Friday, 22 August 2014

WAK MENANG MOTOR



ALHAMDULILLAH KE HADRAT Illahi, urusan penjualan motor kapcai dari peraduan Mydin Power Root telah selesai semalam. Nombor pendaftaran motor WA*K pun saya suka juga. Semoga berbahagia dengan pemilik yang baharu.

Tajuk sudah seperti iklan Astro pula. Tapi ini bukan cubaan, ini betul-betul. Sebenarnya makcik yang menang motor, bukan pakcik menang motor. Ini hanyalah ayat skema.

Nota lalat 1. Malam tadi juga, pembeli petisejuk yang saya telah menangi juga telah datang selepas waktu isyak (bukan waktu magrib seperti yang dijanjikan) untuk mengambilnya. Saya tidak sempat mengambil gambar aktiviti pemunggahan petisejuk Hitachi R-T350EM itu kerana terlalu sibuk juga menolong mereka dan mengangkut berkotak-kotak air kotak Dutchlady kedalam van yang mereka bawa.

2 comments:

  1. Bagus betul Wak rajin join banyak contest. Eh jap. Hehe.

    ReplyDelete
  2. WAk!!!!!... JM ingatkan siapa punya gerangan tuan punya blog ni...try lah terjah..sekali huhuhuh lepas ni haruslah JM terjah sini selalu..BOLEH?

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.