Sunday, 31 August 2014

PULAU TIOMAN: AU REVOIR



HARI INI (Sabtu) alhamdulillah saya sudah selamat sampai dirumah. Check out dari lobi hotel pukul 1.00 petang, dan tiba di lapangan terbang pukul 1.20 petang. Penerbangan dari Pulau Tioman ke Subang Skypark airport pula mengambil masa lebih kurang sejam.

Berikut adalah bajet untuk sesiapa yang hendak melancong ke Pulau Tioman sekadar rujukan.

3 Hari 2 Malam Live, Fly & Stay Pakej, termasuk 2 malam penginapan (2 dewasa), 2 sarapan pagi (2 dewasa), 1 makan malam (buffet, 2 dewasa), pilihan trip snorkel Pulau Renggis atau trek hutan bandit (2 dewasa), dan return shuttle transfer (Tioman Airport - Resort - Tioman Airport) untuk 2 dewasa. Harga: FOC percuma, terimakasih kepada Mentos Malaysia.

Caj Pulau Warisan - RM5
Sewa motor - RM50
Souvenir, cenderamata, baju tshirt, fridge magnet, keychain - RM342
Gantirugi motor rosak akibat eksiden - RM80
Makan minum luar - RM50
Kamera underwater - RM65
Parking kereta di Skypark Subang untuk 2 hari dan 6 jam - RM116.60

Jadi, jumlah kos perbelanjaan saya ke Pulau Tioman kali ini ialah RM708.60 tidak termasuk pembalut gula-gula sebagai penyertaan peraduan Mentos. Aduhai.



Nota lalat 1. Ini adalah pengalaman saya yang kedua datang ke Pulau Tioman. Kali pertama saya datang pada 26 November 2000 dengan menaiki feri dari jeti Mersing. Dan apa pula projek pulau saya yang akan datang? Hmmm. Jom ikut saya ke Bali.

Nota lalat 2. Ini adalah hadiah pertandingan (baca contest) yang keempat yang saya perolehi selama saya menceburi diri dalam hobi peraduan suka-suka pada tahun ini. Sebelum ini, hadiah lain ialah seperti bermalam di Sunway Lagoon, di Gambang Waterpark dan juga Langkawi. Alhamdulillah. Setakat hari ini, satu lagi hadiah contest yang saya belum nikmati ialah bermalam dan berekreasi di Taman Tema Tambun Waterpark yang akan saya lakukan bulan hadapan. Insha Allah.

Nota lalat 3. Travel notes. Stay: Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort (4 stars). Eat & Drink: Restoran Delima (5 star, near Berjaya gate & Tekek town). Play: snorkelling at Pulau Renggis, and walking by foot around Kampung Air Batang (ABC). Caution: travelling by motorbike to Kampung Juara at the east side is not recommended anymore.

Pulau Tioman: The Packing
Pulau Tioman: Day 1 Part 1
Pulau Tioman: Day 1 Part 2
Pulau Tioman: Day 1 Part 3
Pulau Tioman: Day 2 Snorkeling at Pulau Renggis
Pulau Tioman: Day 2 An accident
Pulau Tioman: Day 3 The last day
Pulau Tioman: Day 3 Au Revoir





2 comments:

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.