Tuesday, 30 September 2014

SOUTHERN LION TOP



ALHAMDULILLAH, tadi saya sudah ambil hadiah mingguan peraduan Southern Lion Top di Desa Petaling itu. Hadiah baucer membeli-belah RM200 di pasaraya Aeon saja.

Keputusan pemenang mingguan ada disini - Top Winner.



Monday, 29 September 2014

Sunday, 28 September 2014

TILES, CONEY



BIASANYA saya akan ke Jusco Tebrau City untuk membeli apa-apa yang berpatutan. Semalam isteri saya memberitahu ingin ke Jusco Bukit Indah pula. Katanya, 'nak beli waffle'.

Saturday, 27 September 2014

MENANG SAMBIL BERAMAL: THE CHEQUE



ALHAMDULILLAH. Hadiah cheque dari peraduan Menang Sambil Beramal baru sampai. Nama isteri saya tapi duit seribu ringgit saya yang punya. *Senyum.

Nota lalat. Keputusan Menang Sambil Peraduan.

Friday, 26 September 2014

KUALA LUMPUR DIMANA SUAMIKU



SAYA sudah lama mencari buku novelis Sri Diah ini dipasaran tapi tidak bertemu. Sehinggalah saya menambah rakan dalam FB novelis tersebut dan beliau sudi menjual satu salinan kepada saya. Semalam saya sudah menerimanya.

Saya berharap dapat meluangkan masa untuk membacanya juga.

PULAU BALI: THE REVIEW



SUDAH dua minggu saya kembali dari mengikuti rombongan cik kiah ke Pulau Bali itu.  Berikut adalah tentatif yang sudah saya lalui bersama-sama rakan-rakan sekerja dan keluarga kami.

Pre-Bali
1. Submit copy of Valid Passport (10 days before ETD)
2. Handover of original passport (7 days before ETD)
3. Briefing by Travel Agent (4 days before ETD)

Day 1 (Friday)
1. Gathering for bus arrangement @company, 8.30am
2. Transit to KLIA by bus, 9.00am
3. Gathering for check-in at KLIA, 10.00am
4. Group photo & doa selamat - n/a
5. Departure to JKTA, 12.50pm
6. Arrival at JKTA, 1.55pm
7. Departure to Denpasar, Bali, 4.15pm (local)
8. Arrival at Denpasar, Bali, 7.15pm
9. Dinner at Natrabu, 9.00pm
10. Check-in Hotel (Eden), 10.21pm

Day 2 (Saturday)
1. Breakfast at hotel, 7am
2. Visit to Brass/Gold shop, 9.30am
3. Visit to Luwak coffee house, Buana Amertha Sari, 11.13am
4. Visit Kintamani volcanoes (Mount Batur & Lake), 12.30pm
5. Lunch at Bebek Joni, 2.10pm
6. Back and arriving at hotel, 5.30pm
7. Dinner at Jimbaran sunset, Beach Theme, 6.15pm
8. Return to Hotel, 7.48pm
9. Hard Rock Cafe & Hotel, 9.30pm - 10.53pm

Day 3 (Sunday)
1. Breakfast at Hotel, 7am
2. Shopping at Krishna Ole-ole Mall, 8.45am
3. Visit to Tanah Lot & Pura Batu Bolong, 11.00am
4. Lunch at  Dewi Sinta Restaurant, 12.30pm
5. Visit to Uluwatu cliffs, 3.40pm
6. Visit to GWK (Garuda Wisnu Kencana), 4.50pm
7. Dinner at the GWK restaurant, 7pm
8. Return to hotel, 9pm

Day 4 (Monday)
1. Breakfast at hotel, 7am
2. Gathering for Bus arrangement, 9.00am
3. Departure to Bali airport, Hard Rock Cafe, 9.30am
4. Departure from Denpasar airport, 2pm
4. Arriving JKTA, 4pm
5. Departure JKTA, 7pm
6. Arrival KLIA, 9.30pm


Ini adalah lawatan melancong saya yang kedua ke Pulau Bali, Indonesia selepas tahun 2011 dan lawatan melancong saya yang ke 6 (baca enam) ke Indon selepas Batam (2011), Bali (2011), Jogjakarta (2012), Pontianak (2012), dan Bandung (2013). Tidak seperti tahun 2011, saya tidak berwisata ke pusat wisata Pura Danu Bratan, Pura Tirta Empul dan tidak tinggal di pantai Sanur.

