Saturday, 30 August 2014

PULAU TIOMAN: AN ACCIDENT



HARI KEDUA saya di Pulau Tioman sememangnya saya bercadang untuk menyewa motorsikal ke Kampung Juara di timur pulau. Selepas bersnorkel di Pulau Renggis pagi semalam, saya telah berehat di bilik saja dan pada pukul 2.30 petang saya telah menyewa sebuah motorsikal kapcai Honda EX5. Harga sewa untuk 24 jam ialah rm50 yang saya telah tawar dari harga sebenar iaitu rm60. Nota lalat, harga sewa motor yang ditawarkan oleh resort kelmarin adalah lagi mahal iaitu rm70.

KALAU mengikut buku pengembaraan Lonely Planet yang termahsyur itu, ada jalan tidak elok dari masjid diutara lapangan terbang untuk ke Kampung Juara yang terletak di timur pulau. Tetapi sebenarnya ada jalan baru dibina yang berturap penuh menaiki gunung ditengah pulau dan terus ke Kampung Juara.




Dipendekkan cerita, ketika saya menunggang motorsikal itu, dengan keadaan jalan yang mencanak naik dan mengguna gear rendah iaitu gear satu saja. Tiba di satu tahap lebih kurang 2 km dari simpang masuk, rupa-rupanya motorsikal itu tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk terus naik ke puncak gunung. Saya tersilap apabila menukar gear ke neutral dan seterusnya motorsikal itu terjatuh ditepi longkang dan mencacatkan kulit kaki saya yang terkena ekzos motorsikal yang masih panas. Aduhai.

Dengan kemalangan kecil tapi membakar kulit kaki saya itu membuatkan saya berpatah balik ke bilik resort dan berehat. Saya tidak jadi untuk terus ke Kampung Juara. Orang kata, tiada rezeki. Insha Allah mungkin dilain ketika saya akan cuba kesana juga.

1 comment:

  1. ohhh..melecur kerana terkena exzos motor..cepat sembuh ye Wak

    ReplyDelete

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.