Sunday, 14 September 2014

PULAU BALI: DAY 2



ITINERARI hari ini amatlah memenatkan. Dari pagi pergi ke kedai pembuatan barangan perak dan emas, kilang kopi musang Luwak, menikmati keindahan Gunung Berapi Batur Kintamani. Makan tengahari bermenu bebek (itik, tetapi saya tukar ayam) di tengah sawah padi. Selepas itu menikmati matahari tenggelam di pantai Jimbaran yang popular.



Dan malam tadi saya gigihkan diri untuk ke Hard Rock Cafe untuk membeli baju yang asli (baca original). Berjalan kaki dari hotel ke Hard Rock Cafe sejauh 1.5km sejauh 19minit sahaja. Dan sempat lagi saya menonton secara langsung (baca live band) sambil memesan air tin Coca Cola yang berharga 36 ribu rupiah (RM10).





















1 comment:

  1. Bestnyer dapat makan kat tepi laut macam tu...
    Meriah..

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.