Things useless to bring: Camera tripod, too many Alitea or Alicafe.

Ringkasan entri-entri wisata saya kali ini (2014) ialah seperti berikut:

Bali 2014: The Prelude
Pulau Bali: The Packing
Pulau Bali: Day 1 The Arrival
Pulau Bali: Day 1 Natrabu Dinner
Pulau Bali: Day 2
Pulau Bali: Day 2 Brass, Luwak
Pulau Bali: Day 2 Kintamani, Bebek Joni
Pulau Bali: Day 2 Jimbaran Sunset
Pulau Bali: Day 3
Pulau Bali: Family Day 3 Tanah Lot
Pulau Bali: Family Day 3 Uluwatu Cliffs
Pulau Bali: Family Day 3 GWK
Pulau Bali: Day 4 The Last Day
Pulau Bali: The Review (this page)

Thursday, 25 September 2014

BEAUTIFUL CARS NEED LOVE TOO



SEMALAM semasa dalam pulang dari pejabat, saya terlihat kereta sukan mewah(baca luxury sports car) ini tapi saya tidak ingat dari jenama yang mana satu. Cayenne kah? Mazda kah? Ada kawan-kawan yang tahu?

Nota lalat. Kereta jenama Lotus rupanya.

Nota lalat yang bizaro. Man admits having sex with 1000 cars. Man Charged With Having Sex With 100 Corpses.

Wednesday, 24 September 2014

WW: MAIS



MAIS, Majlis Agama Islam Selangor. Juga MAIS, Majlis Agama Islam Songkhla.

Tuesday, 23 September 2014

ALAHAI KWSP



MINGGU LEPAS saya sudah bekejaran mencari kaunter KWSP (baca EPF) untk mencetak penyata akaun saya bagi tahun 2012. Mula-mula saya ke bangunan KWSP kepala suku (baca headquarter) di Jalan Raja Laut itu. Bila saya tiba, terpampang sudah papantanda mengatakan sistem jatuh (baca system down) jadi tiada urusan yang boleh dibuat dikaunter itu. Apa barang?

Selepas itu, saya ke pejabat UTC Puduraya untuk pertama kalinya sebab rakan saya ada memberitahu disitu ada kaunter KWSP sehingga pukul 10 malam. Bila saya tiba di Puduraya dan mencari pusat UTC itu, namun hampa juga. Penjaga keselamatan itu memberitahu bahawa kaunter KWSP telah ditutup kerana mesin pencetak dirosakkan oleh orang yang tidak berguna.

Keesokannya pula saya ke pejabat KWSP di Setapak kerana rakan saya itu berkata bahawa beliau pernah kesitu dan berurusan. Dengan gigihnya juga saya bekejaran lagi ke Setapak namun hampa adalah ayat yang sesuai kerana pejabat KWSP Setapak juga telah dikosongkan tanpa alasan.

Pada hari Sabtu kelmarin saya mencuba nasib saya ke Kotaraya Johor Bahru kerana ada pusat UTC disitu. Namun seperti yang saya khuatirkan, tiadalah kiosk atau kaunter KWSP disitu. Saya berasa hampa untuk sekian kalinya.

Dan pada hari Ahad saya terus bergegas ke bangunan KWSP Jalan Ayer Molek kerana pejabat kerajaan dibuka pada hari Ahad. Dipendekkan cerita saya sebagai rakyat jelata marhein telahpun berjaya mencetak penyata akaun saya disitu.

Monday, 22 September 2014

10 RANDOM FACTS ABOUT ME WHEN TRAVELLING



10 Perkara Random 3 Lalat bila Travelling

Ini entri membalas tag dari cik nana yang suka mengembara itu. Buat masa ini saya membuat tiga dahulu. Nanti kalau saya punya masa percuma (baca free time) saya akan sambung lagi ya.

