Thursday, 28 August 2014

KAKI PENIPU



Saya sering mendengar komen berikut diluahkan.

"Sorry, saya dah tak percaya lelaki, lelaki penipu!," ujar perempuan.

"Samalah, aku pun dah tak percaya perempuan, kaki 'kencing'," kata lelaki.

Apa sudah terjadi? Siapa harus percayai?

Hakikatnya tidak semua lelaki dan perempuan pernah berkata begitu. Saya yakin masih ramai antara kita berhati mulia, jujur dan penyayang.

Sebilangan perempuan tidak mempercayai lelaki kerana sebab tertentu, pengalaman lalu mengajar mereka. Begitu juga sebilangan lelaki, hilang kepercayaan kepada perempuan barangkali kerana pernah terpedaya dengan kata-kata dan perbuatan insan berbeza jantina itu.

Kesannya kepada mereka?

Antaranya, sanggup menjadi andartu atau bujang terlajak. Namun itu keputusan mereka, keputusan lazimnya amat sukar diubah dek teman mahupun rakan.

Saya terfikir, jika perempuan ditipu lelaki atau sebaliknya berlaku, mengakibatkan dia hilang 100 peratus kepercayaan, adakah itu tindakan bijak? Atau sekadar tindakan mengikut perasaan cuma?

Ingat, perempuan juga menipu perempuan, lelaki menipu lelaki dalam pelbagai hal demi kepentingan diri.

Sinopsis diatas saya rujuk dari blog Bersama Mazidul. Manakala sinopsis dibawah saya rujuk dari blog Jebbull.

Kenapa lelaki dikatakan sebagai kaki perempuan? Sila lihat. *Merengis.
Pertama, mungkin sebab kaki dia tak cukup bulu, atau pun dia selalu cukur bulu kaki, sebab itu nampak licin macam kaki perempuan. Err okay tak tak, main-main saja. Menurut saya, tak semua lelaki macam tu. Kalau nakal-nakal sikit suka kacau perempuan, lumrah lah lelaki macam tu. Remind u, tak semua lelaki macam tu. Kadang-kadang kita nampak je dia suka kacau perempuan, tapi dia sekadar suka-suka je. Tak lah sampai nak curang ke apa. Atau erti kata lain, isi masa lapang. Hehahah
Kedua, tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Kadang-kadang, salah perempuan jugak. Bila ajak keluar, tak boleh. Bila ajak kahwin, belum ready. Bila sibuk, tak fikir pasal boyfriend/tunang/suami langsung. Lelaki pun rasa tercabar lah. Sunyi pun satu.
Ketiga, lelaki ni memang gatal. Eh remind u again, tak semua lah kan. Kebanyakkan lelaki memang gatal. Selalu je saya jumpa lelaki yang nafsu tinggi sangat sampai tengah bawak awek/tunang/bini atas motor pun, sempat kenyit mata dekat perempuan. Gatal kan? Bergantung dekat individu lah. Kalau dia setia, setia jugak heh.
Keempat, pun saya nak cakap, salah perempuan jugak. Gaduh sikit, terus mintak putus, terus mintak cerai. Gaduh sikit, terus pergi sembunyikan diri. Yang dah kahwin pergi balik rumah mak bapak. Yang belum kahwin, pergi lepak rumah kawan. Kononnya nak lari dari masalah. Ingat lelaki suka? Ingat lelaki nak layan? Ingat lelaki nak pujuk? Heh. Kalau dah selalu sangat buat tindakan ikut perasaan, lelaki pun carilah perempuan lain. Lagi enjoy. Lagi best.
Kelima, kalau hubungan tu dah renggang, memang susah nak cakap. Lelaki fikir perempuan tu ada orang lain, perempuan pulak fikir lelaki ada orang lain. Lepas tu masing-masing sendiri cari lain. Dah bosan punya pasal. Haha.
Keenam, perempuan cuba jangan cabar kewibawaan lelaki. Jangan suka-suka nak keluar kata-kata kesat, jangan mudah nak maki hamun, jangan cuba nak pertikaikan tentang tanggungjawab lelaki. Lelaki benci perempuan yang tak respect dia. Kalau lelaki tu respect u, please respect him too.
Okaylah, itu je kot yang saya dapat kongsikan KENAPA LELAKI DICOP SEBAGAI KAKI PEREMPUAN~ oops lari tajuk KAKI PENIPU ;-p

psst//

Pesanan untuk perempuan: Bawaklah bersabar. Jangan cepat naik angin sangat. Cool kan keadaan. Lepas tu discuss secara comel. Cipta memori indah. Kan lagi best?

Pesanan untuk lelaki: Janganlah menggatal sangat! Dapat balasan nanti tak ke haru? AHAHA

Nota lalat. Wallahualam, tepuk dada tanya iman.


1 comment:

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.