Saturday, 30 August 2014

PULAU TIOMAN: SNORKELING AT PULAU RENGGIS



HARI KEDUA di Pulau Tioman dimulai dengan sarapan pagi di restoran Nelayan resort. Selepas itu, saya terus mengikut aktiviti snorkeling di Pulau Renggis yang tidak jauh dari lobi resort. Bajet pelancongan yang saya perolehi hasil dari peraduan Mentos termasuk aktiviti snorkel atau trek hutan. Saya pilih snorkel.

Sebelum pergi bersnorkel saya mula-mula mencari kamera bawah air (baca underwater camera) yang boleh disewa. Saya ada terbaca harga sewa kamera istimewa itu ialah rm80. Tapi akhirnya gadis di kaunter aktiviti itu menyarankan saya beli satu kamera di kedai cenderata bersebelahan lobi resort. Harga kamera itu ialah rm65 yang mempunyai 27 keping filem dan hanya boleh digunakan sekali saja.




Ini adalah pengalaman pertama saya bersnorkel. Saya terpaksa berjalan kaki dari lobi resort hingga ke pejabat Marina untuk mengambil peralatan snorkel yang disediakan. Alat tersebut ialah senorkel, baju pelampung dan kepak kaki (yang saya tidak pakai). Melayan diri sendiri dengan ikan-ikan marina yang cantik didalam air yang jernih kehijauan, tetapi dikejutkan juga dengan 3 ekor jerung kecil (baca blacktip reef sharks). Walaupun menarik dan teruja dengan aktiviti snorkel, dihujung aktiviti itu saya sudah terkena mabuk laut pula. Nasib baik saya tidak muntah-muntah atau pitam.

Untuk gambar-gambar dalam air yang saya guna kamera Kodak itu akan saya paparkan setelah saya berjaya mencucinya nanti di kedai Ampang Park.

















1 comment:

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.