1. Saya suka letak tangan saya di batu-batu purba, termasuk kain kelambu kiswa kaabah itu juga.

2. Saya suka bergambar dengan gaya yang agak sewel. Bila lagi bukan?

3. Saya suka mengambil gambar matahari terbit (baca sunrise). Saya juga suka mengambil gambar matahari terbenam (baca sunset). Sehingga saya sanggup membayar pakej sunrise seperti di Borobudur Jogjakarta dan Angkor Wat.

4. Berkenaan busana atau topi saya tidaklah berkira sangat asalkan boleh menutupi kepala sahaja.

5. Saya suka mengambil gambar makanan dalam penerbangan.

6. Saya memang suka mengambil gambar matahari terbenam semasa dalam penerbangan, tidak kiralah samada di sayap atau di tempat duduk paling belakang. Ada orang kata tempat duduk paling belakang adalah tempat duduk paling selamat sekiranya kapalterbang terhempas. *Senyum.

7. Saya suka mengambil gambar penduduk tempatan di sesuatu lokasi wisata.

8. Saya akan bawa kamera DSLR saya yang besar gedabak bersama-sama dengan flash. Kadang-kadang saya bawa juga tripod untuk mengambil gambar pemandangan tetapi selalunya tidak digunakan. Kamera kompak (baca compact camera) jenis Lumix saya hanyak gunakan semasa dalam penerbangan pergi dan balik sebab senang dibawa dan ketika itu kamera DSLR saya berada didalam bagasi yang besar pula.

9. Saya akan beli buku pengembaraan (baca travel book) sebelum mulakan pengembaraan itu. Buku hasil penerbitan DK adalah buku yang saya suka baca sebab gambar-gambar yang lebih jelas dan menarik berbanding buku Lonely Planet.

10. Saya akan beli simcard berbanding mengaktifkan roaming (RM38 sehari) untuk telefon saya sekiranya saya merasakan perlu menghubung kaum kerabat di tanahair.

Saya rasa tidak perlulah saya mengetag rakan-rakan blogger yang lain ya.

Itu sahaja rasanya dan saya berharap cik Nana yang jelita itu berpuashati dengan jawapan tag beliau ini. Semoga kita semua boleh menjadi rakan siber yang baik-baik. Amin.



Sunday, 21 September 2014

KWSP, HASIL, PETRONAS, SHELL



PAGI HARI Ahad saya sudah tiba di bangunan KWSP Jalan Air Molek. Pintu kaunter dibuka pukul 8.15 pagi selepas doa selamat. Selepas itu saya berlarian ke bangunan Hasil pula di Tampoi.

Dalam perjalanan pulang saya singgah di Stesen minyak Petronas Taman Megah Ria semata-mata hendak bertanya tentang hadiah payung yang terhad itu. Tetapi seperti yang saya sangka kedai mesra itu tiada stok juga. Jadi saya terus ke stesen minyak Shell bersebelahan dan mengisi minyak dan seterusnya mengisi borang peraduan yang bernilai RM40K itu.

Nota lalat. Didalam kedai Select Shell itu saya telah bertanya juga kalau-kalau ada menjual pen bulat (baca ballpoin pen) tetapi tiada kata gadis penjual di kaunter itu. Dan saya tertarik dengan baju uniform Shell warna merah yang dipakai oleh gadis itu dan bertanya juga kalau-kalau ada dijual tetapi mereka tidak menjual baju uniform berlogo Ferrari itu juga. Saya berseloroh kata hendak membeli baju yang sedang dipakainya sambil beliau menjawab, 'kalau RM1 ribu bolehlah wak'. Saya menjawab, 'tu harga sekali dengan orangnya keew?' Saya tiba-tiba melihat wajah gadis itu merah padam dan saya pun memohon maaf sebab saya bergurau saja. Saya kemudian berlalu dan senyum saja dan dia pun membalas senyuman saya.

