Wednesday, 6 August 2014

THRUST ARM RH



HARI INI saya telah menghantar cikPutih saya untuk diservis di bengkel tepian jalan lebuhraya Lingkaran Tengah II (baca MRR2) itu. Mula-mula saya memang berhajat untuk mengservis biasa saja, iaitu menukar minyak hitam sebab sudah berjalan jauh dan tanda amaran pun sudah melebihi 1800 kilometer.

Tetapi setelah diperiksa oleh mekanik tadi sudah dicadangkan untuk menukar Thrust Arm dan juga Engine & Gearbox mounting yang sudah lama longgar. 2 botol besar minyak hitam enjin (engine oil) Shell Helix Ultra 4 liter pun sudah berharga RM450 sahaja. Aduhai.

Nota lalat. Selepas diservis dan menggunakan cikputih saya rasa ada perbezaan yang agak ketara. Bila memulakan enjin cikputih pun tidak bergegar dan pertukaran gear juga agak lembut tidak seperti sebelum ini yang terhenggot-henggot kata beberapa rakan yang pernah menumpang cikputih.

Nota lalat tambahan. Ada rakan saya sudah bertanya tentang 'menda alah' yang saya tukar pada cikputih saya itu. Tanpa membuang masa, dibawah ini adalah gambar2 Engine/Gearbox mounting (kiri) dan Thrust Arm (kanan) tersebut.



3 comments:

  1. Tq sudi jenguk blog sy...
    Kat mana button folowernya? X dapat nk jejak..:)

    ReplyDelete
  2. citer sket pasal menda alah tuh ek.. kita pun nak tau gak, kalau ade gambo lagi bagus..

    ReplyDelete
  3. Ohhhh cite ni agak sangat complicated bagi OKje tu....maklum le semuanya cik abe buat hehe

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.