untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah (baca: Prize Giving Ceremony) yang akan diadakan minggu hadapan. Setakat ini sekurang-kurangnya sebiji bolasepak akan saya terima.

Nota lalat terkini. Baru tadi anak lelaki saya beritahu bahawa beliau juga menang sebiji bolasepak itu. Dan emaknya pula memberitahu dia juga dijemput ke majlis penyampaian hadiah minggu hadapan untuk mengambil basikal gunung (baca: mountain bike) kerana dia telah memenangi hadiah pertama. Saya memanglah tidak menjangkakan kerana saya cuma mengharapkan untuk memenangi tv besar itu sahaja.

Terimakasih The Store dan Milo. Majulah Sukan untuk Negara.

HOW TO RENEW YOUR MOTORCYCLE ROADTAX IN THE POST OFFICE



KELMARIN saya baru tersedar cukai jalan motorsikal saya sudah tamat tempoh sejak bulan Julai lagi. Maksudnya sudah 3 bulan lamanya. Lagipun saya sudah lama tidak memandu motorsikal saya itu.

Jadi, semalam tengahari saya sudah pergi ke pejabat pos di Ampang Park sahaja. Bila saya bertanya di kaunter, kerani itu memberitahu saya perlu membawa geran motorsikal dan membayar insuran sebelum saya boleh memperbaharui cukai jalan itu. Kerani menyarankan juga pembaharuan insuran dan cukai jalan motorsikal boleh dibuat di myeg.com.

Bila saya datang semula disebelah petang selepas waktu pejabat pula, kerani itu berkata bahawa memperbaharui insuran hanya boleh dibuat sebelum pukul 5 petang.

Nota lalat. Waktu urusan di kaunter Pejabat Pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang.

Thursday, 9 October 2014

5 TOUCH AND GO CARDS



ALHAMDULILLAH, rezeki itu datang dari Allah. Lima keping kad touchngo sudah sampai dan diterima saya dengan selamat sebelum 9hb Oktober. Kelmarin saya sudah terima hadiah ketiga (cek bernilai sehibu hinggit) dan hadiah kedua (iPad mini retina 32GB).

Nota lalat. Sebagai rekod dan kenang-kenangan, ini adalah antara peraduan yang saya menang kesemua kategori hadiah2 kecuali hadiah pertama.

Wednesday, 8 October 2014

RM35.16



SEMALAM tiba-tiba saya terima cheque dari syarikat insuran mengatakan ada bonus lebihan hasil keuntungan syarikat itu. Alhamdulillah, walaupun tidak berjuta-juta lemon nilainya tapi saya akan tetap bersyukur sahaja. Dan saya berharap akan dapat memasukkan cheque yang tiada banyak nilainya itu secepat mungkin sebelum saya terlupa hingga habis tempoh sahnya.

Monday, 6 October 2014

FESTIVAL BREAK IS OVER



HARI INI saya sudah menghantar anak perempuan saya pulang ke kolejnya.


Sunday, 5 October 2014

FOR SALE: IPAD MINI 32GB RETINA DISPLAY (SOLD OUT)



Selamat Hariraya Aidiladha. Maaf Zahir Batin.

FOR SALE: New IPAD MINI 32GB with retina display, color: Space Gray. Wifi only.
The term “GB” stands for gigabytes.
Still in a box wrapped with plastic.
RRP: RM1,599 (Updated: SOLD OUT through mudah.my)
Berminat? Sila tinggalkan komen dibawah. Terimakasih.


Nota lalat. Dengan penjualan iPad mini terbaru ini mengubah persepsi saya tentang laman sesawang penjualan atas talian, iaitu Mudah.my. Ianya proses yang lebih mudah berbanding dulu yang mana saya dapat menjual barangan saya itu dalamasa 24 jam. Terimakasih pengendali Mudah.my.