Saturday, 20 September 2014

TOP WINNER



ALHAMDULILLAH SEMALAM ada rakan FB saya mengetag saya memberitahu nama anak perempuan saya telah memenangi hadiah mingguan berupa baucer membeli belah bernilai RM200 sahaja. Peraduan Setia Bersamamu Top membeli sabun cucian pakaian Southern Lion Top.

Terimakasih saya ucapkan kepada Southern Lion. Majulah Sukan untuk Negara juga.

Friday, 19 September 2014

PORTRAIT



ALHAMDULILLAH juga semalam saya sudah terima gambar potret yang saya pesan minggu lepas dari rakan FB. Hasil kerja seni yang kemas.

Thursday, 18 September 2014

JOM BALIK KAMPUNG, SORAK GOL PEPSI



SEMALAM petang saya sudah terima pesanan ringkas (baca sms) mengatakan saya telah menang hadiah no 3 dalam peraduan Jom Balik Kampung Dutch Lady di kedai Mesra Petronas. Minggu lepas juga mereka memberitahu saya telah menang 5 hadiah saguhati berupa kad Touch n Go bernilai RM50 setiap satu. Hadiah utama iaitu skuter telah dimenangi oleh orang lain.

Petang semalam tiba dirumah saya terima surat dari Permanis menyatakan saya telah menang hadiah pertama iaitu mini iPad + jersi worldcup Portugal + botol air berlipat dalam peraduan 'Sorak Gol Pepsi'. Sudah lama rasanya saya tidak terima surat menang peraduan dari Permanis. Hadiah utama (baca Grand Prize) iaitu alat permainan konsol PS4 telah dimenangi oleh oranglain juga.

Walaupun begitu, saya ucapkan terimakasih kepada Dutch Lady, Permanis dan kedai Mesra Petronas. Majulah Sukan untuk Negara.

Nota lalat terkini 1. Baru tadi saya sempat lagi mengambil hadiah itu.

Nota lalat terkini 2. Dan hadiah mini ipad saya itu telah selamat dijual dengan sepantas kilat kepada rakan saya yang dalam perjalanan dari Bangi ke PWTC.

Wednesday, 17 September 2014

LWOT



EJEN PELANCONGAN saya telah menempah bilik di Lost World of Tambun bermula hari Malaysia hari ini. Saya terpaksa menunggu rakan-rakan anak lelaki saya itu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum berangkat ke Tambun.

Olehkerana esok saya bertugas setelah beberapa hari bercuti, saya hanya dapat menghantar anak lelaki dan rakan-rakan beliau ke Tambun.

Nota lalat 1. Ini adalah habuan keempat hasil menuai peraduan yang saya sertai selama ini. Sebelum ini saya telah menginap di Sunway Lagoon, di Langkawi, di Gambang dan di Pulau Tioman. Manakala melancong ke Pulau Bali kelmarin bukanlah hasil peraduan tetapi rombongan hari keluarga syarikat tempat saya bertugas. Harap maklum.



Tuesday, 16 September 2014

PULAU BALI: DAY 4 THE LAST DAY



HARI TERAKHIR di pulau sepatutnya periksa keluar (baca check-out) dari hotel jam 11.00pagi untuk terus ke lapangan terbang, tetapi ejen pelancong itu sudah arahkan keluar awal iaitu jam 9.00 pagi kerana ingin bergambar di Hotel Rock Cafe pula. Saya melepasi tugu pengebomam Bali 2002 tetapi tidaklah turun kerana sukar untuk mencari parking juga.

Monday, 15 September 2014

PULAU BALI: MMC FAMILY DAY 3 GWK



HARI KETIGA di Pulau Bali di penghujung hari ialah saya ke GWK (Garuda Wisnu Kencana) untuk melihat tarian kecak.

PULAU BALI: MMC FAMILY DAY 3 ULUWATU CLIFFS



HARI KETIGA di Pulau Bali. Selepas melawat tempat wisata popular Tanah Lot, saya terus ke tebing Uluwatu yang terletak di selatan pulau.

PULAU BALI: MMC FAMILY DAY 3 TANAH LOT



Masih gambar-gambar di Pulau Bali hari ketiga. Pagi singgah ke gedung pasaraya Krisna dan kemudian saya ke Tanah Lot.

PULAU BALI: DAY 3



ALHAMDULILLAH, semalam (Ahad) adalah hari ketiga saya bercuti di Bali kali ini.

Sunday, 14 September 2014

PULAU BALI: DAY 2 JIMBARAN SUNSET



MASIH hari kedua di pulau Bali. Petang cuba berkejar-kejaran ke pantai Jimbaran hendak menangkap matahari tenggelam (baca sunset). Sambil juga saya menikmati hidangan makan malam makanan laut (baca seafood) yang biasa-biasa sahaja.

PULAU BALI: DAY 2 KINTAMANI, BEBEK JONI



Hari kedua di pulau Bali. Di gunung berapi Batur, Kintamani dan makan tengahari di restoran Bebek Joni.

PULAU BALI: DAY 2 BRASS, LUWAK



HARI kedua di pulau Bali.

PULAU BALI: DAY 2



ITINERARI hari ini amatlah memenatkan. Dari pagi pergi ke kedai pembuatan barangan perak dan emas, kilang kopi musang Luwak, menikmati keindahan Gunung Berapi Batur Kintamani. Makan tengahari bermenu bebek (itik, tetapi saya tukar ayam) di tengah sawah padi. Selepas itu menikmati matahari tenggelam di pantai Jimbaran yang popular.

Saturday, 13 September 2014

PULAU BALI: DAY 1 NATRABU DINNER



Nota lalat. Untuk muat turun (baca download) gambar sila tarik (baca drag) gambar ke tab yang baru dan klik tetikus kanan untuk simpanan anda. Selamat mencuba dan beramal.

PULAU BALI: DAY 1 THE ARRIVAL



HARI INI perjalanan dan penerbangan jauh ke pulau. Transit di Jakarta airport dan selamat tiba di lapangan terbang Gusti Ngurah Rai airport. Dalam perjalanan dari lapangan terbang ke restoran untuk makan malam, tiba-tiba ada kemalangan ngeri motorsikal yang berkecai dan 2 orang penunggangnya tewas (baca mampus) bergelimpangan ditengah jalan.

Friday, 12 September 2014

PULAU BALI: THE PACKING



Bismillahirahmanirahim. Semalam saya sedang sibuk mengemas pakaian (baca packing) untuk dibawa ke pulau esok. Hee sambil saya hendak berpantun lah sedikit.

Tuai padi antara masak;
Esok jangan layu-layuan;
Intai saya sementara nampak;
Esok jangan rindu-rinduan. ammvoiii

Nota lalat 1. Gambar di tebing Pura Batu Bolong, diatas bersebelahan Pura Tanah Lot, circa 2011.

Nota lalat 2. Semasa kawan-kawan terbaca entri saya ini, berkemungkinan saya sudah terbang ke pulau itu. Doakan semoga perjalanan saya selamat pergi dan kembali. Amin ya robbalalamin.

Thursday, 11 September 2014

PENYAKIT KAKI MULUT DAN ...



SAYA meminta maaf kerana menunjukkan lagi kaki saya yang luka. Ini sekadar entri kemajuan luka saya sahaja.

Luka dari kejadian kemalangan motorsikal (baca accident) di Pulau Tioman minggu lepas masih belum sembuh sepenuhnya. Hari ini sudah masuk hari ke 12. Saya juga terkena sakit ulser digusi mulut dan tepi lidah.

Nota lalat 1. Alhamdulillah. Walaupun sudah 2 hari 2 malam ditayangkan di laman web sosial FB Power Root itu, saya baru perasan nama anak lelaki saya itu telah memenangi hadiah harian pula. Terimakasih Power Root Malaysia dan majulah sukan untuk Negara.

Wednesday, 10 September 2014

UNDERWATER CAMERA



MINGGU LEPAS saya sudah menghantar kekedai kamera segulung filem kamera bawah air yang saya beli di Pulau Tioman. Baru semalam gambar-gambar filem dari kamera Kodak itu siap dicuci.

Untuk rujukan sahaja, harga kamera ialah RM65. Harga cucian filem sekeping 50sen, jadi 27 keping ialah RM 13.50 dan servis upah mencuci pula ialah RM10. Jadi jumlah cucian ialah RM23.50 saja. Jadi, adakah ianya berbaloi?

Gambar paling atas itu gambar saya (kiri) dan rakan saya, Mohd Nizam, (kanan) yang sama-sama memenangi peraduan percutian anjuran Mentos ke Pulau Tioman ini.

MY NEW DESK



MULAI hari ini saya akan mula bertugas ditingkat lebih bawah dari tingkat sebelum ini. Nampaknya sekurang-kurangnya lagi setahun saya akan menetap disini. In sha Allah.

Tuesday, 9 September 2014

NASIB SI LABU LABI



HARI MINGGU yang lepas saya sudah menonton filem klasik lama Nasib Si Labu Labi. Tidak seperti sebelum ini, kali ini saya menonton dari awal hinggalah ke akhir cerita.

Filem komedi biasa-biasa saja. Tapi ada beberapa dialog dalam filem tersebut yang menjadi sebutan dan trend sehingga kini (2014). Seperti, 'namanya tadi ditepi bibir sekarang dah lupa pulak, kalau tak salah Kil Kil Kil., Akhil kah Shakil kah tapi orangnya haji jugak'.. dan juga 'haji bakhil kedekut tahi hidung masin'.

Saya juga meminati lagu 'Aci Aci Buka Pintu' yang merdu dan asli itu.

Monday, 8 September 2014

SELAMAT MALAM KUALA LUMPUR



Dan selamat pagi Kuala Lumpur.

SPECTRUM AMPANG



HARI AHAD semalam yang tidak berapa sihat. Tetapi saya sempat lagi berjalan-jalan ke Aeon Big Taman Maluri dan juga Giant Spectrum di Ampang.

Luka diluar masih berbisa dan belum sembuh. Luka didalam siapa yang tahu uools.

Sunday, 7 September 2014

BALI 2014: THE PRELUDE


BULAN lepas kelab sukan rekreasi di tempat saya bertugas ini telah bercadang untuk mengadakan hari keluarga (baca Family Day) di Pulau Bali. Tapi penyertaan dibuka kepada pekerja tetap sahaja. Selepas beberapa minggu diwar-warkan, akhirnya penyertaan dibuka kepada pekerja selain pekerja tetap. Dan tanpa berfikiran panjang, saya (bukan pekerja tetap) pun turut mendaftarkan diri walaupun saya pernah berpergian wisata ke Pulau Bali pada tahun 2011 bersama-sama rakan kelab fotografi.

Dengan harga RM350 (berbanding harga biasa RM1200 ?) per pax untuk 3 hari 2 malam memanglah agak mahal. Sepatutnya pihak syarikat yang berprestij seperti ini dapat mengurangkan lagi kadar bayaran tersebut. Sekurang-kurangnya memberi tajaan 100% kepada para pekerja yang dedikasi amatlah dialu-alukan sangat. Walaupun begitu, kelab rekreasi akhirnya bersetuju untuk menambah satu hari lagi menjadi 4 hari 3 malam di Pulau Bali.

Ya. Bali aku datang. Lagi.



Friday, 5 September 2014

PINENG POWERBANK



BEBERAPA BULAN yang lepas saya sudah memberikan anak perempuan saya sebiji powerbank untuk kegunaannya. Jenama Yoobao yang kurang pengecasan walaupun kuasanya 13000mAh. Sekali caj, guna 2 kali saja sudah kehabisan kuasa.

SEMALAM saya sudah terima powerbank berjenama Pineng, model PN968. Powerbank ini berkuasa 10000mAh yang saya pesan untuk anak perempuan saya yang masih belajar itu. Harga diatas talian (baca online) ialah RM49. Semoga tidak cepat rosak.

Walaupun begitu, selepas saya periksa bahawa model PN968 warna putih yang baru tiba itu sebenarnya bukanlah model yang saya pesan. Saya memesan model PN913 warna hitam seperti tercatat jelas dan padat didalam kertas invois itu. Cincau sahajakan mereka membuat kerja mah.